Showing posts with label Luar kOtak. Show all posts

Pembaris dan Peraturan



Membina Garisan Lurus


Assalamualaikum.


ENTRY kali ini aku nak bincang beberapa perkara berkaitan dengan pembaris dan peraturan. Sejak akhir-akhir ini bermacam hal yang aku baca dekat dada akhbar sepeti kes bunuh, kes rogol, kes rompak dan lain-lain. Seriously aku nampak macam nilai nyawa seseorang manusia itu kosong. Tak ada harga langsung. Manusia sudah tak kenal lagi dengan peraturan dan mereka pula bina peraturan sendiri.


Sebagaimana kita memerlukan pembaris untuk melukis garisan lurus

Begitu jualah kita memerlukan peraturan untuk membawa diri

KE JALAN YANG BENAR.


Okey, sekarang aku nak huraikan ayat-ayat diatas.


Secara umumnya kita tahu apa kegunaan pembaris. Fungsinya adalah untuk membina satu garisan lurus. Dalam dunia pelajar, pembaris merupakan antara salah satu benda yang paling wajib ada dalam kotak pensel. Yalah, nanti cikgu mesti marah kalau buat garisan tak guna pembaris. Maka soalan yang ingin aku ajukan adalah boleh tak kita bina satu garisan lurus tanpa menggunakan pembaris? Seandainya ada pun orang yang boleh buat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris, mestilah garisan tersebut tak 100% persis macam pembaris. Confirm ada lekuk-lekuknya.


Begitu jugalah dalam kehidupan kita sebagai manusia. Tidaklah Allah menjadikan sekian makhluk sekadar mengejar dunia kecuali beribadah kepada-Nya. Apa tujuan Allah hidupkan kita atas bumi? Mestilah untuk beribadah kepadaNya sebab Dia-lah yang menjadikan kita. Tapi macam mana nak beribadah kalau kita tak ada panduan dan peraturan bagi dijadikan rujukan?


Maka itulah gunanya AL-QURAN dan HADIS sebagai pegangan hidup kita.


Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda: Aku tinggalkan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.(Riwayat Imam Malik)


Al-Quran merupakan wahyu Allah yang mengandungi syariat dan peraturan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Kitab Allah ini ada 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat dan di dalamnya ada beberapa isi kandungan. Antaranya; akidah, ibadat, akhlak, muamalat (urusan jual beli), munakahat (urusan perkahwinan dan perceraian), siasah (politik), jinayat (hukum hudud dan qisas) dan sejarah. Hebat bukan kitab Allah ini?


Hadis pula segala apa yang disandarkan pada Nabi Muhammad SAW sama dari segi perbuatan, perkataan, pengakuan atau sifat-sifat yang disandarkan kepada baginda. Selain itu, hadis berperanan men‘spesifikasi’kan kalimah-kalimah di dalam al-Quran. Contohnya, ayat al-Quran yang menerangkan kewajipan menunaikan solat tanpa menyatakan jumlah rakaat, masa dan kaifiat (cara-cara) melakukannya. Bagi menyempurnakan perintah Allah, Rasulullah SAW dalam hadisnya menerangkan cara-cara mengerjakan solat dengan betul.


Al-Quran dan hadis saling melengkapi antara satu sama lain tapi kena hati-hatilah ketika memilih hadis sebab takut hadis palsu.


Rasulullah SAW sendiri menjamin kita tak akan sesat kalau kita berpegang teguh kepada kedua-duanya. ‘Dua pekara’ tersebutlah menjadi pembaris kita bagi menuju ke jalan yang benar. Ia bukan saja menjadi panduan tetapi di dalamnya juga ada peraturan. Bayangkanlah seandainya dunia ini tak ada peraturan, maksiat akan bermaharajalela dan tidak ada seorang pun yang mampu menolong kita membanteraskan jenayah-jenayah tersebut kerana tiada peraturan atau hukuman yang sesuai dijalankan ke atas pesalah.


Sebaik-baiknya, kita gunakanlah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Bukankah Allah yang menciptakan sekian alam dan makhluk? Maka Dia-lah yang lebih mengetahui akan hamba-hambaNya. Kita manusia sudahlah serba kekurangan, buat lagi peraturan yang terang lagi bersuluh penuh dengan kekurangan. Pendek kata tak sempurna.


Buktinya, seandainya seseorang telah membunuh salah seorang ahli keluarga kita bila disabitkan kesalahan hukumannya sekadar penjara dua tahun. Berbaloi tak? Tapi kalau ikut hukum qisas, orang yang membunuh balasannya adalah bunuh balik. Islam bukan agama yang kejam tetapi adil.


Akhirulkalam, gunalah ‘pembaris’ yang Allah beri untuk menuju ke jalan yang benar dan boleh membawa diri ke syurga. Peraturan dicipta bukan kerana mahu mengekang kebebasan akan tetapi untuk faedah diri sendiri juga.




Nurul Al-Fateh
17 Oktober 2013

Posted in , , | Leave a comment

Umpama Sebuah Permainan


Assalamualaikum.

Life is a game, man!

Hidup ini umpama sebuah permainan

Akan ada yang menang dan kalah

Kemenangan itu berlaku kerana ketakwaan kepada Allah

Manakala kekalahan itu berlaku disebabkan kelalaian kepada hal dunia


Hidup ini didefinisikan dengan takrifan yang berbeza-beza oleh manusia. Tak kisahlah macam mana takrifan yang diberikan sebab manusia mengalami pengalaman yang berbeza.


Hidup ini umpama satu permainan. Sememangnya benar. Kita sekarang sedang ditempatkan di dalam sebuah permainan. Apa yang pasti permainan ini tidak mudah. Penuh dengan cabaran dan dugaan yang telah Allah rancangkan untuk meningkatkan ‘power’ atau ‘iman’ kita. Bukan itu saja, halangan yang tersedia juga menguji keimanan kita kepadaNya.


Dalam sebuah permainan mesti ada peringkat-peringkatnya atau lebih dikenali dengan perkataan ‘level’. Maka dalam ‘permainan’ kita ini mempunya 100 levels. Antara 100 levels itu hanya 99 saja yang mampu kita lepasi. Bagaimana dengan level yang ke-100? Level yang ke-100 merupakan MATI. Bolehkah kita meloloskan diri dari kematian sedangkan di dalam al-Quran sudah dinyatakan bahawa setiap benda yang hidup akan merasai kematian? Mati itu pasti dan kita sebagai manusia antara salah satu benda yang hidup akan merasainya.


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati...” Surah Ali-Imran ayat 185.


Tidak kiralah bagaimana bentuk halangan yang diberikan, perkara utama adalah bagaimana kita hendak menanganinya. Pada kebiasaannya setelah kita menempuhi halangan yang telah disediakan, kita akan mengetahui bahawa diri kita tergolong dalam golongan yang mana. Golongan yang menang atau golongan yang kalah. Apa yang membezakan dua golongan ini?


Golongan Pemenang

Bekalan utama mereka adalah takwa. Menunaikan segala perkara yang Allah suruh dan menjauhi larangan yang telah ditetapkanNya. Melakukan setiap apa yang disuruh dengan penuh ikhlas agar diredhai oleh Allah dan mengelakkan kemurkaanNya. Senjata tambahan mereka pula adalah doa. Ya, doa merupakan senjata orang mukmin. Bukankah Allah itu Maha Mendengar? Maka berdoalah kepadaNya tidak kira waktu, sama ada dikala senang atau susah. Jangan jadi hamba seperti kacang lupakan kulit. Tika senang, lupakan Dia makala di tika susah, barulah mengingatiNya.


Golongan Kalah

Disebabkan terlalu lalai dengan hal duniawi maka dengan mudahnya ditumpaskan oleh musuh yang terang lagi nyata yakni Syaitan. Terkadang disebabkan harta dunia seperti wang, pangkat dan wanita kita mudah lalai dari mengingatiNya. Syaitan ini memang licik. Dari bisikannya saja boleh menjadikan hati kita melanggar peraturan Allah. Dibantu oleh rakan karibnya iaitu nafsu, rancangan bagi menyesatkan manusia semakin berjaya


Sebenarnya semua itu bergantung kepada iman kita. Iman kita haruslah kuat agar boleh menumpaskan musuh. Perbanyakkan amalan dan rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu agar semakin kuat keimanan kita kepada Allah. Insya-Allah.


Golongan yang menang, balasannya syurga.
Golongan yang kalah ... tepuk dada tanya iman.


Orang yang bertakwa adalah orang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila beramal, ia beramal kerana Allah.




p/s : ada orang dah bising dah aku tak update entry. Cikgu Bob! Saya dah update!

Posted in , , | Leave a comment

Susah atau Malas?

Assalamualaikum.


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha menciptakan.  (Surah Al-Alaq, ayat 1)


"Cikgu tahu tak, soalan PMR pun tak susah macam soalan ujian hari tu!"

"Kamu rasa susah sebab kamu tak ada ilmu."


Situasi di atas secara majoriti kita pernah lalui. Soalan pada kertas ujian kadang-kadang susah tahap gaban sampaikan mengganggu jiwa dan akal untuk mencari jawapan. Namun bagi para guru, soalan tu senang. Mana tak senang kalau diorang dah tahu jawapan. Hohoho...


TAPI pernahkah kita terfikir di sebalik kata-kata guru kita itu ada benarnya? "Kamu rasa SUSAH sebab kamu TAK ADA ILMU." Mr. Hakim pun pernah cakap macam tu dengan aku. Mula-mula rasa bengang juga tapi bila diselami dan difikirkan sebaik-baiknya, barulah aku tersedar ada kebenaran di sebalik kata-kata tersebut.


Aku nak bagi beberapa contoh :

  • Kalau kita berada di medan perang tanpa ada ilmu peperangan, tahukah kita cara untuk melawan musuh? Mestilah jawapannya tidak. Tahukah kita bagaimana untuk memegang senjata dengan betul sekiranya tiada ilmu? Tentulah jawapannya tak. Tanpa ilmu, perjuangan 'si pahlawan' seumpama sia-sia. Tumbang dengan mudah. Berani dah betul tapi kalau ada ilmu, lagi bagus. 

  • Kenapa guru atau pensyarah atau mana-mana manusia yang berani berdiri dihadapan 'audiens' dan yakin dengan apa dicakapkan oleh mereka? Sebab diorang ada ilmu. Keberanian dan keyakinan memang menjadi perkara utama untuk mereka berdiri dihadapan 'audiens' tapi ilmu menjadi tunjang utama. 

  • Kenapa kita perlukan doktor yang mempunyai kepakaran untuk merawat atau membedah seseorang? Kalau doktor tu tak ada ilmu dalam bidang membedah atau merawat, korang berani tak suruh doktor tu rawat atau bedah korang? Dan korang rasa pihak hospital akan terima atau tak doktor yang sebegini? 

  • Akhir sekali, kenapa kita perlu ilmu sebelum kita mendirikan solat? Tanpa ilmu, kita mungkin tak tahu bagaimana untuk mendirikan solat. Tanpa ilmu kita mungkin tidak tahu rukun-rukun solat, syarat sah solat dan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat. 

Ilmu sangat penting. Tanpa ilmu kita seumpama kapal yang berada di tengah lautan tanpa nakhodanya. Bebas menjadi pukulan ombak. Bebas menjadi mainan angin dan taufan. Dalam bahasa realiti, mudah diperbodohkan oleh orang yang berilmu. Kita hanya akan menjadi bahan untuk ditertawakan oleh orang berilmu. 

Dalam dunia pelajar, soalan yang telah disediakan ada dua kemungkinan kenapa ia susah:

  1. soalan aras tinggi
  2. tak ada ilmu

99.99% sememangnya soalan susah kerana kita tak ada ilmu. Kenapa tak ada ilmu? Sebab malas nak baca buku dan belajar. Hanya 0.01% soalan diajukan adalah aras tinggi (kadang-kadang).



Dari Anas bin Malik r.a, katanya : Rasulullah SAW bersabda: Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.
Riwayat Ibnu Majah








Posted in , , | Leave a comment

Biarkan Terjadi Dengan Sendirinya

(Di tulis pada 13/8/2013 dan di siarkan pada 14/8/2013)


Suicide/Bunuh diri/Suicidium




  • Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bunuh diri diberi takrifan sebagai mengambil nyawa sendiri dengan sengaja.
  • Manakala perkataan ‘suicide’ pula berasal dari perkataan Latin iaitu sucidium yang membawa maksud ‘to kill yourself’.



Assalamualaikum.

Malam semalam aku buat kerja rumah yang telah diberikan oleh ustazah sempena cuti hari raya. Seriously, raya pun macam tak raya sebab beraya dengan kerja rumah. Disebabkan sangat khusyuk menonton American’s Got Talent Season 5 yang disiarkan oleh NTV7, paginya aku bangun akhir. Pagi dan petang langsung aku tak sentuh kerja rumah sebab TV3 memaparkan cerita-cerita yang best. TV3, terima kasih kerana telah melalaikan saya.

Tengah-tengah malam buat kerja rumah, tambahan pula siapkan tajuk pengurusan jenazah, menjadikan aku seram sejuk mengingatkan kematian. Perghhh... Meriau bulu roma! Kemudian, aku teringat dengan satu cerita lakonan Aamir Khan, ‘3 Idiots’. Dalam cerita tersebut ada mengisahkan seorang pelajar kejuruteraan yang kecewa sangat tak dapat graduasi akhirnya bunuh diri. Namun bagi Rancho (watak Aamir Khan), hal berkenaan bukanlah suicide akan tetapi murder! Nak tahu kenapa dia anggap sebuah pembunuhan dan bukannya membunuh diri? Kena tengok sendiri. Sekarangkan zaman moden, tak susah mana pun nak cari filem yang  ‘free to watch’.


BUNUH DIRI/SUICIDE



Satu juta penduduk dunia mati kerana membunuh diri. Setiap satu pembunuhan diri berlaku pada setiap 40 saat. Percaya atau tidak, lebih ramai orang yang mati bunuh diri berbanding mati disebabkan meletusnya peperangan. Membunuh diri juga merupakan punca utama kepada death worldwide (kematian diseluruh dunia) di antara umur 15-19 tahun.



Mesti tak percayakan? Maklumat di atas merupakan hasil kajian dari negara barat. Pada mulanya aku sendiri tak percaya tetapi itulah realiti sebenar. Kes bunuh diri sememangnya kes biasa. Walaupun kes biasa namun ia tidak boleh di pandang remeh-temeh. Gara-gara tekanan, mereka terus membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Bukan saja tekanan menjadi faktor malah ada pelbagai faktor yang mendorong seseorang untuk membunuh diri seperti penyakit jiwa, penyalahgunaan dadah, persekitaran yang tidak menyenangkan dan jenayah.

Aku yakin Allah menjadikan seorang manusia bukan hanya untuk hidup, kemudian bila ada masalah lalu fikir bunuh diri merupakan jalan penyelesaian kerana akal telah pun buntu memikirkan cara menyelesaikan sesuatu masalah. Get a life, man! Takkan Allah ciptakan manusia dan kemudian untuk mati atas alasan membunuh diri? Semestinya tidak! Allah jadikan manusia agar kita mengikut segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Mudah, kan? Allah tak minta lebih dan tak minta kurang.


Kalau sekarang atau pada masa hadapan pernah terfikir bunuh diri merupakan jalan TERBAIK, fikir masak-masak. Sebagai orang Islam, kita tahu bunuh diri adalah haram. Kalau buat juga, tak disoal siasat oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir. Terus masuk neraka. Rugi sajakan kalau dulu hidup di dunia ada buat ibadat kepada Allah, tiba-tiba bunuh diri terus masuk neraka. Fikirlah juga apa yang akan terjadi kepada keluarga kita atau orang-orang yang kita sayang kalau kita bunuh diri. Mesti mereka kata kenapa dalam banyak-banyak jalan, jalan tersebut juga dipilih padahal hidup ini ada banyak pilihan.


Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, kita perlu juga mencari rezeki untuk ‘survive’ dalam dunia yang sementara. Jangan lupa kita hanyalah musafir di atas jalanan hidup. Dunia ini adalah perjalanan dan kita ialah musafir. Akhirat merupakan negeri abadi. Dalam perjalanan menuju negeri abadi, give something to community. Kalau pakar dalam sesuatu bidang, sumbangkan kepakaran kau kepada komuniti. Kalau kau seorang guru, ajarlah. Kalau kau seorang arkitek, binalah. Kalau kau seorang doktor, rawat dan bedahlah. Kalau kau seorang peguam, tegakkanlah. Begitu juga kepada lain-lain pekerjaan.


MATI ITU PASTI. AMATLAH PASTI DAN SEMUA ORANG AKAN MERASAI MATI.


Memang semua orang akan mati. Tapi macam mana cara kita mati? Adakah kita akan mati dalam keadaan yang baik atau sebaliknya? Itu semua dalam pengetahuan Allah dan di luar kekuasaan kita. Biarlah masa yang menentukan kematian kita dan bukannya kita yang menentukan kematian. Biarkan Malaikat Izrail melakukan kerjanya dan bukan kita melakukan kerja Malaikat Izrail. 





Posted in , , | Leave a comment

Sahabat Sekepala

Assalamualaikum.


Orang cakap, kita kena pandai pilih kawan. Kebanyakan kawan aku merupakan lelaki tapi aku masih lagi tahu batasannya. Kawan perempuan? Masih ada cuma tak adalah banyak sangat. Boleh dikira dengan 20 jari pulak tu. Hohohoho...


Semua orang kata bila berkawan dengan lelaki ni kena jaga-jaga sebab mereka tu tetap lelaki. Kiranya tetap ada nafsulah. Tapi percaya atau tak, aku ada seorang kawan yang menjaga aku. Siapa lagi kalau bukan Chrisper Chang.


Chris or Crispy


Aku kenal Chris (nama panggilan) masa form 1. Aku masih lagi ingat masa tu cikgu suruh baca buku dan satu buku KOMSAS or Literature aku tak bawa. Disebabkan dia duduk sebelah aku, dengan lemah lembutnya aku minta pinjam buku KOMSAS dia. Masa tu kami berdua nerd habis. Hahaha... Bila dah naik pangkat jadi senior petang, aku dah berubah.Chris? Tetap nerd tapi digilai oleh ramai pelajar perempuan.


Macam korang tahu, aku adalah photographer (amatur sebenarnya). Kami berdua memiliki hobi yang sama iaitu mengambil gambar. Mana-mana event yang kami berdua hadiri, kamera mesti ada di sisi. Kami berdua pun pernah kena kutuk gara-gara bawa kamera ke hulur ke hilir tapi kami berdua dah lali sangat-sangat. Orang nak kutuk? Telinga kami kebal sudah, okey!

Chris and Lawai

Uniknya Chris ni, bila dia cerita tentang mana-mana perempuan yang dia suka, automatik pipi dia jadi merah. Malu agaknya. Aku selalu perasan pipi dia akan bertukar merah kalau cerita tentang perempuan. Tapi kalau cerita tentang aku, macam biasa saja. Mungkin sebab dia anggap aku kawan biasa. Aku pun anggap dia kawan biasa tapi tinggi sikit pangkat. Sahabat baik.


Kami dua ada habit yang pelik sejak kebelakangan ni iaitu fight karangan siapa lagi bagus. Dalam seminggu, mesti ada satu hari tu kami pergi ke bilik guru minta Cikgu Florina check karangan kami berdua. Aku dah menang dua kali, dia dah kalah dua kali manakala kami seri satu kali. Cikgu-cikgu dalam bilik guru senyum saja tengok perangai kami berdua. Al-maklumlah, ketua panitian BM sekolah tu jealous sebab Cikgu Florina ada student yang bersaing secara sihat.

Stress lalu menjerit. Hahaha...

Tahun ni kami berdua akan menghadapi PMR.
Semoga tahun depan kami berdua masih lagi duduk di kelas yang sama.
Biar kegilaan sama-sama dikongsi.
Chris, aku doakan kau berjaya dengan cemerlang PMR nanti. Ameen..





Posted in , , , | Leave a comment

Jangan Nilai Pada Kulitnya

Assalamualaikum.


Selamat menyambut Tahun Baharu Cina. Gong Xi Fa Cai. Angpau mai lai... Hahahaha... Demam-demam pun boleh pula nak minta angpau. Selsema sikit tambah dengan sakit kepala. Biasalah ni bila cuaca dah tak menentu. Aku dah biasa sangat sakit. Rasanya kami BFF kot. Hehehe... Pendek kata antibody aku dah tak kuat lagi.


Sepanjang minggu lepas, aku menempuh satu peperangan. Peperangan yang dinamakan DIAGNOSTIK. Aku tak tahu apakah motif diagnostik ni di buat pada bulan kedua 2013 tapi apa yang pasti, otak aku tersangat penat untuk mengingat kembali pelajaran dua tahun lepas. Nasiblah aku tak lupa semuanya kalau tak parah otak nak aku ingat nak semula formula-formula. Haiyaaa. (Tak boleh mengeluh!)

Sekadar Gambar Hiasan :)

Bila sehari lagi nak ujian, aku pergi ke kedai buku Popular. Lama dah tak ke sana sebab sibok saja dengan homework yang berlambak dan belajar. Nak dapatkan keputusan 8A, mestilah dari awal kena buat persediaan. So, bila masuk Popular, tempat pertama yang akan aku pergi adalah 'daerah' buku ilmiah. Aku berjinak-jinak dalam membaca buku ilmiah setahun yang lepas. 


Bukan apa aku nak baca buku ilmiah, novel Melayu masa tu macam tak ada isi. Semua orang tahu macam mana jalan cerita novel Melayu. Mesti ada kes dendam, merampas harta pusaka dan genre-genre CINTA. Tambahan pula (wahhh... dah ada penanda wacana) easy to predict. 


Itu adalah penyebab aku beralih kepada membaca buku ilmiah. Dah sampai dekat area buku ilmiah, tak ada satu tajuk pun yang menarik minat aku. Aku bila beli buku, suka beli buku yang tebal-tebal supaya tak cepat habis baca. Tapi kalau dah namanya kaki buku, memang akan cepat habislah baca. Then, aku beredar dari area tu. Dalam melangkah nak blah dari Popular, hati tertarik nak pergi ke area novel Melayu. Mula-mula, saja-saja aku nak tengok, belek-belek. Kononnya saja nak tengok dan belek, lepas tu boleh pula hati aku suruh beli satu novel bertajuk....


SUAMI AKU USTAZ


Otak dan hati aku mula berperang.

"Argh! Sama saja novel Melayu ni dengan novel-novel lain!"- Otak

"No, tak samalah! Mesti banyak intipati tentang agama." - Hati


Pada kebiasaannya naluri hati lebih betul berbanding dari otak maka aku pun ambil dan bayar harganya. Balik saja rumah, aku pun terus baca. Aku rasa terkejut dan ketawa bila baca novel ni then rasa salute kepada si penulis. Banyak benda aku belajar dari novel Suami Aku Ustaz. Rupanya tak semua novel Melayu yang jiwang-jiwang kosong. Ada juga jiwang-jiwang berisi dengan isian agama. 


Mungkin, bila kita nampak sesebuah novel tu, tajuk dan kata-katanya bukan main jiwang dan kita dah konklusikan sebagai buku cinta tak berisi. Sepatutnya cuba-cubalah belek dulu. Mana tahu jiwang berisi, kan? Bak kata perpatah orang Inggeris; Don't judge a book by its cover.





p/s:
  • Semoga cuti kali ni di isi dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. 
  • Kenapa perenggan aku jadi banyak dan panjang?








Posted in , , , | Leave a comment

Gambar-Gambar

Assalamualaikum.


Tak dapat nak cakap banyak-banyak. Aku just paste gambar-2 sekitar Maulidur Rasul. 


Mr. Hakim


Nana Syamimi


Al-Fadhil Ustaz Faez :)


Nana Syamimi and Nur Hazirah Ami


Sepanduk SMK Bandar Bintulu.


Para Guru SMK Bandar Bintulu.


Nana Syamimi and Nur Hazirah AMI


Hazmie and Aizad


Cikgu Akil and Hazmie


Mohd. Arif (photographer)


SMK BANDAR BINTULU





Posted in , , , | Leave a comment

Peluang Berubah

Assalamualaikum...


First at all aku nak ucapkan tahniah kepada Singapura yang telah memenangi piala AFF Suzuki 2012. Kemenangan diorang kali ni dah yang ke-4. Wah, hebat-hebat! Congrats! 


Dalam entry kali ni, aku nak cerita sikit fasal PELUANG BERUBAH. Yes, sebuah peluang yang akan merubahkan seluruh kehidupan kita. Perubahan yang mungkin membolehkan seseorang menjadi lebih baik. InsyaAllah...  Tuudia, ayat macam budak Sastera yang dapat E dalam periksa. Hahaha.. Sudah! Be serious.


Everyone has a chance to change. Errr... Betul ke ayat aku ni? Arghh, dok kisah pung aku. Semua orang ada satu peluang untuk berubah dan sebagai seorang manusia yang diberi akal, kita sepatutnya memberi peluang tersebut kepada orang-orang yang memerlukan peluang untuk berubah. Sebagai contoh, orang yang addict pada dadah. Diorang memang nak berubah tapi orang sekeliling mencemuh dan mengata. Benda ni adalah penyebab utama kenapa diorang 'balik ke pangkal jalan'. 


Macam orang yang buat zina. Sebagai umat Islam, kita tahu zina adalah satu dosa yang besar. Kita di minta untuk MEMBENCI PERBUATAN ZINA dan bukannya MEMBENCI ORANG YANG BUAT ZINA. Janganlah kita menghukum orang begini atas perbuatannya. 



Kalau diorang nak berubah dan bertaubat, kenapa kita tak nak bagi peluang? Kenapa kita 'kedekut' gila nak bagi peluang dan mencemuh diorang? Ya, kenapa agaknya kita begitu ya? Sedangkan Allah tak pernah kedekut pun dengan kita bila kita minta peluang. Aku rasa bukan bila kita mintalah tapi Allah memang dah beri peluang. Malam kita tidur, esok harinya kita bangun untuk solat subuh. Itu peluang apa? Peluang untuk hidup esok harinya untuk menjadikan diri lebih baik dari semalam. Betul?


Kita kena think positif, sokong dan bantu orang yang nak berubah. 


TAPI... Bila kita dah beri peluang, orang tu main-mainkan peluang yang diberi. Orang macam ni aku mesti akan cakap "Mu ni nak masok lubang seven feet underground ke?" Hahaha.. Tahu apa kejadah aku cakap tu? Maksudnya kuburlah... Bila orang beri peluang, gunakan peluang untuk berubah tu sebaik yang mungkin. Jangan kita main-mainkan orang tu. Jadi untuk orang yang sebegini, aku nak ingatkan korang sesuatulah;


"LIFE always offer you a second chance. Its called tomorrow. BUT, we wouldn't know does tomorrow offer us a second chance,"


Manusia akan sentiasa berubah. Dan semoga berubah itu ke arah yang lebih baik. INSYAALLAH! Kita mestilah lakukan banyak ammar makruf dan nahi mungkar.





p/s:


  • Aku rasa ayat aku belit habis. Hahaha.. 
  • Tahniah Singapura atas kemenangan 3-2 melawan Thailand! :)







Posted in , , , | Leave a comment

Still Salute and Support You!

Assalamualaikum.


Sejak ada AFF Suzuki Cup, penyakit seperti sakit tekak dan histeria confirm akan menyerang aku. Hahaha... Itulah tabiat pelik aku. Even mak aku tengok bola pun tak adalah seteruk aku. Macam korang tahu, musim ni Malaysia tak dapat ke final gara-gara Thailand telah menang dengan keputusan agregat 3-1. Walaupun kalah, aku tetap bangga dengan Harimau Malaya sebab dah berjuang sampai separuh akhir. Mungkin bukan rezeki diorang menang. As rakyat Malaysia, kita kena redha dan bersikap optimis. :)


Kalah bermaruah apa? < --- Ayat Mr. Akeng yang telah diciplak.


Dalam setiap perlawanan, aku tak missed untuk tengok atas alasan untuk tengok cara diorang bermain. Dari segi pemerhatian aku, cara diorang bermain jauh sangat beza dengan cara diorang main masa AFF Suzuki Cup 2010. Tertanya di hati aku, "Mana pemain kesebelasan yang dulu bermain sebagai satu pasukan? Kenapa diorang main macam individualistik?"


Yes, itulah soalan yang muncul dari otak aku yang tak betul ni. Sebelum ni, aku tak pernah sokong Harimau Malaya sebab diorang ni always kalah dalam game. But suddenly perspective aku berubah gara-gara diorang menang AFF Suzuki Cup. Dari situ barulah aku nampak Harimau Malaya yang sebenar. Sampai sekarang aku sokong Harimau Malaya dan tak pernah rasa nak malu pun sebab ada satu angkatan pemain yang bermain secara profesional dan versatile. 


On the day Harimau Malaya kalah pada Thailand. Ramai yang buat comment on twitter supaya Datuk K. Rajagopal dan Safiq Rahim letak jawatan. But for what?! Baru kalah kali ni kot? Okey, mistake. Kalah dua kali.


Bagi akulah, jangan jadi orang yang tahu kritik tanpa merasai apa yang pemain kesebelasan utama rasa. Mesti ada sesetengah yang kata "Tok aku pun boleh main bola. Rasanya lagi hebat dari Mat Yo dan Safee,"

Ehem ehem ehem, takkan korang nak suruh tok korang yang dah tua main bola? Hahaha... Sebelum bercakap guna akal yang diberi. Bukan sembrono saja. 


Kalah atau menang adalah adat. Kalah sekali, kena hetam. Menang sekali, diberikan wang dan pangkat. Sampai diberi rumah banglo pun ada. Janganlah kita jadi penyokong yang sokong apabia menang. Dan caci bila diorang kalah. Busuk-busuk Harimau Malaya, orang kita juga.


Aku akan still sokong and tabik kepada Harimau Malaya. Aku percaya Harimau Malaya akan bangkit kembali! GO HARIMAU MALAYA GO!!!


So, conclusion. 

1) Bermain dalam satu kumpulan dan bukannya secara individualistik.
2) Jangan suka kritik tanpa rasa dulu peritnya jadi pemain bola.
3) Jangan beri kenyataan tok korang boleh buat lebih baik dari Harimau Malaya takut kena smash teruk nanti.
4) Sokonglah Harimau Malaya walau macam mana sekalipun keadaannya.


Singapore vs Thailand. Siapa yang akan menang agaknya? Firasat aku, Singapore. =)





p/s:
  • FAM, sila check dan tapis betul-betul pemain sebelum nak hantar main untuk negara.
  • Entry ni aku buat lepas aku stres gila tengok ada orang desak coach and kapten negara letak jawatan.
  • And lastly, selamat ber'shopping' untuk pelajar-pelajar sekolah!













Posted in , , | Leave a comment

Vlogger.

Assalamualaikum...


Dalam dunia alam maya ni, si blogger sangatlah terkenal except aku. Aku tak terkenal. Mereka menjadikan blog sebagai diary atau tempat untuk berkongsi sesuatu yang mereka peroleh such as pengalaman diorang. Blogspot memang terkenal dan menjadi kegilaan orang ramai.


Tapi sebenarnya, ada adik-beradik kami orang yang lebih terkenal iaitu Vlogger. Apa kejadah VLOGGER? Apa yang aku faham tentang vlogger adalah VIDEO+BLOGGER : Vlogger. Mereka menggunakan YouTube sebagai satu media untuk berblogging dengan cara meng'upload' video yang dah diorang rakam. Cara diorang lebih cepat sampai dan faham. Ups, maksud aku... Blogger bukanlah tak berapa bagus. Bagus, cuma sometimes apa yang kita nak cakap dan explain, lambat sampai dan faham. 


Aku mula-mula memang tak tahu ada adik kandung yang bernama vlogger ni. (Hahaha... Macamlah adik-beradik betul!). Sampailah satu hari, masa aku terjumpa dengan AmanWan. Siapa AmanWan? Siapa yang ada tengok program TV3 terbaru iaitu Tunggu Sekejap, korang akan jumpa Aman Wan yang menjadi watak Aaron Aziz dalam parodi KL Gangster. Di laman Youtube terkenal dengan iKLan Gangster. 




Kalau korang perasan, muka Aman Wan ni macam tiga orang tiga kali pandang.

Sekali pandang: Macam Aaron Aziz
Dua kali pandang: Macam Awal Ashari
Tiga kali pandang: Macam Afdlin Shauki.

Video di yang paling lawak dan best adalah iKLan Gangster.


Dan video dia yang buat aku ketawa macam orang gila adalah make up tutorial untuk orang lelaki.




Selain daripada AmanWan, ada seorang lagi vlogger yang boleh dikatakan terkenal iaitu Anwar Hadi. 



Anwar Hadi ni aku sangat salute dengan dia sebab dia boleh bercakap orang putih dengan fasih tanpa ada manglishnya. (Aku rasa adalah sikit manglish budak ni). Aku kenal dengan dia apabila terjumpa satu video fasal hari raya. Adalah projek dia dengan kawan-kawan dia tu. But, ada satu video dia yang buat aku salute sangat-sangat. Iaitu video #6 EwwW.





Video yang ni pula dia menceritakan kes salam/memberi salam.




Aman Wan, Anwar Hadi... Dua-dua dah lepas. Sekarang kita cerita pula fasal king of vlogger iaitu Mat Luthfi!






Aku mula-mula memang tak kenal siapa MatLuthfi ni sampailah aku tengok video dia fasal drama-drama sebelum kahwin.




View video mamat ni sangatlah banyak sehingga ada yang mencecah hampir separuh juta. Salute3... Namun, ada satu video king vlogger ni membuatkan aku rasa terkaku dan terpegun. Rokok dan Kopiah.


Mungkin ada yang sesetengah korang tak faham but, cubalah hayati disebalik lakonan MatLuthfi ni.




Tak kisah vlogger or blogger, mereka ini sebenarnya banyak membawa maklumat dan share pengalaman mereka di mana saja mereka berada. Macam Zack Zukhairi, dia ada share macam rasa duduk di Jepun. Macam Anwar Hadi, dia kongsikan sedikit pengalaman di Australia. Sedikit sebanyak memberi general knowledge buat kita. To all blogger dan vlogger, keep it up!



p/s: 
disebabkan rasa salute sangat dengan diorang, aku buat satu entry untuk diorang... and all pictures are credit to Google Image. =]





Posted in , | 2 Comments

Seorang Kawan dan CIKGU.

Assalamualaikum.


Tetiba saja Allah turunkan 'rahmat' buat hamba-hambanya. Sejuk giler bila tidur sampai berselimut. Bila ternampak saja hujan ni, aku tiba-tiba boleh teringat dengan Cikgu Bob. Kata dia hari Sabtu (3/11/2012) akan keluar keputusan adakah dia dapat kembali ke Teganu atau kena stay kat sini. Teganu sekarang kan dah advance... Bebudak belajar guna laptop. Buat homework pun semuanya dalam tu. Tapi sebenarnya aku tak ingat laptop ke apa... Serius aku cakap, kalau bab pendidikan. Teganu adalah yang sangat maju dalam bidang ni. Pelaburan yang dilakukan oleh MB Teganu sangatlah mendapat income yang besar. Hebat hebat. 


Okey, berbalik fasal Cikgu Bob yang dah aku anggap macam abang/ saudara/ ayah/ pak saudara dan yang sepesis dengannya. Aku pernah tanya dia macam ni. Masa tu time exam. Time examkan tak boleh bercakap so aku tulislah dekat kertas exam aku lagu ni : MACAM MANA NAK TINGKATKAN RASA CINTA KEPADA ALLAH?


Aku bagi dia baca. At that time dia duduk dekat sisi meja berdepan dengan meja aku. Dia ambil masa sebentar lepas tu senyum. Aku rasalah, Cikgu Bob yang paling suka senyum dekat sekolah aku. Patutlah orang rasa happy and senang saja bila berdamping dengan dia. Murah hati untuk sedekahkan senyuman. 


Then, dia pun keluarkan pen dari poket baju dan bagi jawapan macam ni.


"Tambah guna maggie secukup rasa."





Aku apa lagi. Hotlah dengan dia. Lepas tu boleh pula dia gelak. Orang serius dia boleh pula main-main. Nasib time ujian, kalau tak. Dah lama aku gantung dia atas kipas. Hahaha...


***


Tiba-tiba pula aku boleh miss dengan dia. Miss sebagai seorang guru dan pendengar yang baik.


Disebabkan kita cerita fasal Cikgu Bob ni, dan korang tahu dia adalah orang yang berada sebahagian dari hidup aku. Aku akan ceritera sikit masa aku mula kenal-kenal dengan dia. 


-Abang/ayah/ saudara seIslam aku-

Terimbau masa dia masuk kelas. Rupa dia sangatlah garang. Macam harimau. Suara sangatlah tegas. Kami yang kelas PK or lebih dikenali sebagai budak bisnes amatlah popular kerana kebisingan tahap melampau dan suka menyetan.  Ya ke suka menyetan? Agaknya. Perangai kami orang hanya Sang Pencipta saja tahu. Dulu masa Cikgu Edi ajar kami, kami suka sangat bising. But bila Cikgu Bob yang masuk mengajar, semua diam. Kecut perut dengar suara dia. Tak ada seorang pun yang bersuara. Dan yang pasti, tak ada seorang pun yang berani nak menyetan. Hahaha...


Bila dah berapa bulan kemudian... Terbongkar segala-galanya. Dia just acting! Action sungguh cikgu ni! Barulah kami tahu bahawa dia adalah seorang guru yang happy go lucky, suka buat lawak dan sangat hebaq bab bisnes. Kalau bab agama, dok yah kabo. Itu memang dia punya bidang. Almaklumlah, wife peguam syariah. Kenalah dengan dia yang pernah jadi bilal surau. Salute sungguh saya dengan cikgu. =]


Perkara yang paling aku tak dapat lupa, dia bagi nasihat dengan aku, dan dua kawan aku macam ni. Dulu aku memang ambik ringan fasal solat. Tapi lepas kena nasihat dia dengan nasihat macam ni.


"Cuba korang bayangkan.... Bila korang belum solat asar dan masa tu time balik. Dalam perjalanan balik tu, korang dilanggar lori. Korang mati tanpa sempat nak solat asar........" 

 
Mati dalam keadaan sia-sialah MU... Ish ish ish...


Meriauuuuu bulu roma aku dengar. Lepas tu aku memang ambik berat fasal solat. Ya Allah... Jauhkanlah...


Cikgu Bob ni tahu macam mana nak nasihatkan orang. Walaupun selalu ditegur oleh Ost Faez, tapi teguran Cikgu Bob sangat menyentap, menyengat dan berbisa sehingga boleh melelehkan air mata. Huhuhuhuhu... Rasanya dah salah bidang Cikgu Bob ni. Patut bertukar dengan Ost Faez jadi ustaz. Eh... Tak boleh.. Rasa pelik saja bila panggil dia... "Ustaz Mohd. Khairul Adly." Siot... Geli geleman aku. Hahahaha.... 


Dan kenangan dengan dia paling aku tak boleh lupa, masa tu kami belajar dekat area tempat NILAM yang dinamakan Ruai Seroja. Masa tu dia tengah berbahas dengan kawan aku nama Ashirah. Aku tak ingat apa yang diorang bahaskan tapi ada satu ayat yang dia keluarkan sampai aku gelak tak dapat stop. 


"Guru dilahirkan untuk mendidik anak bangsa. Tapi anak bangsa yang tak reti bahasa. Macam kamulah.."


Aku suruh dia ulang balik ayat tu, dia pun ulang. Makin gelaklah aku. Balik saja dari sekolah hari tu, aku terus post kat FB. Ramai dari kalangan cikgu yang banyak like. Hebaq kan cikgu aku ni?


Kalau nak cerita kenangan aku dengan dia sepanjang perjalanan satu tahun ni, banyak sangat. Dan apa yang aku nampak, tak ada satu keburukan pun yang ada pada diri dia. Semuanya lebih kepada kebaikan. 


Firasat aku mengatakan, memang susah nak cari seorang guru macam cikgu bob ni. Cikgu zaman sekarang, tak tahulah apa yang boleh aku katakan. Semoga hajat dia nak balik Teganu tercapai. Aku tak akan nangis. FB kan ada? Boleh contact dia. 


Biasanya kalau aku ada masalah, tempat untuk aku mengadu adalah Mr. Akeng. Tapi bila dah rapat dengan Cikgu Bob, dialah tempat aku meluah perasaan. Bukan maksud aku dah lupa dengan Mr. Akeng tapi dia selalunya sibok. So, aku dok mahulah nak kacau dia. Lagipun dia dah ada aweks... Dok baik kacau.


Disebabkan aku frust kerana cinta, dia selalu pesan janganlah nak nangis. Betul kata dia. Buangkan beras saja aku ni. Nasihat dia yang aku tak boleh lupa dan menjadi moto hidup aku. 


MENANGIS KERANA KAMU NAK MELAWAN BUKAN KAMU MENANGIS UNTUK MERELAKAN.


Ya, itulah dia. Nasihat yang sangat memberi kesan kepada aku atas satu kejadian yang menimpa diri ini.





Fuh... panjang giler entry aku. Stop sampai sinilah..









Posted in , , , , | Leave a comment

Apa erti PENGORBANAN bagi AKU?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakattuh...


Dah 2 minggu tak update blog, rasa macam kena serang dengan sarang labah-labah pula aku punya blog. Tapi tak apa. Ini hari aku mahu update! Yearh! Sorrylah, busy dengan sukantara dan busy nak belajar ambil picture. 


Tak terlambat agaknya untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam yang berada di bumi Allah. Hari raya Aidiladha pada kebiasaannya dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Kisah di mana Nabi Ibrahim a.s. sanggup mengorbankan anaknya untuk menunaikan perintah Allah. Sedih wey, bila korang dengar atau baca kisah fasal bapa dan anak ni. Kalau orang yang berjiwa sensitif macam aku, dah meleleh air mata. Namun apa yang dikesalkan, kenapa cerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya hanya popular apabila menjelma hari raya Aidiladha? Adakah memang cerita ni hanya akan muncul ketika raya korban? Entahlah... Tepuk dada, tanya hati. 


So, hari ni kita cerita sikit fasal pengorbanan. Bagi aku, maksud pengorbanan ni agak luas. Tapi mungkin sesetengah orang akan berfikir berkorban untuk si pakwe/makwe. Houktuiii... Macam tak ada orang lain untuk berkorban. 


Berkorban bagi aku, kita sanggup menggadai nyawa, harta dan apa-apa saja milik kita untuk orang tersayang. Aku, siapa yang aku sayang? Mestilah kekasih abadiku iaitu Allah, kemudian my parents. Lepas tu, aku punya adik yang comel lotey, saudara-mara, kawan-kawan dan ramai lagilah. Apa yang aku tahu, orang yang terakhir aku sayang adalah kekasih sesama manusia tetapi berlainan jenis jantina. But, aku kan   dah dimilik. Dimiliki oleh Allah.. Hehehe...




Tapi korang sedar tak bahawa dalam banyak manusia yang berada di sekeliling kita, ibubapa adalah orang yang paling banyak berkorban. Tak kisahlah dari aspek yang mana. Mereka sentiasa berkorban untuk anak-anaknya asalkan dapat melihat anak yang dididik dengan baik itu berjaya di dunia dan diakhirat. Serius aku kata, kekadang aku sedih tengok parents yang kena buang oleh anak sendiri. Macam buang kucing padahal anak kucing pun tahu sayangkan si emaknya. Nampak sangat kita lebih teruk dari haiwan, kan? 




Tak hairan bagi aku sebab ini adalah akhir zaman. Perkara yang kita memang tak percaya akan berlaku dengan izinNya akan berlaku. 


Itulah dia. Senang cerita arrr, hargailah parents korang sebab kalau dah sekali diaorang berdoa. Dengan sekali zappp, doa diorang termakbul tau! Dengan 'cash'nya Allah bagi balasan dekat kita. Berhati-hatilah dengan doa mereka. 


Bagi akulah, sebelum korang nak berkorban untuk pakwe/makwe, pastikan korang dah balas pengorbanan ibubapa yang tak dapat dikira walaupun korang ni Math always gred A. 


Banyak sangat cerita ni.. Esok hari, kita sambung ya?












p/s: Siapa menyangka bakal sepupu ipar aku (ada ke?) komen aku punya blog. Cik Pijot, cney you pun pakwe twuk I pun blog? Haish... -.-"


Semua gambar adalah hak cipta terpelihara milik Mr. Google. =]





Posted in , , | Leave a comment

Boleh Samak Ke Bro?

Assalamualaikum...


Wah, aku hari ni aku cuti. Best giler arr... Suddenly saja aku dapat inspirasi untuk menulis satu lagi karya cerpen untuk dihantar kepada iLuvislam.com. Oh, ya! Ingat tak ada cerpen aku yang bertitle Aku Bukan Saidina Ali? Dah diterbitkan di iLuvislam.com. Alhamdulilah, rezeki daripada Allah. Hehehe.. =)


Malam tadi masa aku terfikir nak keluarkan entry apa untuk hari ni, but boleh pula teringat dengan ustaz aku, Ustaz Faez. Ustaz aku ni memang advance giler. Ada blog sendiri. Tapi blog tu sebenarnya masa dia masih bebudak. Yalah, budak kampus kan giat aktif berbloging. Suddenly, aku teringat dengan satu entry dia yang bertajuk Fikir Sekejap : Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing. Bila aku baca balik artikel tu, seriusly aku tergelak dan berfikiran bahawa sememangnya betul apa yang diceritakan dalam post entry tu. Nak tahu apa? Biar aku cerita-cerita sikit. Tetapi diubah suailah untuk kesesuaian bebudak macam aku.




Once upon a time.. (Siot aku ni.. Cerita zaman apa pula?)

Si Lembu terserempak dengan BFF dia, Si Anjing.


Lembu: Hai anjing! Apa khabar? Macam ada yang tak kena saja? 


Anjing: Aku tengah tension ni. Nak saja aku gigit manusia tadi.


Lembu: Eh, apa hal pula?


Anjing:  Aku lalu tepi dua orang manusia; lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat. Dia kata " Hoi anjing! Pergi jauh-jauh. Najis!"


Lembu: Yalah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.


Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke samak dosa?


Lembu: Betul betul betul! Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah lebih dahsyat 'kenajisannya' (ada ke ayat macam tu?) daripada memegang kau. Malah tak boleh suci sekalipun disamak.


Anjing: Wah... ayat kau memang power la! Manusia kena ubah pepatah "PANDAI MACAM LEMBU".


--- So, apa pendapat korang? Betulkan kata dua makhluk Allah ni...?


Kalau TERpegang anjing atau benda-benda haram boleh juga disamak, ini PEGANG-PEGANG wanita/lelaki bukan mahram ingat boleh samak ke??? Kalaulah dosa boleh samak, waallahualam. Hancus dunia... Tetapi entry ni bukanlah ajak korang pegang benda-benda haram yang bernajis berat hanya kerana disebabkan boleh di samak. Apa yang najis,najis arrr.. Ingat ya?



So sesiapa yang suka sangat pegang awek or pak we dia, stoplah. Hentilah buat dosa. Susah nanti kalau Allah murka dengan kita...


Okeylah... Sampai sini saja... Lain hari kita ENRTYING lagi ya? See you later...





p/s: Ustaz, thanks sebab tulis sebuah entry yang amat memberi inspirasi kepada saya. =)







Posted in , , , | Leave a comment

Masih ada lelaki seperti Sultan Muhammad Al-Fateh?

Assalamualaikum.

Wah, serius aku busy dengan study week. So, aku ada dekat Miri sekarang sebab temankan parents aku ujian pada hari ini. Good luck mama and ayah!


Jadi, aku rasa mesti korang tertanya-tanya. Siapakah lelaki yang aku nyatakan pada title post? Aku tahu ramai yang tak kenal dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku pun at first mana kenal dengan lelaki muda berjiwa besar dan suci ni.


Sampailah satu hari, Ustaz Faez bagi aku pinjam buku 'Sultan Muhammad Al-Fateh. Penakluk Kostantinopel'. Nak tahu buku tu macam mana? Kejap2...


Aku baca dan baca dan baca... Perkataan pertama boleh aku katakan adalah. SALUTE!!! Nak tahu kenapa? Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang anak muda yang menaiki takhta pada usia 19 tahun dan merancang penaklukan Kota Konstantinopel (kini dikenali sebagai Istanbul) pada usia 21 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh telah merealisasikan hadis Nabi.

Nabi SAW bersabda:

"Kota Konstantinopel akan jatuh kepada tangan seorang raja yang baik yang mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik.."

Hadis Riwayat Imam Ahmad



Sekarang aku nak bertanya?


Adakah masih ada lelaki seperti Sultan Muhammad II yang mahu merealisasikan sabda Nabi?
Adakah masih ada lelaki seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjiwa besar dan berani di medan peperangan?
Adakah masih ada lelaki seperti Khalifah ke-7 Turki Utmaniyyah di mana sejak baligh, ia tidak meninggalkan solat tahajjud?

Masih adakah lelaki seperti PENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL ini?


Aku tak dapat nak type banyak-banyak sebab line WiFi tak berapa betul. Jadi aku tinggalkan korang dengan video-video yang mungkin akan mengenali lebih dekat dengan Sultan Muhammad Al-Fateh.


Sultan Muhammad Al-Fateh The Young Conquerer

Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh




Atau korang pergi ke blogspot ni untuk tahu siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh.




p/s:: kalau ada lelaki macam Sultan Muhammad Al-Fateh ni, aku tak akan tunggu dia meminang aku tetapi AKU SENDIRI YANG AKAN MEMINANG DIA. (Jangan kata ini gila okey? Ini pernah berlaku.) =)

Posted in , , | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.