Archive for February 2013

Itulah Kawan

Assalamualaikum. 


Guys, cuti korang macam mana? Best? Happening? Or ada benda sedih berlaku dekat korang? Well, hidup kita tak akan always happy dan tak akan always derita. Semua tu lumrah.


Aku hari ni nak cerita sikit tentang satu kejadian yang menimpa aku dua minggu yang lepas. Masa tu study week sebelum nak tempuh ujian Diagnostik. Adalah satu kes yang tiba-tiba muncul tanpa di minta. Bila satu-satu perkara yang melibatkan hati dan perasaan, aku mudah lemah dan mudah untuk menangis. Orang nampak saja aku macam kasar, tough and etc. tapi sebenarnya bila bab perasaan... Jangan main-main oo! Boleh naik meroyan aku.


Then, datanglah seorang kawan baik aku ni. Dia tanya kenapa aku tak hadir, apa dah jadi dengan aku dan macam-macam soalan yang commonly bila seorang kawan bertanya bila aku menghilangkan diri. Aku pun ceritalah segala-galanya pada dia. Sebenarnya dia dah tahu hal sebenar, cuma dia nak dengar dari mulut aku. Tiba di satu part aku menangis, dia tarik aku dan biarkan aku menangis dekat bahu dia... Dan dia pun join aku menangis sekali sebab tak dapat tahan tengok aku nangis... :") Sweet, kan?


Lepas tu aku tersedar akan satu perkara:


Itulah kawan =)



Bagi akulah, definisi kawan adalah segolongan manusia yang sanggup berkongsi suka duka, jatuh bangun dan susah senang kita bersama. Golongan tu juga dia tak suka memuji kita sebab dia orang lebih suka bagi kritikan yang membina supaya kita menjadi orang yang lebih baik. Itu baru kawan bro!


Zaman sekarang, susah kita nak cari manusia yang berdefinisi di atas. Seriously sebab sekarangkan zaman materialistik. Berkawan pun sebab kebendaan saja. Bila kita di penuhi dengan sesuatu, orang nak dengan kita dan bila kita kehilangan sesuatu, orang akan lari dari kita. Tak best-lah wey kalau berkawan macam tu. Aku percaya korang pun tak nak dalam situasi macam tu, kan?


Kawan baik aku tu bukan orang kaya dan dia bukan orang yang berpangkat. Tapi dia dah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang kawan dengan baik. Kadang aku terfikir, aku ni kawan yang baik ke? Adakah aku dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan dengan baik? Bila dia perlukan aku di sisi dia, aku ada tak? Aku tanya soalan-soalan yang mencabar ego aku sendiri.


Aku, kau, kau, kau dan kita semua muhasabah diri banyak-banyak. Jadikan Rasullulah S.A.W sebagai role model untuk menjadi kawan yang baik. Cuba tengok Saidina Abu Bakar r.a. Beliau sungguh loyal dan MEMBENARKAN semua kata-kata Rasullulah SAW tanpa ragu-ragu! Aku rasa kalau kawan kita cakap benda betul pun, kita still was-was dengan dia, kan? Jangan bersangka buruk dan perbanyakkan bersangka baik.


Semua manusia dekat dunia ada kawan. Jangan nak tipulah yang korang tak ada kawan sebab junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga menjalinkan pertalian persahabatan dengan para sahabat. Kawan ni penting juga dalam hidup kita. Bila kita buat silap, dia orang tolong tegur dan tunjuk ajar. Tapi kena pandai jugalah memilih kawan supaya tak tersesat pada jalan yang gelap gelita tak ada lampu dan banyak kona-kona nyewwW.


Entry ni terhasil lepas tengok vlog Shahrin Najmi, thanks bro sebab buat video yang gila gila gila cool!




Konklusi:

Kawan yang baik adalah kawan yang sering memberikan kritikan membina agar kita menjadi 'manusia'. Bukannya sering memberikan kata puji-pujian padahal di sebalik pujian itu terselit sebuah konpirasi jahat. Hehehe *evil laugh*




p/s:

  • Thanks Nana sebab kau dah banyak bersama aku masa susah dan senang. Sayang kau sangat sangat sangatttttt!



Posted in , , , | Leave a comment

Jangan Nilai Pada Kulitnya

Assalamualaikum.


Selamat menyambut Tahun Baharu Cina. Gong Xi Fa Cai. Angpau mai lai... Hahahaha... Demam-demam pun boleh pula nak minta angpau. Selsema sikit tambah dengan sakit kepala. Biasalah ni bila cuaca dah tak menentu. Aku dah biasa sangat sakit. Rasanya kami BFF kot. Hehehe... Pendek kata antibody aku dah tak kuat lagi.


Sepanjang minggu lepas, aku menempuh satu peperangan. Peperangan yang dinamakan DIAGNOSTIK. Aku tak tahu apakah motif diagnostik ni di buat pada bulan kedua 2013 tapi apa yang pasti, otak aku tersangat penat untuk mengingat kembali pelajaran dua tahun lepas. Nasiblah aku tak lupa semuanya kalau tak parah otak nak aku ingat nak semula formula-formula. Haiyaaa. (Tak boleh mengeluh!)

Sekadar Gambar Hiasan :)

Bila sehari lagi nak ujian, aku pergi ke kedai buku Popular. Lama dah tak ke sana sebab sibok saja dengan homework yang berlambak dan belajar. Nak dapatkan keputusan 8A, mestilah dari awal kena buat persediaan. So, bila masuk Popular, tempat pertama yang akan aku pergi adalah 'daerah' buku ilmiah. Aku berjinak-jinak dalam membaca buku ilmiah setahun yang lepas. 


Bukan apa aku nak baca buku ilmiah, novel Melayu masa tu macam tak ada isi. Semua orang tahu macam mana jalan cerita novel Melayu. Mesti ada kes dendam, merampas harta pusaka dan genre-genre CINTA. Tambahan pula (wahhh... dah ada penanda wacana) easy to predict. 


Itu adalah penyebab aku beralih kepada membaca buku ilmiah. Dah sampai dekat area buku ilmiah, tak ada satu tajuk pun yang menarik minat aku. Aku bila beli buku, suka beli buku yang tebal-tebal supaya tak cepat habis baca. Tapi kalau dah namanya kaki buku, memang akan cepat habislah baca. Then, aku beredar dari area tu. Dalam melangkah nak blah dari Popular, hati tertarik nak pergi ke area novel Melayu. Mula-mula, saja-saja aku nak tengok, belek-belek. Kononnya saja nak tengok dan belek, lepas tu boleh pula hati aku suruh beli satu novel bertajuk....


SUAMI AKU USTAZ


Otak dan hati aku mula berperang.

"Argh! Sama saja novel Melayu ni dengan novel-novel lain!"- Otak

"No, tak samalah! Mesti banyak intipati tentang agama." - Hati


Pada kebiasaannya naluri hati lebih betul berbanding dari otak maka aku pun ambil dan bayar harganya. Balik saja rumah, aku pun terus baca. Aku rasa terkejut dan ketawa bila baca novel ni then rasa salute kepada si penulis. Banyak benda aku belajar dari novel Suami Aku Ustaz. Rupanya tak semua novel Melayu yang jiwang-jiwang kosong. Ada juga jiwang-jiwang berisi dengan isian agama. 


Mungkin, bila kita nampak sesebuah novel tu, tajuk dan kata-katanya bukan main jiwang dan kita dah konklusikan sebagai buku cinta tak berisi. Sepatutnya cuba-cubalah belek dulu. Mana tahu jiwang berisi, kan? Bak kata perpatah orang Inggeris; Don't judge a book by its cover.





p/s:
  • Semoga cuti kali ni di isi dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. 
  • Kenapa perenggan aku jadi banyak dan panjang?








Posted in , , , | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.