Archive for March 2013

6 Bulan

Assalamualaikum.


Muka aku sekarang dah hancur sebab sunburn. Aaaarghhhhh! Tapi aku tak kisah punnng!


Straight to the point...

Sebelum ni korang tahu aku pernah bercinta dengan seseorang. Ya, seseorang yang dipanggil kekasih dan bukannya suami. Tak lama kemudian, aku break up dengan lelaki tu dan menjadi single. Sehingga sekarang, aku masih membujangkan diri. Apa yang pasti, dah enam bulan aku membujangkan diri. Yay! (Single pun happy -.-) Hahaha...


Aku ada beritahu kawan-kawan (rapat dan akrab saja) aku tentang hal ni. Macam-macam respond yang aku terima dari diorang. Terkejut, happy dan apa yang paling syok adalah Nana buat muka selamba. Hahaha... Nana, siapa tak kenal dengan minah selamberrr tu...


"Setakat 6 bulan... Aku 8 bulan single pun tak bising-bising macam kau!"

"Tapi, tak senang nak melawan nafsu bercinta...?"

Kemudian, dia terdiam.

"Betul tu! Tak senang nak melawan nafsu bercinta,"


Alhamdulilah! =]


Cinta dan remaja sememangnya dua benda common. Cinta tu adalah satu benda fitrah dan tidak salah atau HARAM untuk memilikinya. Tanpa cinta, bagaimana untuk kita mencintai Allah? Tanpa cinta, bagaimana untuk kita mencintai Rasulullah SAW? Tanpa cinta, bagaimana untuk kita mencintai para sahabat? Tanpa cinta, bagaimana untuk kita mencintai ibubapa dan kawan-kawan kita? Tanpa cinta, bagaimana untuk kita bercinta?


Yang menjadikan cinta tu halal atau haram adalah apa yang kita lakukan dengan cinta tersebut. Sebagai contoh, Ali suka Siti. Tu tak salah tapi kalau Ali ajak Siti jadi couple dia... Hah! Tu baru salah.


Sejak aku jadi single but taken by Allah, banyak benda dah aku belajar. Dalam masa dua tahun yang aku luangkan untuk bercinta, banyak benda dah aku ketinggalan. Rasa insaf dan menyesal yang amat. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku tebus kembali masa lampau dengan mempelajari ilmu-ilmu yang berguna. Ilmu-ilmu yang membawa diri aku dekat pada Allah. Allah kan kekasih kita yang paling setia dan sejati?


Sekarang, tugas aku adalah belajar dan cuba menjadi anak yang solehah. Cuba tunaikan permintaan ibu dan ayah dan adik. Jauh lagi perjalanan aku. Jujur aku akui, terkadang aku rindu untuk mencintai seseorang. Tapi  aku selalu ingatkan diri, Allah dah rancangankan segala-galanya. Dia-lah yang akan memilih zauj yang terbaik untuk aku. Tak kira cepat atau lambat, jika ada jodoh, maka aku pun akan nikah juga, kan?


Yang bertakhta di hati adalah Allah. manakala di tempat kedua adalah mak dan ayah. Akhir sekali, si suami yang tercinta. Wahai bakal zaujku, tak kira di mana saja dirimu di muka bumi Allah ini... Hanya dirimu yang bertakhta di hati selepas sang kekasih abadi. Ecececehhh ayat... BAJET! =p







p/s:


  • single itu lebih baik jika berdua itu hanya mendatang kemurkaan-Nya.






Posted in | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.