Assalamualaikum..
'Kalau aku kahwin, aku nak isteri aku terer masak. Kalau boleh, semua jenis masakan dia boleh masak. Tu baru namanya isteri!' - Impian setiap lelaki yang bakal jadi suami.
Kata-kata di atas akan membuatkan segolongan perempuan menjadi cuak, kecut perut dan mula pengsan. Apa yang di angankan si lelaki tak salah, tapi berapa ramai orang perempuan dekat dunia ni yang betul-betul tahu memasak? Jeng Jeng Jeng.
|
Memasak? Oh no! |
Sometimes, aku rasa apa yang diharapkan oleh seorang lelaki tu agak melampau. Aku akui memasak ni adalah salah satu skill yang perlu ada pada setiap perempuan. Kalau perempuan tak tahu memasak, macam mana nak bagi suami makan, kan? Dan macam mana nak tambat hati si suami? (Acececeh... Bunyi macam aku dah ada laki!) But, seriously aku cakap masakan air tangan seorang perempuan tu boleh mencairkan hati seorang lelaki. Mung dok caya, mung gi tanya ayah mak mung.
Tapi macam mana pula kalau si perempuan tak tahu memasak? Okey, aku ada satu cerita nak share dengan korang. Cerita ni untuk jadi pengajaran.
Ada satu masa tu, ustazah tak masuk kelas sebab ada urusan. Biarpun ustazah ada urusan, dia pesan dekat kami semua budak perempuan untuk basuh periuk-periuk, senduk-senduk dan yang sama spesis dengannya. So, kami buatlah kerja-kerja membasuh.
Sampai satu ketika, kawan 'A' aku bertanya dengan kawan 'B'. (Actually si A nak menguji si B)
A : Wey, kau tahu tak macam mana nak masak mi maggi?
B : Lar.. Tu pun kau tak tahu? Macam ni caranya. Mula-mula, sukatan air yang perlu kau masuk dalam periuk adalah satu air gayong besar . Kau biarkan air tu masak, kemudian bila air dah mendidih, kau boleh masukkan mee dan perencahnya sekali.
Kami yang mendengar seriously tak boleh blah. HAHAHAHA...
Cuba korang bayangkan masak mi maggi guna satu air gayong besar? Adoi-adoi....
|
Confirm Tawar! :) |
"Saya tak tahu memasak."
Jangan risau, girls!
KENA INGAT SENTIASA bahawa perempuan yang tahu memasak, sebelum tu dia pun tak tahu masak. DO NOT DENY IT because aku pun perempuan. Sebelum aku pandai memasak, aku pun tak reti nak masak. Tak akan ada perempuan yang lepas lahir ke dunia saja tup tup pandai masak, kan? Kita kena belajar, buat praktikal dan learn from mistake.
Masa mula-mula aku belajar masak, aku pernah lupa nak letak garam pada masakan. Aku pernah buat sambal terlebih pedas sampai parent aku pun tak tahan pedas makan makanan aku. Aku selalu saja gagal tapi aku tak pernah henti untuk terus cuba dan cuba dan cuba untuk menjadikan masakan aku yang sempurna.
And bagi korang lelaki, janganlah pandang rendah bagi kami perempuan yang tak tahu memasak. Kami bukannya Malaikat yang bersifat sempurna. Kami pun ada kekurangan yang tersendiri. Kalau perempuan tu tak tahu memasak tapi berniat nak belajar masak, tu okey lagi. Tapi kalau korang dapat jodoh perempuan yang dah lah tak tahu memasak, ego pula tak nak memasak, padan muka! :P
Girls, biarpun korang tak tahu masak, cuba-cubalah memasak. Memasak ni bukan saja untuk si hubby, untuk mak ayah, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan dan yang sama jenis dengannya.
Tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian okey? Caiyok! Aja-aja fighting! Berusahalah!