Archive for October 2012

Hobi Lama Datang Kembali.

Assalamualaikum...


Huh. Letih giler aku hari ni. Semenjak ayah aku beli camera Canon DSLR EOS1100D, hobi lama aku dah datang kembali. Hobi mengambil gambar. Serius aku kata, rindu jugaklah nak ambil picture. Dah setahun aku tinggalkan hobi tu sebab camera yang lama, dia punya lens sudah rosak.. Haiya!


Tapi disebabkan adanya DSLR baru, aku telah kembali untuk mengambil gambar. Skill-skill yang terdahulu semua dah luntur jadi kenalah asah balik. Dengan itu, aku dan kawan baik aku iaitu Chrisper Chang telah mengambil inisiatif untuk belajar dengan orang yang sangatlah hebaqqqqqqqq giler dalam bidang fotografi ni. Dok lain dang dok bukang, MR. AKENG aka Cikgu Hakim. 



Ini Chrisper Chang. Kawan baik aku sejak aku form 1 lagi.



-Ini dia, aku punya sifu. Aku ambil dia as aku punya subject but boleh pula dia tutup muka?!- =='


-2 orang yang dekat belakang Mr. Akeng itu adalah bodyguard dia-



Rasa macam orang gila saja kerja aku dan Chrisper ambil gambar dari pelbagai jenis perspektif. Sampai kami berdua sanggup baring atas lantai untuk mengambil satu perspektif yang baik punyyyyaaa! Malas nak cakap banyak, korang tengok sajalah pictures yang aku rasakan macam terbaeeeeek bagi pandangan seorang hamba Allah yang lemah ni macam aku. =]


-Kapur and duster? Apa motifnya? I don't know-

-Cantik kan perspektif ni?-

-Jangan kata aku main judi sebab aku ambil pic ni masa ada member kelas aku main benda tu-


-Itu teddy bear milik Chrisper. Comel gilerrr tapi Chris taknak bagi aku.. Huhuhu-











p/s: nak kata aku pro, tak sebenarnya. Aku ambil gambar sebagai hobi dan minat. Bukan seriusly nak menjadikan ia sebagai sebuah profesion. Mr. Akeng! Ajarlah lagi, ya? =]




Posted in , | Leave a comment

Apa erti PENGORBANAN bagi AKU?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakattuh...


Dah 2 minggu tak update blog, rasa macam kena serang dengan sarang labah-labah pula aku punya blog. Tapi tak apa. Ini hari aku mahu update! Yearh! Sorrylah, busy dengan sukantara dan busy nak belajar ambil picture. 


Tak terlambat agaknya untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam yang berada di bumi Allah. Hari raya Aidiladha pada kebiasaannya dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya iaitu Nabi Ismail a.s. Kisah di mana Nabi Ibrahim a.s. sanggup mengorbankan anaknya untuk menunaikan perintah Allah. Sedih wey, bila korang dengar atau baca kisah fasal bapa dan anak ni. Kalau orang yang berjiwa sensitif macam aku, dah meleleh air mata. Namun apa yang dikesalkan, kenapa cerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya hanya popular apabila menjelma hari raya Aidiladha? Adakah memang cerita ni hanya akan muncul ketika raya korban? Entahlah... Tepuk dada, tanya hati. 


So, hari ni kita cerita sikit fasal pengorbanan. Bagi aku, maksud pengorbanan ni agak luas. Tapi mungkin sesetengah orang akan berfikir berkorban untuk si pakwe/makwe. Houktuiii... Macam tak ada orang lain untuk berkorban. 


Berkorban bagi aku, kita sanggup menggadai nyawa, harta dan apa-apa saja milik kita untuk orang tersayang. Aku, siapa yang aku sayang? Mestilah kekasih abadiku iaitu Allah, kemudian my parents. Lepas tu, aku punya adik yang comel lotey, saudara-mara, kawan-kawan dan ramai lagilah. Apa yang aku tahu, orang yang terakhir aku sayang adalah kekasih sesama manusia tetapi berlainan jenis jantina. But, aku kan   dah dimilik. Dimiliki oleh Allah.. Hehehe...




Tapi korang sedar tak bahawa dalam banyak manusia yang berada di sekeliling kita, ibubapa adalah orang yang paling banyak berkorban. Tak kisahlah dari aspek yang mana. Mereka sentiasa berkorban untuk anak-anaknya asalkan dapat melihat anak yang dididik dengan baik itu berjaya di dunia dan diakhirat. Serius aku kata, kekadang aku sedih tengok parents yang kena buang oleh anak sendiri. Macam buang kucing padahal anak kucing pun tahu sayangkan si emaknya. Nampak sangat kita lebih teruk dari haiwan, kan? 




Tak hairan bagi aku sebab ini adalah akhir zaman. Perkara yang kita memang tak percaya akan berlaku dengan izinNya akan berlaku. 


Itulah dia. Senang cerita arrr, hargailah parents korang sebab kalau dah sekali diaorang berdoa. Dengan sekali zappp, doa diorang termakbul tau! Dengan 'cash'nya Allah bagi balasan dekat kita. Berhati-hatilah dengan doa mereka. 


Bagi akulah, sebelum korang nak berkorban untuk pakwe/makwe, pastikan korang dah balas pengorbanan ibubapa yang tak dapat dikira walaupun korang ni Math always gred A. 


Banyak sangat cerita ni.. Esok hari, kita sambung ya?












p/s: Siapa menyangka bakal sepupu ipar aku (ada ke?) komen aku punya blog. Cik Pijot, cney you pun pakwe twuk I pun blog? Haish... -.-"


Semua gambar adalah hak cipta terpelihara milik Mr. Google. =]





Posted in , , | Leave a comment

Boleh Samak Ke Bro?

Assalamualaikum...


Wah, aku hari ni aku cuti. Best giler arr... Suddenly saja aku dapat inspirasi untuk menulis satu lagi karya cerpen untuk dihantar kepada iLuvislam.com. Oh, ya! Ingat tak ada cerpen aku yang bertitle Aku Bukan Saidina Ali? Dah diterbitkan di iLuvislam.com. Alhamdulilah, rezeki daripada Allah. Hehehe.. =)


Malam tadi masa aku terfikir nak keluarkan entry apa untuk hari ni, but boleh pula teringat dengan ustaz aku, Ustaz Faez. Ustaz aku ni memang advance giler. Ada blog sendiri. Tapi blog tu sebenarnya masa dia masih bebudak. Yalah, budak kampus kan giat aktif berbloging. Suddenly, aku teringat dengan satu entry dia yang bertajuk Fikir Sekejap : Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing. Bila aku baca balik artikel tu, seriusly aku tergelak dan berfikiran bahawa sememangnya betul apa yang diceritakan dalam post entry tu. Nak tahu apa? Biar aku cerita-cerita sikit. Tetapi diubah suailah untuk kesesuaian bebudak macam aku.




Once upon a time.. (Siot aku ni.. Cerita zaman apa pula?)

Si Lembu terserempak dengan BFF dia, Si Anjing.


Lembu: Hai anjing! Apa khabar? Macam ada yang tak kena saja? 


Anjing: Aku tengah tension ni. Nak saja aku gigit manusia tadi.


Lembu: Eh, apa hal pula?


Anjing:  Aku lalu tepi dua orang manusia; lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat. Dia kata " Hoi anjing! Pergi jauh-jauh. Najis!"


Lembu: Yalah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.


Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke samak dosa?


Lembu: Betul betul betul! Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah lebih dahsyat 'kenajisannya' (ada ke ayat macam tu?) daripada memegang kau. Malah tak boleh suci sekalipun disamak.


Anjing: Wah... ayat kau memang power la! Manusia kena ubah pepatah "PANDAI MACAM LEMBU".


--- So, apa pendapat korang? Betulkan kata dua makhluk Allah ni...?


Kalau TERpegang anjing atau benda-benda haram boleh juga disamak, ini PEGANG-PEGANG wanita/lelaki bukan mahram ingat boleh samak ke??? Kalaulah dosa boleh samak, waallahualam. Hancus dunia... Tetapi entry ni bukanlah ajak korang pegang benda-benda haram yang bernajis berat hanya kerana disebabkan boleh di samak. Apa yang najis,najis arrr.. Ingat ya?



So sesiapa yang suka sangat pegang awek or pak we dia, stoplah. Hentilah buat dosa. Susah nanti kalau Allah murka dengan kita...


Okeylah... Sampai sini saja... Lain hari kita ENRTYING lagi ya? See you later...





p/s: Ustaz, thanks sebab tulis sebuah entry yang amat memberi inspirasi kepada saya. =)







Posted in , , , | Leave a comment

Masih ada lelaki seperti Sultan Muhammad Al-Fateh?

Assalamualaikum.

Wah, serius aku busy dengan study week. So, aku ada dekat Miri sekarang sebab temankan parents aku ujian pada hari ini. Good luck mama and ayah!


Jadi, aku rasa mesti korang tertanya-tanya. Siapakah lelaki yang aku nyatakan pada title post? Aku tahu ramai yang tak kenal dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku pun at first mana kenal dengan lelaki muda berjiwa besar dan suci ni.


Sampailah satu hari, Ustaz Faez bagi aku pinjam buku 'Sultan Muhammad Al-Fateh. Penakluk Kostantinopel'. Nak tahu buku tu macam mana? Kejap2...


Aku baca dan baca dan baca... Perkataan pertama boleh aku katakan adalah. SALUTE!!! Nak tahu kenapa? Sebab Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang anak muda yang menaiki takhta pada usia 19 tahun dan merancang penaklukan Kota Konstantinopel (kini dikenali sebagai Istanbul) pada usia 21 tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh telah merealisasikan hadis Nabi.

Nabi SAW bersabda:

"Kota Konstantinopel akan jatuh kepada tangan seorang raja yang baik yang mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik.."

Hadis Riwayat Imam Ahmad



Sekarang aku nak bertanya?


Adakah masih ada lelaki seperti Sultan Muhammad II yang mahu merealisasikan sabda Nabi?
Adakah masih ada lelaki seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjiwa besar dan berani di medan peperangan?
Adakah masih ada lelaki seperti Khalifah ke-7 Turki Utmaniyyah di mana sejak baligh, ia tidak meninggalkan solat tahajjud?

Masih adakah lelaki seperti PENAKLUK KOTA KONSTANTINOPEL ini?


Aku tak dapat nak type banyak-banyak sebab line WiFi tak berapa betul. Jadi aku tinggalkan korang dengan video-video yang mungkin akan mengenali lebih dekat dengan Sultan Muhammad Al-Fateh.


Sultan Muhammad Al-Fateh The Young Conquerer

Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh




Atau korang pergi ke blogspot ni untuk tahu siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh.




p/s:: kalau ada lelaki macam Sultan Muhammad Al-Fateh ni, aku tak akan tunggu dia meminang aku tetapi AKU SENDIRI YANG AKAN MEMINANG DIA. (Jangan kata ini gila okey? Ini pernah berlaku.) =)

Posted in , , | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.