Assalamualaikum...
Wah, aku hari ni aku cuti. Best giler arr... Suddenly saja aku dapat inspirasi untuk menulis satu lagi karya cerpen untuk dihantar kepada iLuvislam.com. Oh, ya! Ingat tak ada cerpen aku yang bertitle Aku Bukan Saidina Ali? Dah diterbitkan di iLuvislam.com. Alhamdulilah, rezeki daripada Allah. Hehehe.. =)
Malam tadi masa aku terfikir nak keluarkan entry apa untuk hari ni, but boleh pula teringat dengan ustaz aku, Ustaz Faez. Ustaz aku ni memang advance giler. Ada blog sendiri. Tapi blog tu sebenarnya masa dia masih bebudak. Yalah, budak kampus kan giat aktif berbloging. Suddenly, aku teringat dengan satu entry dia yang bertajuk Fikir Sekejap : Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing. Bila aku baca balik artikel tu, seriusly aku tergelak dan berfikiran bahawa sememangnya betul apa yang diceritakan dalam post entry tu. Nak tahu apa? Biar aku cerita-cerita sikit. Tetapi diubah suailah untuk kesesuaian bebudak macam aku.
Once upon a time.. (Siot aku ni.. Cerita zaman apa pula?)
Si Lembu terserempak dengan BFF dia, Si Anjing.
Lembu: Hai anjing! Apa khabar? Macam ada yang tak kena saja?
Anjing: Aku tengah tension ni. Nak saja aku gigit manusia tadi.
Lembu: Eh, apa hal pula?
Anjing: Aku lalu tepi dua orang manusia; lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat. Dia kata " Hoi anjing! Pergi jauh-jauh. Najis!"
Lembu: Yalah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke samak dosa?
Lembu: Betul betul betul! Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan yang sah lebih dahsyat 'kenajisannya' (ada ke ayat macam tu?) daripada memegang kau. Malah tak boleh suci sekalipun disamak.
Anjing: Wah... ayat kau memang power la! Manusia kena ubah pepatah "PANDAI MACAM LEMBU".
--- So, apa pendapat korang? Betulkan kata dua makhluk Allah ni...?
Kalau TERpegang anjing atau benda-benda haram boleh juga disamak, ini PEGANG-PEGANG wanita/lelaki bukan mahram ingat boleh samak ke??? Kalaulah dosa boleh samak, waallahualam. Hancus dunia... Tetapi entry ni bukanlah ajak korang pegang benda-benda haram yang bernajis berat hanya kerana disebabkan boleh di samak. Apa yang najis,najis arrr.. Ingat ya?
So sesiapa yang suka sangat pegang awek or pak we dia, stoplah. Hentilah buat dosa. Susah nanti kalau Allah murka dengan kita...
Okeylah... Sampai sini saja... Lain hari kita ENRTYING lagi ya? See you later...
p/s: Ustaz, thanks sebab tulis sebuah entry yang amat memberi inspirasi kepada saya. =)