Assalamualaikum.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha menciptakan. (Surah Al-Alaq, ayat 1) |
"Cikgu tahu tak, soalan PMR pun tak susah macam soalan ujian hari tu!"
"Kamu rasa susah sebab kamu tak ada ilmu."
Situasi di atas secara majoriti kita pernah lalui. Soalan pada kertas ujian kadang-kadang susah tahap gaban sampaikan mengganggu jiwa dan akal untuk mencari jawapan. Namun bagi para guru, soalan tu senang. Mana tak senang kalau diorang dah tahu jawapan. Hohoho...
TAPI pernahkah kita terfikir di sebalik kata-kata guru kita itu ada benarnya? "Kamu rasa SUSAH sebab kamu TAK ADA ILMU." Mr. Hakim pun pernah cakap macam tu dengan aku. Mula-mula rasa bengang juga tapi bila diselami dan difikirkan sebaik-baiknya, barulah aku tersedar ada kebenaran di sebalik kata-kata tersebut.
Aku nak bagi beberapa contoh :
- Kalau kita berada di medan perang tanpa ada ilmu peperangan, tahukah kita cara untuk melawan musuh? Mestilah jawapannya tidak. Tahukah kita bagaimana untuk memegang senjata dengan betul sekiranya tiada ilmu? Tentulah jawapannya tak. Tanpa ilmu, perjuangan 'si pahlawan' seumpama sia-sia. Tumbang dengan mudah. Berani dah betul tapi kalau ada ilmu, lagi bagus.
- Kenapa guru atau pensyarah atau mana-mana manusia yang berani berdiri dihadapan 'audiens' dan yakin dengan apa dicakapkan oleh mereka? Sebab diorang ada ilmu. Keberanian dan keyakinan memang menjadi perkara utama untuk mereka berdiri dihadapan 'audiens' tapi ilmu menjadi tunjang utama.
- Kenapa kita perlukan doktor yang mempunyai kepakaran untuk merawat atau membedah seseorang? Kalau doktor tu tak ada ilmu dalam bidang membedah atau merawat, korang berani tak suruh doktor tu rawat atau bedah korang? Dan korang rasa pihak hospital akan terima atau tak doktor yang sebegini?
- Akhir sekali, kenapa kita perlu ilmu sebelum kita mendirikan solat? Tanpa ilmu, kita mungkin tak tahu bagaimana untuk mendirikan solat. Tanpa ilmu kita mungkin tidak tahu rukun-rukun solat, syarat sah solat dan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.
Ilmu sangat penting. Tanpa ilmu kita seumpama kapal yang berada di tengah lautan tanpa nakhodanya. Bebas menjadi pukulan ombak. Bebas menjadi mainan angin dan taufan. Dalam bahasa realiti, mudah diperbodohkan oleh orang yang berilmu. Kita hanya akan menjadi bahan untuk ditertawakan oleh orang berilmu.
Dalam dunia pelajar, soalan yang telah disediakan ada dua kemungkinan kenapa ia susah:
- soalan aras tinggi
- tak ada ilmu
99.99% sememangnya soalan susah kerana kita tak ada ilmu. Kenapa tak ada ilmu? Sebab malas nak baca buku dan belajar. Hanya 0.01% soalan diajukan adalah aras tinggi (kadang-kadang).
Dari Anas bin Malik r.a, katanya : Rasulullah SAW bersabda: Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.
Riwayat Ibnu Majah