Ku bina 'penjara' dan ku bina 'kesalahan'. |
Di
hujung katil aku termanggu sendiri
Memandang
ke luar jendela lalu melihat awan
Lagu
sedih dibuka dan dimainkan berulang-ulang
Timbul
akan sebuah pertanyaan
Apakah
cinta yang aku rasakan kini
Mengingatkan
atau menghanyutkan?
Aku
buka kembali lembaran lama
Lembaran
yang menyimpan akan sejarah kita
Dibuka
setiap satunya dan dibaca
Cuba
mencari andai ada memori
Yang
telah membuatkan aku lalai
Yang
telah membuatkan aku alpa
Tetapi
kemudian aku tersedar
Tidak
mungkin aku berlari lantas menyalahkan sesuatu
Walhal
aku sendiri yang telah membina silapnya
Aku
sendiri yang membina ‘dinding’nya
Aku
sendiri yang sengaja memerangkapkan diri
Dalam
penjara yang menghanyutkan ini
Aku
tutupkan buku lembaran
Memejam
mata dan menangis sepuas-puasnya
Sekali
lagi menjenguk ke luar jendela
Burung
bersiulan
Angin
menyanyikan lagu indah
Masih
ada lagikah ruang buatku duhai Pencipta sekian alam?
Buat
dirimu yang pernah aku rasakan perasaan suci itu
Maafkan
aku sekiranya aku terpaksa menjauhkan diri
Aku
tidak mahu lagi tenggelam dalam suatu fantasi
Di
mana sudah pasti amat mustahil bagi aku miliki
Dirimu
serta perasaan itu
Maka
jalan terbaiknya biar aku pergi jauhkan diri
Tidak
perlu gundah
Namamu
sentiasa dalam doaku
Moga
dirimu bahagia
Tidak
perlu risau akan diri ini
Kerana
andai dirimu bahagia
Ketahuilah
aku merasakan hal yang sama