Archive for 2014

Wira Sejati


Tak siapa menyangka
Matinya seorang anak jati negeri Sarawak itu
Disebabkan sebuah konspirasi

Kebencian British kepada si pahlawan
Menyebabkan mereka sanggup lakukan apa-apa saja
Tidak peduli si anak itu punyai ibu bapa atau tidak
Buat mereka keadilan yang berat sebelah perlu ditegakkan

Kecintaan buat negeri Sarawak tidak berbelah bagi
Jiwa dan raga menjadi taruhan
Dalam fikirannya hanya satu perkataan
Iaitu kebebasan
Kebebasan buat negerinya
Kebebasan buat bangsanya

Tuhan saja yang tahu isi terkandung dalam hati si pahlawan
Tatkala hukuman dijatuhkan
Bergemalah tangisan-tangisan 
Kerabat keluarga serta teman-teman
Tali gantung itu pula mengambil tempat Malaikat Izrail
Mematikan hidup orang tak bersalah

Buat pahlawan yang sentiasa dikenang
Buat insan kental dan berani jiwanya
Buat si hamba yang taat pada agama Tuhannya
Buat si anak yang menghomati orang tuanya
Buat pelajar yang rajin berusaha
Buat guru yang punyai tekad semangat mengajar

Terima kasih atas pengorbananmu
Pengorbanan yang memerlukan keberanian
Terima kasih atas kemerdekaan ini
Kemerdekaan yang cukup bermakna
Terima kasih kerana tinggalkan kisah indah buat kami
Kisah yang boleh dihayati sepanjang zaman

Terima kasih wira sejati,
Rosli Dhoby. 


Persembahan drama 'Rosli Dhoby' bersempena hari kemerdekaan. (SMK Bandar Bintulu, Sarawak)


Posted in | Leave a comment

April




Assalamualaikum.

Sekarang, aku dah semakin malas nak update blog sebab kesibukan yang melampau. Seriously, kali ini barulah aku rasa macam mana letihnya seorang pelajar yang terpaksa bagi komitmen kepada dua benda; pelajaran dan ko-kurikulum. Kalau dulu hal KK aku hanyalah melibatkan skop kerja di kawasan sekolah, tapi kali ini aktiviti KK aku menjadi lebih besar dan luas iaitu dihantar untuk menjadi wakil sekolah. 

Sepanjang bulan 1-3, muka aku mesti ada saja stayback sampai ke petang. Paling akhir pun aku pernah balik pukul 5 petang sebab atur hal props untuk drama. Bila makin dekat dengan bulan April, makinlah aku sibuk. Pelajaran terpaksa diabaikan seketika (mana boleh nak abaikan selama-lamanya!), dan fokus pada hal KK. Pertemuan Kadet Polis pun aku terpaksa escape supaya aku boleh siapkan kerja aku. 



Minggu 1-2 bulan April
Awal bulan April, aku terlibat dengan pertandingan drama untuk bahasa Inggeris. Limabelas orang kru ; watak utama, watak sampingan, ketua props, pengurus pentas dan pengurus untuk background sound. Dalam drama tu aku pegang dua jawatan penting, ketua props dan pengurus pentas. 

 
Sehari sebelum nak bertanding, memang malang tidak berbaulah. Masa tu aku dalam perjalanan nak balik ke Dewan Teratai (tempat latihan kami) dan secara tiba-tiba, kaki aku termasuk dalam longkang lalu terjatuh. Chrisper yang tengok aku dah mula ketawa. Bila tengok Chris ketawa, aku pun ketawa jugalah. Tapi lepas tu, aku rasa aku tak boleh angkat kaki aku. Apa lagi, menangislah aku. Annysia (ketua kami orang) yang merupakan bekas pelajar PBSM, dia pun rawat aku. Dia kata kaki aku terseliuh. Kalau kaki orang terseliuh, letak ais ya? Bukan minyak angin. Minyak angin akan digunakan bila kau cramp saja. Tak dapat aku lupakan macam mana dia letak ais tu pada kawasan pergelangan kaki aku. Ngilu!


Tapi masa hari pertandingan, kaki aku okey dan aku boleh melakukan tugasan aku dengan sebaiknya. Alhamdulilah. Kami dah buat yang terbaik masa pertandingan, sayangnya nasib tak menyebelahi kami. Apa nak buat? Kami pun masih budak mentah. Mdm Duchess kata tahun depan dia nak muka kami untuk represent sekolah sekali lagi. Latihan dimulakan lebih awal iaitu sekitar bulan 7.







Minggu ke-3 bulan April
Kesibukan aku tak tamat disitu saja. Selepas habis pertandingan drama, aku terlibat dengan sesi fotografi sekolah. Alah... part yang ambil gambar sekelas tu. Cikgu Hazem (cikgu baru yang menggantikan Cikgu Afiq) perlukan bantuan dan aku hulurkan bantuan. Perempuan ramai yang terlibat dan lelaki hanya 4 orang saja. Hahaha... Tak seimbang betul. Aku bertugas sebagai tukang buat pengumuman. Seriously, memang letih kerja aku walaupun hanya suara yang digunakan. Letihnya juga bila walkie-talkie aku tiba-tiba habis bateri. Ya Allah, nak belari dari pusat akses ke Blok Daisi seolah-olah belari dari Bintulu ke Kuching. Jauh yang amat!


Tapi part yang paling best ialah dapat makanan percuma! Hahaha.... Aku pun selalu juga diusik oleh cikgu-cikgu yang tahu aku bertugas. Al-maklumlah, setiap kali pengumuman mesti aku cakap ‘maaf kerana mengganggu’ dan ‘ di sini ada satu pengumuman’. Kerja aku selesai pada 17 April jam 3 petang.




Minggu ke-4 bulan April
Sepanjang minggu tersebut, aku balik lewat sebab latihan untuk Rotary Club Malcolm William’s Competition yang dianjurkan oleh Rotary Club. Setiap tahun mesti ada pertandingan ni dan SMK Bandar pun tiap tahun akan hantar wakil. Apa yang uniknya tentang pertandingan ni ialah setiap sekolah kena hantar 6 wakil dan setiap 2 wakil merupakan bangsa yang berlainan. I.e : 2 wakil untuk bangsa Melayu/2 wakil untuk bangsa Bumiputera/ 2 Wakil untuk bangsa Cina//India. 


Oleh kerana aku lambat untuk jalani latihan, persediaan aku pun kurang. Miss Joyce yang tahu jadual aku, alhamdulilah, faham situasi aku macam mana. Memang bersyukur yang amatlah ada guru yang memahami. Kemudian, dia pun sedaya upaya bantu aku masa latihan terutamanya bahagian poem.
Pertandingan ni ada 3 kategori dimana semua wakil perlu jalani; essay writing, poem recitation dan public speaking. Essay writing tu aku buat hentam saja sebab part essay memang aku lemah. Poem recitation, aku merupakan pelajar yang pertama dan MC pun puji aku oleh kerana berjaya menemui nombor satu dari 30 nombor yang ada. Public speaking pun sama, kumpulan aku nombor satu. Nervous yang amat ok.


Akhirnya, hanya wakil SMKBB yang berbangsa Bumiputera saja menang manakala yang lain tak ada menang apa-apa. Tak apa, kita jadikan sebagai pengalaman dan cuba lagi tahun depan. Miss Joyce pun tak mengharapkan menang sebab dia nak aku dan kawan aku yang baru dalam pertandingan tu ambil pengalaman terlebih dahulu. 

 ~.~

Minggu 1-4, maklah orang yang paling bising aku balik lambat. Yalah, mak mana yang tak risau kalau hampir setiap hari pulang lewat. Pagi pergi sekolah, petang baru balik. Petang tu pun aku ada tidur sekejap. Malam barulah nampak muka. Kemudian, Mdm Lau (cikgu Addmath) pun risau bila aku asyik-asyik tak masuk kelas. Pelajaran mana boleh ditinggalkan. Minggu ni dan minggu depan merupakan study week. Tak lama lagi nak ujian untuk PP1. Hah! Semoga aku memperoleh keputusan yang cemerlang. Ameen.

Posted in , | Leave a comment

Andai


Sekuntum Bunga

Andai kata kau memilih untuk menjadi bunga
Agar ada tika manusia memberi perhatian serta pujian
Percayalah keindahanmu sebagai sekuntum bunga
Tak kekal lama kerana cantik itu akan layu


Andai kata kau memilih untuk mencintai manusia
Biar berkongsi akan rasa saling kasih dan sayang
Ingatlah bahawa sifat itu sementara saja
Kerana satu hari nanti insan itu akan bertemu Sang Pencipta


Andai kata kau memilih terus setia bersamaNya
Hidupmu, ibadahmu dan matimu hanya untuk Dia
Yakinlah hubungan itu akan kekal selamanya
Dia, Tuhan yang selayaknya disembah, membalas cintamu jua

Leave a comment

Pengajaran #1


Assalamualaikum.

Pada 23 Januari yang lepas, aku stay back dekat sekolah untuk meraikan ulangtahun kelahiran Mr. Hakim. Guru yang mempunyai pengaruh sangat besar sehingga berjaya membentuk pelajar yang menyayangi akan tanah air sendiri. Pengorbananmu tak mampu kami lupakan! Memang seronoklah sambut ulangtahun kelahiran dia. Perkara yang tak dapat kami lupakan bila mana Mr. Hakim hampir-hampir nak menangis (RALAT. Memang menangis pun!). Hahaha... Tak remajalah, bro!

Happy Birthday Mr. Hakim!

Lepas puas makan dan minum, kami pun pergilah ke bilik guru untuk hantar air gas lebihan dan letak pada meja Mr. Hakim. Aku pula secara kebetulan ternampak Cikgu Florina, bekas cikgu Bahasa Melayu kelas 2A/3A. Maka mulalah sesi kacau-mengacau.


Sepanjang Cikgu Florina jadi cikgu BM aku, seriously aku tak pernah dapat A dalam kertas BM. Setiap kali peperiksaan, aku sendiri boleh agak gred apa yang aku akan terima dari cikgu. Aku sendiri pun tak tahu apa masalah aku dengan BM sedangkan masa UPSR bukan main dapat A. Satu hal lagi, aku ni dah-lah anak cikgu BM. Mahu kena sembelih dengan mak ooo kalau mak tahu aku tak pernah dapat A dalam subjek dia.


Cikgu Florina banyak memberi fokus pada bahagian B (Karangan berdasarkan bahan rangsangan) dan bahagian C. Bahagian A (Rumusan) dan bahagian D (Novel) tak susah mana pun dan kami tak ada masalah dengan dua bahagian tu. Hari-hari dia bagi soalan dan latihan supaya kami boleh mengarang dengan baik. Aku bahagian C tak ada masalah sebab kadang-kadang boleh terbabak sampai 300++ patah perkataan. Masalah besar aku adalah bahagian B sebab patah perkataan terhad sampai 120 saja. Tapi nasiblah Cikgu Florina ni faham sangat akan tabiat seorang penulis. Hohoho!


Aku selalu terfikir kenapa Cikgu Florina tak nak bagi dekat aku A. Paling tinggi markah dia bagi dekat aku pun 78%. Aku suruh dia bagi bonus 2% lagi tapi dia berkeras tak nak. Bukan main lagi aku pujuk dia, malangnya dia tetap dengan keputusan dia. Aku pun mengalahlah. Tak nak gaduh dengan cikgu sebab markah.


Tapi lepas aku dapat keputusan PMR, baru aku faham. Cikgu Florina kenal pelajar-pelajar dia macam mana. Dia tahu aku ni mudah berpuas hati dengan apa yang aku dapat dan nanti aku akan jadi malas untuk berusaha lagi. Maka dengan itu, dia tak bagilah A dekat aku supaya aku berusaha dengan lebih lagi sebab dia tahu aku boleh berikan yang lebih baik. Bila aku beritahu hal ni dekat dia, dia mengangguk dan membenarkan kata-kata aku. Tiap kali teringatkan Cikgu Florina, aku mesti tersenyum sorang-sorang.


Cikgu yang sanggup melayan karenah gila pelajar 2A/3A.

Cikgu Florina, terima kasih!!!


Cikgu Florina. =)


2 Comments

Baik


Assalamualaikum.


ARIANA ROSE


Hari Khamis lepas, aku tonton cerita Ariana Rose di slot Akasia. Drama rantaian yang menggantikan cerita Playboy Itu Suami Aku. Seriously, aku bersyukur sangat drama PISA tu habis sebab aku betul-betul rasa menyampah dengan hero and heroin cerita tersebut. Tak tahu kenapalah. Aku tengok sampai habis pun sebab nak tahu apa jadi dengan Fisya. Thank God, it was end!


Pada episode hari Khamis lepas, Harith (Hisyam Hamid) selamatkan Ariana (Nur Fathia) daripada disimbah asid oleh orang suruhan Liyana (Nabila Huda). Oleh kerana sikap protective Harith, Ariana terselamat tapi sayang tangan Harith pula yang kena asid. Aku menjerit masa tu macam Liverpool dapat sumbat gol kemenangan. Hahaha.... Gila betul! Habis saja aku tonton drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker, aku bukalah twitter. Memang trending nama Harith. Pergh... Kiranya semualah puji tindakan Harith selamatkan Ariana tadi. Aku pun kagum juga tapi aku tahu, semua itu lakonan semata-mata.


Dalam banyak-banyak status tweet, aku terjumpa 2-3 tweet yang bunyinya seakan-akan begini :


Lelaki macam Harith tu hanya muncul dalam TV saja. Mana ada muncul dalam kehidupan sebenar.


Pada logik akalnya, aku setuju tak akan wujud lelaki sebaik Harith dalam dunia realiti kita. Sekalipun ada, mungkin mereka berpopulasi 0.001%. Orang baikkan? Mana kita dapat jumpa. Tapi kemudian aku fikir balik:


Memang sedikit bilangan lelaki/perempuan yang baik seperti mana watak-watak yang kita lihat di TV. Malah pada kita, mereka ini langsung tidak wujud di atas muka bumi. Daripada mengharap mereka (orang yang baik) muncul dalam hidup kita, apa kata kita pula jadi orang yang baik?


Bila ada watak yang baik dalam TV, kita terus kata mana ada orang sebaik tu dalam kehidupan realiti. Habis tu Rasulullah SAW yang berperwatakan baik dan berakhlak mulia pula macam mana? Baginda pun pernah hidup di atas muka bumi Allah ni. Adakah kita akan menidakkan sifatnya yang mulia?


“Bro, Rasulullah tu bersifat maksum!”


Sebab baginda Nabi Muhammad SAW bersifat maksumlah kita patut jadikan sebagai role model. Jujur dalam percakapan mahupun tika bergurau, sentiasa tersenyum walaupun sering dikeji orang yang membenci baginda, seorang suami yang bersikap adil pada para isteri baginda dan seorang ayah yang kasih pada anaknya. Pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Biarpun sudah dijanjikan syurga pada baginda, baginda tetap melaksanakan perintah Allah. Katakan dari segi aspek apa yang kita mahukan, Rasulullah SAW sentiasa menjadi contoh dan ikutan terbaik bagi kita umat Islam.


Tapi sayang, berapa ramai anak muda yang akan jadikan kekasih Allah sebagai idola mereka? Sememangnya tak salah untuk ambil insan selain Rasulullah SAW sebagai ikutan tapi kena sentiasa ingat, Rasulullah SAW adalah sentiasa TERBAIK



Leave a comment

Sebaik-baik Baginda



Bila aku telah jatuh cinta
Segala kebaikan mengatasi keburukan
Menafikan sifatnya begitu begini
Dan mengatakan dia baiknya begitu begini
Sampaikan hati ini terlalu keras
Untuk terima kebenaran 

Tiap kali mereka bertanya
Apa istimewanya dia?
Lantas aku memberikan hujah serta huraian
Sekiranya dibandingkan dengan
Mana-mana lelaki sekalipun
Mustahil untuk dikalahkan kerana dia
Antara yang terbaik pernah aku temui

Oleh kerana asyik dan leka
Memuja tanpa sedar
Bangga jua riak
Allah hadiahkan ujian ke atasku
Membuktikan tiada satu pun manusia
Itu yang sempurna dan boleh lari dari kesilapan
Benarlah, kadang-kadang manusia itu perlukan hiprokrasi
Padahal rasa ditipu itu menyakiti hati

Mungkin ini satu petanda dariNya
Sebaik-baik manusia itu adalah Rasulullah (SAW)
Sebaik-baik teladan itu adalah Rasulullah (SAW)
Sebaik-baik idola itu adalah Rasulullah (SAW)
Sebaik-baik kekasih itu adalah Rasulullah (SAW)


Benarkah dia terbaik? 
Aku alpa
Rasulullah (SAW) itu yang sentiasa terbaik. 


Posted in | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.