Assalamualaikum.
Pada 23 Januari yang lepas, aku stay back dekat sekolah untuk meraikan
ulangtahun kelahiran Mr. Hakim. Guru yang mempunyai pengaruh sangat besar
sehingga berjaya membentuk pelajar yang menyayangi akan tanah air sendiri.
Pengorbananmu tak mampu kami lupakan! Memang seronoklah sambut ulangtahun kelahiran
dia. Perkara yang tak dapat kami lupakan bila mana Mr. Hakim hampir-hampir nak
menangis (RALAT. Memang menangis pun!). Hahaha... Tak remajalah, bro!
Happy Birthday Mr. Hakim! |
Lepas puas makan dan minum, kami pun pergilah ke
bilik guru untuk hantar air gas lebihan dan letak pada meja Mr. Hakim. Aku pula
secara kebetulan ternampak Cikgu Florina, bekas cikgu Bahasa Melayu kelas 2A/3A.
Maka mulalah sesi kacau-mengacau.
Sepanjang Cikgu Florina jadi cikgu BM aku,
seriously aku tak pernah dapat A dalam kertas BM. Setiap kali peperiksaan, aku
sendiri boleh agak gred apa yang aku akan terima dari cikgu. Aku sendiri pun
tak tahu apa masalah aku dengan BM sedangkan masa UPSR bukan main dapat A. Satu
hal lagi, aku ni dah-lah anak cikgu BM. Mahu kena sembelih dengan mak ooo kalau
mak tahu aku tak pernah dapat A dalam subjek dia.
Cikgu Florina banyak memberi fokus pada bahagian
B (Karangan berdasarkan bahan rangsangan)
dan bahagian C. Bahagian A (Rumusan)
dan bahagian D (Novel) tak susah
mana pun dan kami tak ada masalah dengan dua bahagian tu. Hari-hari dia bagi
soalan dan latihan supaya kami boleh mengarang dengan baik. Aku bahagian C tak
ada masalah sebab kadang-kadang boleh terbabak sampai 300++ patah perkataan.
Masalah besar aku adalah bahagian B sebab patah perkataan terhad sampai 120
saja. Tapi nasiblah Cikgu Florina ni faham sangat akan tabiat seorang penulis.
Hohoho!
Aku selalu terfikir kenapa Cikgu Florina tak nak
bagi dekat aku A. Paling tinggi markah dia bagi dekat aku pun 78%. Aku suruh
dia bagi bonus 2% lagi tapi dia berkeras tak nak. Bukan main lagi aku pujuk
dia, malangnya dia tetap dengan keputusan dia. Aku pun mengalahlah. Tak nak
gaduh dengan cikgu sebab markah.
Tapi lepas aku dapat keputusan PMR, baru aku
faham. Cikgu Florina kenal pelajar-pelajar dia macam mana. Dia tahu aku ni
mudah berpuas hati dengan apa yang aku dapat dan nanti aku akan jadi malas
untuk berusaha lagi. Maka dengan itu, dia tak bagilah A dekat aku supaya aku
berusaha dengan lebih lagi sebab dia tahu aku boleh berikan yang lebih baik. Bila
aku beritahu hal ni dekat dia, dia mengangguk dan membenarkan kata-kata aku. Tiap
kali teringatkan Cikgu Florina, aku mesti tersenyum sorang-sorang.
Cikgu yang sanggup melayan karenah gila pelajar
2A/3A.
Cikgu Florina, terima kasih!!!
Miss waktu kite dulu2 kan???
ReplyDeleteYup. Aku selalu rindu. Tapi aku always rindu masa form 3.
Delete