Archive for February 2014

Pengajaran #1


Assalamualaikum.

Pada 23 Januari yang lepas, aku stay back dekat sekolah untuk meraikan ulangtahun kelahiran Mr. Hakim. Guru yang mempunyai pengaruh sangat besar sehingga berjaya membentuk pelajar yang menyayangi akan tanah air sendiri. Pengorbananmu tak mampu kami lupakan! Memang seronoklah sambut ulangtahun kelahiran dia. Perkara yang tak dapat kami lupakan bila mana Mr. Hakim hampir-hampir nak menangis (RALAT. Memang menangis pun!). Hahaha... Tak remajalah, bro!

Happy Birthday Mr. Hakim!

Lepas puas makan dan minum, kami pun pergilah ke bilik guru untuk hantar air gas lebihan dan letak pada meja Mr. Hakim. Aku pula secara kebetulan ternampak Cikgu Florina, bekas cikgu Bahasa Melayu kelas 2A/3A. Maka mulalah sesi kacau-mengacau.


Sepanjang Cikgu Florina jadi cikgu BM aku, seriously aku tak pernah dapat A dalam kertas BM. Setiap kali peperiksaan, aku sendiri boleh agak gred apa yang aku akan terima dari cikgu. Aku sendiri pun tak tahu apa masalah aku dengan BM sedangkan masa UPSR bukan main dapat A. Satu hal lagi, aku ni dah-lah anak cikgu BM. Mahu kena sembelih dengan mak ooo kalau mak tahu aku tak pernah dapat A dalam subjek dia.


Cikgu Florina banyak memberi fokus pada bahagian B (Karangan berdasarkan bahan rangsangan) dan bahagian C. Bahagian A (Rumusan) dan bahagian D (Novel) tak susah mana pun dan kami tak ada masalah dengan dua bahagian tu. Hari-hari dia bagi soalan dan latihan supaya kami boleh mengarang dengan baik. Aku bahagian C tak ada masalah sebab kadang-kadang boleh terbabak sampai 300++ patah perkataan. Masalah besar aku adalah bahagian B sebab patah perkataan terhad sampai 120 saja. Tapi nasiblah Cikgu Florina ni faham sangat akan tabiat seorang penulis. Hohoho!


Aku selalu terfikir kenapa Cikgu Florina tak nak bagi dekat aku A. Paling tinggi markah dia bagi dekat aku pun 78%. Aku suruh dia bagi bonus 2% lagi tapi dia berkeras tak nak. Bukan main lagi aku pujuk dia, malangnya dia tetap dengan keputusan dia. Aku pun mengalahlah. Tak nak gaduh dengan cikgu sebab markah.


Tapi lepas aku dapat keputusan PMR, baru aku faham. Cikgu Florina kenal pelajar-pelajar dia macam mana. Dia tahu aku ni mudah berpuas hati dengan apa yang aku dapat dan nanti aku akan jadi malas untuk berusaha lagi. Maka dengan itu, dia tak bagilah A dekat aku supaya aku berusaha dengan lebih lagi sebab dia tahu aku boleh berikan yang lebih baik. Bila aku beritahu hal ni dekat dia, dia mengangguk dan membenarkan kata-kata aku. Tiap kali teringatkan Cikgu Florina, aku mesti tersenyum sorang-sorang.


Cikgu yang sanggup melayan karenah gila pelajar 2A/3A.

Cikgu Florina, terima kasih!!!


Cikgu Florina. =)


2 Comments

Baik


Assalamualaikum.


ARIANA ROSE


Hari Khamis lepas, aku tonton cerita Ariana Rose di slot Akasia. Drama rantaian yang menggantikan cerita Playboy Itu Suami Aku. Seriously, aku bersyukur sangat drama PISA tu habis sebab aku betul-betul rasa menyampah dengan hero and heroin cerita tersebut. Tak tahu kenapalah. Aku tengok sampai habis pun sebab nak tahu apa jadi dengan Fisya. Thank God, it was end!


Pada episode hari Khamis lepas, Harith (Hisyam Hamid) selamatkan Ariana (Nur Fathia) daripada disimbah asid oleh orang suruhan Liyana (Nabila Huda). Oleh kerana sikap protective Harith, Ariana terselamat tapi sayang tangan Harith pula yang kena asid. Aku menjerit masa tu macam Liverpool dapat sumbat gol kemenangan. Hahaha.... Gila betul! Habis saja aku tonton drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker, aku bukalah twitter. Memang trending nama Harith. Pergh... Kiranya semualah puji tindakan Harith selamatkan Ariana tadi. Aku pun kagum juga tapi aku tahu, semua itu lakonan semata-mata.


Dalam banyak-banyak status tweet, aku terjumpa 2-3 tweet yang bunyinya seakan-akan begini :


Lelaki macam Harith tu hanya muncul dalam TV saja. Mana ada muncul dalam kehidupan sebenar.


Pada logik akalnya, aku setuju tak akan wujud lelaki sebaik Harith dalam dunia realiti kita. Sekalipun ada, mungkin mereka berpopulasi 0.001%. Orang baikkan? Mana kita dapat jumpa. Tapi kemudian aku fikir balik:


Memang sedikit bilangan lelaki/perempuan yang baik seperti mana watak-watak yang kita lihat di TV. Malah pada kita, mereka ini langsung tidak wujud di atas muka bumi. Daripada mengharap mereka (orang yang baik) muncul dalam hidup kita, apa kata kita pula jadi orang yang baik?


Bila ada watak yang baik dalam TV, kita terus kata mana ada orang sebaik tu dalam kehidupan realiti. Habis tu Rasulullah SAW yang berperwatakan baik dan berakhlak mulia pula macam mana? Baginda pun pernah hidup di atas muka bumi Allah ni. Adakah kita akan menidakkan sifatnya yang mulia?


“Bro, Rasulullah tu bersifat maksum!”


Sebab baginda Nabi Muhammad SAW bersifat maksumlah kita patut jadikan sebagai role model. Jujur dalam percakapan mahupun tika bergurau, sentiasa tersenyum walaupun sering dikeji orang yang membenci baginda, seorang suami yang bersikap adil pada para isteri baginda dan seorang ayah yang kasih pada anaknya. Pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Biarpun sudah dijanjikan syurga pada baginda, baginda tetap melaksanakan perintah Allah. Katakan dari segi aspek apa yang kita mahukan, Rasulullah SAW sentiasa menjadi contoh dan ikutan terbaik bagi kita umat Islam.


Tapi sayang, berapa ramai anak muda yang akan jadikan kekasih Allah sebagai idola mereka? Sememangnya tak salah untuk ambil insan selain Rasulullah SAW sebagai ikutan tapi kena sentiasa ingat, Rasulullah SAW adalah sentiasa TERBAIK



Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.