Assalamualaikum.
Rasanya
aku akan naikkan seminggu sekali saja entry. Bukan sebab sibuk tetapi sebab
malas. Tahap kemalasan aku ni agak membimbangkan.
Sepanjang
minggu ni aku cuba menghabiskan drama Korea yang bertajuk It's Okay, That's Love ( 괜찮아, 사랑이야).. Drama ni dipaparkan di televisyen negara Korea melalui saluran SBS dari
bulan June sehingga September tahun 2014. Pelakon utamanya ialah Jo In Sung dan
Gong Hyo Jin. Dalam drama ni juga ada Lee Kwang Su.
credit to myasiantv.se |
Cerita
ni berasaskan medical drama, yang disaluti dengan romance
dan comedy. Kisahnya mengenai dua
watak yang asalnya suka bergaduh kemudian jatuh cinta lepas tu kahwin. Jo In
Sung memegang watak Jang Jae Yeol yang merupakan seorang penulis novel terkenal
manakala Gong Hyo Jin pula memegang watak Ji Hae Su, she’s a psychiatrist. Walaupun psychiatrist,
dia sendiri ada masalah axiety yang
menyebabkan dia berpeluh dan rasa nak muntah. Satu lagi, Ji Hae Su ni ada negative atittude terhadap percintaan.
Semuanya disebabkan trauma sewaktu kecil. Nak tahu lebih lanjut, silalah
menonton It’s Okay, That’s Love.
Satu
ketika dahulu, aku pernah terfikir untuk jadi psychiatrist macam Ji Hae Su tapi aku ni ada satu masalah iaitu
masalah mudah hilang semangat. Kalau orang lain bersungguh-sungguh untuk
mencapai cita-cita, aku pula langsung tak kisah dengan masa hadapan aku. Aku
sendiri tak tahu kenapa tapi aku sedaya-upaya cuba mengatasinya. Agaknya
dipengaruhi oleh kemalasan tahap melampau. Atau hidup yang teramat selesa.
Mental ilness. Sejauh mana orang kita memahami frasa
tersebut dan adakah mereka yang mengalami penyakit disebutkan tadi akan di’generalize’ sebagai orang gila? Aku
sendiri pun tak berapa faham dengan frasa tersebut. Mereka yang mengalami
masalah mental ni biasanya akan dipanggil orang gila tapi adakah semuanya gila?
Well, tak semua.
Aku
sentiasa mempercayai bahawa apa yang berlaku kepada seseorang pada masa kini
adalah disebabkan masa lampaunya. Kita hanya memandang, melihat luaran
seseorang tapi tak pernah berhenti sebentar untuk mendengar cerita sebenar.
Buat setakat ni aku belum lagi jumpa orang yang mengalami masalah jiwa. Kalau
diberikan rezeki, aku nak sangat jumpa mereka dan dengar kisah mereka.
Sebagai
orang Islam sepatutnya kita rasa bersyukur dan beruntung. Sekurang-kurangnya
kita tahu Allah ada untuk kita. Allah ada di sisi kita saat kita memerlukan
dia. Bila berada di jalan yang kau sendiri tak pasti, kau ada Allah untuk
pulang. Solat dan zikir adalah terapi yang terbaik. Aku sendiri pun sedang
sedaya-upaya memperbaiki diri dan memperbanyakkan berzikir.
Dalam
drama Korea tu, korang akan didedahkan beberapa jenis penyakit mental yang
sering di dengari dan ada juga jarang atau langsung tak pernah kau dengar.
Dulu, ntv7 pernah memaparkan satu drama China Singapore yang berjudul Secret
Garden. Cerita tu tak menggunakan episode
tetapi menggantikannya sebagai ‘case’. Aku tak dapat cari cerita tu tapi
melalui cerita tulah aku tersedar bahawa dunia ni sebenarnya indah. Indah bukan
kerana ada ciptaan yang cantik tetapi kerana ada manusia yang pelbagai, ditambah
lagi dengan pelbagai masalah malah sikap yang pelbagai.
Bagi
sesetengah orang jika luka itu bukan luka fizikal, mereka langsung tak ambil
kisah. They just play dumb. Mungkin
luka fizikal sekadar meninggalkan parut yang ketara dan akan sembuh secara
semulajadi. Sekurang-kurangnya badan tidak lagi mampu mengingati kesakitan yang
sama pada masa hadapan. Namun luka dalaman yang bertukar menjadi parut boleh
menjadi parah malah membahayakan diri serta orang lain. Rasa luka itu sentiasa
menghantui jiwa.
Hahaha...
Serious betul entry ni. Aku percaya tiada penyakit yang tiada penawarnya. Tiada
masalah yang tiada penyelesaiannya. Selagi kau ada kemahuan, selagi itu
peratusan kemungkinan kau tinggi. Contohnya, aku ceritakan masalah aku dulu.
Dulu
aku ada masalah untuk mengawal kemarahan. Orang tegur sikit melenting. Orang
marah sikit, aku akan lawan balik. Orang buat baik dengan aku, aku rasa sakit
dan menyampah. Pendek kata aku ada temper.
Tak pastilah short or long.
Sampai
satu hari, aku terfikir kenapa aku perlu marah? Bila aku marah orang lain kecil
hati dan menyumpah aku. Kadang-kadang yang paling ekstrim dia orang isytiharkan
perang dingin. Mungkin sebab dulu aku pernah dibuli dan diejek. Buli tu taklah
sampai menumbuk ke apa. Buli yang boleh mencederakan diri dari segi mental. Apa
yang aku boleh beritahu kulit aku agak gelap dan mereka selalu mengejek aku
hitam. Ditambah lagi dengan beberapa enviroment
factor yang lain, aku menjadi murung. But
not that serious. Alhamdulilah ~ !
Mungkin
orang tengok aku bahagia. Ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan or bila tengok Running Man, tapi most of the time aku lebih prefer untuk
bersendirian. Walaupun usia terlalu muda tapi aku tahu apa rasa dikhianati.
Parut tak kelihatan tapi beberapa kali belakang aku dikhunus dengan pisau oleh
mereka yang mengkhianati. Rasanya? Sakit. Sampai hari ni aku masih ingat.
Namun
syukurlah. Sejak aku tingkatan 4, temper
aku jadi berkurangan. Aku cuba untuk tolerate
dan memahami situasi orang lain. Semuanya hasil daripada satu kumpulan yang
cukup aku sayang, Drama Crew. Tanpa mereka mungkin aku tak akan atasi masalah temper aku ni. Bila aku nak marah, aku
diam dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tak pun aku akan berjalan jauh dari
tempat tu. Itu cara terbaik.
Satu
masalah selesai 10 pula masih menunggu. Aku percaya aku boleh atasi kalau aku
ada kemahuan. Itu yang penting. Kemahuan untuk berubah. Tanpa semangat ni,
apa-apa kau nak buat tak akan dapat dilakukan.
Buat
mereka yang mengalami masalah sama seperti Jang Jae Yeol, jangan risau.
Komuniti tidak tahu dan tidak faham. Dengan didikan dan kempen, kefahaman
mereka akan menjadi lebih baik. Jangan risau untuk bersosial! Percayalah, kau
masih ada tempat di dalamnya.
Buat
kita pula masyarakat biasa, cuba fahami cerita sebenar daripada mudah melempar
konklusi. Apa yang kita dapat sekiranya menyimpulkan cerita terlebih dahulu
tanpa meneliti isinya? Tiada. Tiada apa-apa yang kita akan miliki. Jadilah
masyarakat yang membantu dan memulihkan mereka. Supaya mereka tidak lagi rasa
tertekan. Supaya mereka tidak lagi berasa takut.
Sampai
sini saja. Terima kasih kerana membaca.