Assalamualaikum!
Okey.... Seriously, aku tak
tahu nak tulis apa. Hahaha... Aku minta maaf. Aku tulis benda yang ringan
sahajalah, ya?
So, aku akan tulis fasal
drama Jepun yang baru saja aku habiskan semalam. Tajuknya GTO a.k.a Great Teacher Onizuka. GTO yang aku tengok versi 2014. Aku tak minat sangat nak
tengok drama sebab biasanya jalan cerita bosan.
Berbanding drama Malaysia,
Korea dan Jepun, aku lebih prefer drama Jepun. Sebab jumlah episode yang
sedikit dan jalan cerita yang agak menarik. (well tak semua). Ah! Aku suka
sangat drama yang berasaskan medical, investigation, crime or action. < ---
FYI
GTO ni mengisahkan Onizuka
Eikichi yang bekerja sebagai assistant teacher di sebuah sekolah menengah.
Sebagai manusia kau tak boleh anggap semua orang mempunyai kehidupan yang
menggembirakan. Setiap satu pelajarnya ada sahaja masalah. Sama ada masalah
dengan ibu bapa, rakan mahupun cinta. Jadi, Onizuka-sensei ni bertindak
menasihati pelajarnya, membantu pelajar dan memberi semangat ketika budak-budak
tu dalam keadaan sedih, keliru atau murung.
credit to myasiantv.se |
Kalau aku dapat cikgu macam
Onizuka-sensei, aku jamin akan hadir setiap hari ke sekolah. Tapi aku dah cukup
gembira dengan guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu kepada aku. Okey, tiba-tiba
pula rindu sekolah. *sob sob*
Ada sebab kenapa
Onizuka-sensei jadi cikgu. Sebabnya ialah dia nak memenuhi hajat kawan dia yang
mati ketika mereka terlibat dalam satu pergaduhan dengan samseng. Sedih ooo.
Tapi Onizuka-sensei ni memang ada sense as a teacher. Karisma dia tak payah
ceritalah.
Bagi aku peranan seorang
guru amat penting. Alasannya kerana pelajar banyak meluangkan masa di sekolah.
Budak-budak ni mereka mudah sangat excited. Mudah sangat nak mencuba benda
baru. Di luar sekolah ibu bapalah yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik
anak. Bila dalam sekolah tanggungjawab tu bertukar kepada mereka yang bergelar
guru. Guru bukan sahaja bertindak sebagai pendidik malah role model.
Orang pun menggelar para
guru sebagai the second parents atau dalam bahasa Melayu ibu bapa kedua kepada
para pelajar. Aku tahu tak mudah untuk menjaga 30-40 pelajar dalam kelas tapi
bila kita rapat dengan para pelajar, masalah-masalah melibatkan remaja boleh dielakkan.
Itulah gunanya Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan but mostly mereka tak ambil
kisah dengan subjek tu sebab tak tersenarai pun dalam subjek yang diuji ketika
mengambil peperiksaan awam. (Luckily we have Pendidikan Moral and Pendidikan
Islam but still ... not enough).
Aku yang pernah jadi pelajar
ni pun sedar yang budak-budak perlu control nafsu excited dan semangat inkuiri
yang melampau. It’s okay to make mistake but if you still do the same mistake, kau
mesti tak pernah belajar Sejarah. Tak pun waktu kelas Sejarah tidur saja kerja.
Kata-kata yang selalu aku
masukkan dalam karangan. Presiden Indonesia Soekarno pernah berkata jika ingin
melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi masa sekarang.
Pentadbiran negara akan berubah kerana generasi muda yang akan mengambil alih.
Kalau generasi muda tidak dididik dengan betul, aku rasa kau sendiri boleh
jangkakan apa yang akan berlaku. Ustaz aku pernah update status dalam FB
berbunyi (lebih kuranglah tapi mempunya maksud yang sama) : Kegagalan seorang
doktor menyebabkan seorang pesakit mati. Kegagalan seorang guru menyebabkan
kematian satu generasi.
Kawan-kawan aku pernah bagi
tahu kalau susah sangat nak sambung belajar, last choice aku adalah menjadi
seorang guru. Bila aku dengar, aku marah. Yalah, hanya kerana kau tak dapat
sambung belajar kau sanggup korbankan masa hadapan orang lain. Nak jadi guru
biar dengan niat kau nak mendidik anak bangsa. Satu lagi niat biar ikhlas!
Jangan jadi guru hanya kerana advantages menjadi seorang guru.
Tengok! Nak cerita benda
ringan akhirnya memberatkan otak kau. Ah! Selain GTO, the second best drama
Jepun yang best dengan genre yang sama ialah I'm Sorry Youth! (2014)
Okey! Sampai sini saja!
p/s : Ada sebuah novel
dengan akronim yang sama iaitu GTO tapi maksudnya Guru Terhebat Olan. Novel tu
pun best. Tapi aku pun tak tahu dengan siapa novel aku tu. Huhuhu...