Valentine's Day?!

Assalamualaikum Warahmaturrah Wabarakattuh
Bismillahirahmanirahim sebagai pembuka bicara.


Hari ini adalah hari Selasa. Semua orang tahu hari ini adalah hari Selasa. Tapi tahukah korang semua apa di sebalik hari Selasa hari ni??? Siapa dapat jawab, dapat gula batu.. Hehehe, kalau yang dekat tak apalah. Kalau yang jauh, receive dalam mimpi saja, ya? 


Yes! That is the answer. Today is Valentine's Day. And what is the mean of Valentine's Day?



Setelah di cari makna apa itu Valentine's Day dari Wikipedia, Valentine's Day adalah hari mengenang St. Valentine yang telah di hukum bunuh pada 14 Februari. 


Apa sebab dia di hukum bunuh?

St. Valentine telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin dengan cara tersembunyi. Pada era tersebut, Cladius telah mengharamkan perkahwinan dan pertunangan kerana pemuda-pemuda Rom tidak berminat untuk menjadi tentera atas alasan tidak mahu meninggalkan pasangan mereka.


Mengenai hukum menyambut Hari Kekasih ini, seorang ulama Arab Sheikh al-Usaimin berkata:

"Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermakna untuk mengenang kembali St. Valentine maka tidak di ragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar hanya ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar."

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan neraka." Riwayat Abu Daud.


Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Valentine's serta menghindari perilaku yang menjurus ke arah meraikannya. Perilaku berikut adalah ::

1. Keluar berfoya-foya bersama kekasih dan menyambut hari tersebut.

2. Menghantar kad ucapan Valentine's Day di mana kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

3. Menulis ucapan kata-kata cinda di dalam kad atau SMS yang di utuskan dan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira, sempena Valentine's Day dan percaya akan 'keajaiban' tersebut.


Sesungguhnya perbuatan di atas juga bercanggah dengan syarak kerana ianya akan menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina. FirmanNya ::

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan," (Surah Al-Isra':30)


Kesimpulannya, tak payahlah kita nak raikan sebab tak ada tersenarai pun dalam calendar Islam.  Elakkan dari menyebutnya jika takut akan azab Allah. 

Sumber maklumat:
http://en.wikipedia.org/wiki/ Valentine's_Day
http://jomjadibijak.blogspot.com





Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.