Assalamualaikum Warahmaturrah Wabarakattuh...
Bismillahirahmanirahim sebagai pembuka kata...
Hurmmmm... Lama dah saya tulis entry dekat blog. Sebagai seorang pelajar sekolah memanglah sibuk. Siapkan kerja khusus, kerja rumah dan terpaksa hadiri beberapa aktiviti kelab. Lebih menyeronokkan menjadi seorang pelajar daripada pekerja. Sememangnya ilmu baru di pelajari setiap hari. Ilmu yang dapat mematangkan dan di jadikan pengajaran mahupun di gunakan ketika alam dewasa kelak. Hari ni, saya akan membincangkan kes Putus Kawan.
Putus kawan.... Rasanya zaman sekolah memang dah biasa sangat dengar ayat ni, kan? Saya pun pernah di putuskan tali silaturahim oleh rakan saya. Rasanya orang tak matang saja yang akan memutuskan sebuah tali persahabatan yang suci dan kekal abadi itu. Jadi saya nak bagi tipslah sikit untuk orang yang dalam situasi PUTUS KAWAN.
1. Berkasih biar satu, berkawan biar seribu.
- Kenapa saya kata macam tu? Kawan kita boleh cari beribu-ribu. Berjuta-juta atau mungkin infiniti. Kalau baru seorang kawan yang tak nak kawan dengan kita, tak payah menangislah. Buat habis air mata saja. Ada ramai lagi yang berada di sekeliling kita yang nak jadi kawan kita. Mungkin kita saja yang tak perasan sebab kita hanya membuka mata untuk kawan kita yang kita mengaku BFF (kononnyalah).
2. Bersabar.
- Eloklah di bawa bersabar. Walaupun terpaksa mengambil masa yang berhari-hari mahupun berminggu-minggu atau yang lebih parah, berbulan-bulan untuk menyambung kembali tali persahabatan tersebut, bersabar. Tak payah nak marah-marah. Relax... Be the coolest in the world, okey?
3. Sibukkan diri.
-Pernah dengar? Hah, sibukkan diri saja. Buat ulangkaji daripada memikirkan kenapa dia putuskan tali persahabatan. Jangan nak menyesakkan memori kita memikirkan soalan yang tidak di soal ketika di dalam peperiksaan.
(Kucing yang tak sama warna bulu pun tahu erti persahabatan)
4. Doa.
-Berdoa supaya dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan. Kalau kita sayang rakan kita, berdoalah supaya dibukakan hatinya.
---- Kalau betul hendak berkawan dengan orang yang suka memutuskan tali silaturahim, berfikirlah dua kali. Tetapi jika nekad, tegurlah sikapnya. Cuba tanya apa silap kita kepada dia. Bawa berbincang. Dua kawan yang sudah lama menjalinkan persahabatan tak mungkin lama 'merajuk' lebih daripada 3 hari.
Tidak akan masuk syurga memutuskan tali silaturahim...
Majoritinya orang putus kawan ni sebab kes berebut lelaki/perempuan. Ada yang putus kawan ni sebab dengki. Dan bermacam-maca alasan di berikan mengapa mereka memutuskan tali persahabatan itu.
...... :) Allah Lebih Mengetahuinya (: ........
...... :) Allah Lebih Mengetahuinya (: ........