Archive for July 2012
DI MANA SILAP MEREKA?
Assalamualaikum.
(Dengar sambil baca. Kalau nangis... Alhamdulilah.. Hahaha)
Hari ni, serius aku katakan aku sangat-sangat letih. Entah apa yang dilakukan sampai letih tahap MEGA! Maka kerja hanya menerima ilmu. Aku beberapa hari ni selalu sangat sakit tulang belakang. Kadang-kadang tak boleh bongkok. Azab gila bila nak solat wey!
Lepas saja berbuka puasa dengan parents aku, aku pun terus solat. Kemudian, turun balik ke ruang rehat untuk berehat bersama-sama family aku. Memang dah jadi kebiasaan menonton cerita Baitul Rahmat di TV1. Aku pun tak faham kenapa ayah aku minat gila dengan cerita tu. Kisah tersebut mengisahkan parents yang dihantar oleh anak-anaknya ke rumah kebajikan atau dengan nama famousnya adalah RUMAH ORANG TUA-TUA. Sedih jugalah menonton. Rasa nak menangis. :'(
So, ayah aku pun cakap macam ni.
"Kalau korang berdua tak guna ayah dan mama lagi, hantarlah dekat rumah orang tua-tua. Taklah menyusahkan kamu berdua."
Mak aiii?! Siap buat wasiat lagi. Hahaha... Bukan apa, kalau kita tengok zaman sekarang, memang banyak anak-anak yang menghantar ibubapa mereka ke tempat-tempat tersebut. Sayu hati aku melihatnya. Apa silap mereka sebenarnya? Nak kata tak bagi pelajaran, siap dapat segolong ijazah. Nak kata tak bagi didikan agama... Itu mungkin juga. Tapi ada juga yang dapat didikan agama, tapi buang parents dia. Apa sebab agaknya? Manusia oh manusia!
Jadi sebelum nak buang parents tu, kita rewind balik pada zaman kita dalam perut mak kita.
Masa kita dalam perut mak kita, mak kita jaga kita dengan baik-baik. Makan benda-benda yang berkhasiat buat kita. Hati mak kita masa tu bahagia sangat sebab dia dapat tahu dia bakal menjadi seorang mak. Si ayah pun begitu. Dia orang jaga kita baik-baik.
Selepas 9 bulan 9 hari, lahirlah seorang anak. Sebelum kita lahir, cuba bayangkan macam mana mak kita terpaksa bertarung dengan nyawa untuk melahirkan kita. Dengan sakit yang ditanggungnya. Ketika itu nyawa umpama dihujung tanduk.
Lahirnya kita, perkara pertama yang kita dengar adalah azan (bagi bayi lelaki manakala bagi bayi perempuan adalah iqamat). Menjadi dejavu apabila kita mencapai usia kanak-kanak. Bila kita dah masuk alam kanak-kanak dan ada masanya kita jatuh sakit, diaorang menjadi risau dan kalau boleh kesakitan yang kita alami tu dipindahkan kepada mereka. Sampai tak tidur diaorang gara-gara nak jaga kita.
Bila dah besar sikit, mereka sibuk nak hantar kita ke sekolah untuk pastikan kita menjadi orang yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.
Tamat UPSR, PMR dan SPM, kita berjaya menempahkan diri di universiti. Kita pun tak tahu yang parents kita ada simpan duit untuk kita sambung belajar. Masuk U, semua guna duit. Sekali dalam sebulan, kita mesti akan minta. Diaorang tak pernah pun tak bagi dan kalau diaorang tak mampu bagi pun diaorang akan ikthtiar untuk hantar duit kepada kita.
Dan.... apabila kita dan berjaya, dapat pekerjaan yang baik... Pernah tak kita ingat dengan mereka? Pernah tak sekali kita fikir macam mana keadaan mereka? Sihat ke tidak. Makan ke tidak. Kita ni hanya mementingkan diri sendirii saja. Bila dah senang, lupakan mereka. Bila susah, baru cari mereka.
Persoalannya...
LAYAKKAH MEREKA DI LAYAN DENGAN TIDAK SEBEGITU ADIL?
DIMANA SILAP MEREKA DALAM MENDIDIK KITA?
APA YANG KURANG KETIKA KITA MEMERLUKAN?
Biarpun mereka jahat, mereka tetap ayah dan ibu kita. Walaupun korang cuba untuk memutuskan hubungan ibubapa dan anak, tetapi memang akan tetap mereka menjadi ibubapa kita.
Hargailah mereka. Jangan sampaii mereka tiada lagi di pandangan mata kita... Kita menyesal. Masa tu, dah tak berbaloi kita menyesal. Mereka dah pergi dahulu dari kita. Kalau kita ada buat dosa dengan mereka, macam mana kita nak minta maaf? Menangis depan kubur mereka pun tak berguna. Bukan dapat hidup balik.
SAYANGILAH MEREKA YANG BERNAMA IBUBAPA/IBU AYAH/ UMMI WALID/ MAMA PAPA/ DADDY MUMMY/MOTHER FATHER OR YANG SAMA KAWASAN/SEWAKTU DENGANNYA.
p/s: ayah, mama... Maaf kalau kakak pernah buat silap...
Entah Bagaimana...
Assamualaikum...
Pada 19 Julai 2012 bersamaan dengan hari Khamis. Cikgu BM aku, Cikgu Florina tiba-tiba saja buat pertandingan perbahasan. Nasiblah aku tak terlibat. Kalau aku yang terlibat, hahaha... Matilah dia orang dengan hujah-hujah aku bak seorang peguam (Cehhh! Ngegeh tol!)
Tajuk yang diberi adalah 'Tuisyen Pelengkap Kejayaan Murid.' Macam biasa ada dua kumpulan; pembangkang dan pencadang. Aku jadi penonton saja. Tapi ada agenda kenapa aku jadi penonton. Nanti aku cerita.
Dalam kumpulan pembangkang, ada pelajar yang hebat berbahas iaitu Nurul Ashirah. Dia ni memang aktif kalau ada pertandingan-pertandingan macam ni. Aku biasanya jadi back-up dia atau bagi dia isi-isi untuk pertandingan perbahasan. Tapi untuk pertandingan kali tu, aku tak dapat tolong. Pertandingan antara pelajar dalam kelas. Apa barang?!
So, bermulalah perbalahan mulut antara pembangkang dan pencadang. Apa yang aku dapat lihat, pihak pencadang memberi idea-idea/hujah-hujah yang relevan dan boleh diterima akal manakala pihak pembangkan hanya mampu membidas dan memberi hujah-hujang yang... aku... rasalah macam dok masuk akal.
Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Macam ni. Masa tu si Chrisper (wakil kumpulan pencadang) bagi hujah bahawa tuisyen ni sebenarnya sedikit sebanyak membantu pelajar. Dia katalah ilmu itu amat penting. INI MEMANG AKU SOKONG!!!
Tetapi boleh pula si Ashirah membidas dengan berkata ilmu itu tak penting dan mengambil contoh petani. Petani tidak belajar tinggi-tinggi namun boleh berjaya...
HOUKTUIIII..!!!
Serius eh! Macam tak masuk akal saja.
Jadi, bila dah tamat perbahasan tersebut, Cikgu Florina meminta aku dan beberapa student 2A yang lain bagi komen tentang perbahasan yang telah berlaku tu. Aku bagi komen untuk bahagian hujah-hujang/isi-isi para pembangkang dan pencadang. Aku bagi tahu apa kekuatan dan kelemahan hujah/isi mereka. Hahaha.. Aku tak sangka pula Cikgu Florina suruh aku bagi komen. Kiranya aku jadi jurilah. < --- Inilah agendanya.
Selepas rehat pada hari tu, aku pun berjumpa dengan Chrisper supaya tak payahlah bersedih sangat. Kalau ikutkan mereka yang menang. Sebab aku menilai hujah-hujah/isi-isi mereka.
Aku nak bagi komen sikit. Ini berdasarkan pandangan aku sendiri.
Saidina Ali pernah berkata bahawa antara ilmu dan harta, ilmu lebih berharga. Kerana ilmu yang menjaga kita sedangkan kita yang menjaga harta. Sebagai contohnya begini. Kalau ada harta yang berlambak, tetapi tak ada ilmu, memang tak bergunalah. Harta tu confirmlah 'zappp' macam tu saja. Hilang.
Untuk hal petani tu, petani juga memerlukan ilmu spesifik tentang apa yang ditaninya. Dia tidak mentani sesuka hati dia. Dia ada ilmu tersendiri. Macam peguam, dia dengan ilmu undang-undang. Doktor dengan ilmu perubatan dia. Lain orang lain ilmu. SO, DENGAN ITU AKU SANGATLAH TIDAK MENYOKONG KATA-KATA NURUL ASHIRAH!
Sebenarnya bukan apa dia masa tu, dia tengah marah. Mungkin terbawa-bawa sangat sampai dalam pertandingan.
Konklusinya:: Janganlah bawa emosi, ya? Nanti sendiri yang merana.
Kenangan Silam Berulang Lagi
Assalamualaikum... Dan salam Ramadhan.
So, macam mana dengan Ramadhan korang? Hope semuanya berjalan dengan baik. Aku yang student ni pun tak putus harapan untuk meneruskan ibadah puasa (selagi dok datang bulan). Ini adalah tahun kedua aku berpuasa ketika sekolah pada waktu sesi petang. Rasanya lagi best. Dok terfikir sangat tentang makan. Sibuk memanjang saja dengan kerja yang cikgu beri.
=)
Bila ingat tentang cikgu ni, kita tahu mereka dah banyak sangat berkorban untuk kita yang bernama pelajar. Disebabkan aku adalah anak cikgu, maka aku tahu betapa banyak derita dan beban yang mereka pikul. Tetapi mereka sedikit pun tak mengeluh untuk mengajar/memberi ilmu untuk kita.
Sepanjang aku hidup 14 tahun ni, macam-macam karenah cikgu yang aku jumpa. Kalau cikgu disiplin memang kebanyakkannya adalah orang yang garang dan tegas. Kalau cikgu kaunseling pula, orangnya baik hati dan peramah. Bercerita tentang cikgu kaunseling, aku dulu rapat dengan seorang cikgu kaunseling. Masa tu aku masih lagi sekolah rendah.
Nama cikgu tu adalah Cikgu Rohaiza (aku dok ingat berbinti kan siapa). Dia mula mengajar masa aku darjah 3. Cikgu Rohaiza ni memang cantik, baik hati dan peramah. Aku mula-mula memanglah tak rapat sangat dengan cikgu kaunseling tu. Tapi lama-lama, kami pun rapat. Macam kawan pun ada.
Aku masa sekolah rendah selalu sangat kena buli. Apa, ingat anak cikgu tak pernah kena buli ke? Selalu!! Dulu adalah senior-senior pengawas yang kuat sangat mengusik aku gara-gara aku ni berkulit hitam. Aku selalu sangat nangis sampai kena cop "CONGEK!".
Aku pun selalu kena sisih oleh kawan-kawan sebab berkulit hitam. Salahkah aku berkulit hitam? Berdosa sangat ke aku sampai aku kena buli dan kena sisih???
Maka datanglah seorang bidadari yang cantik rupawan menyinari hidup aku (dan itulah Cikgu Rohaiza). Dia banyak bagi semangat dan banyak menyokong aku dari belakang. Dia tak jemu-jemu bagi aku nasihat. Kadang-kadang, kalau aku ada masalah pelajaran pun aku refer dekat dia. Bagi aku, dia adalah cikgu yang pelbagai.
Masa aku down dan tak ada tempat untuk mengadu, aku selalunya akan berjumpa dengan Cikgu Rohaiza. Aku adalah orang yang mudah putus asa dan Cikgu Rohaiza sentiasa membuatkan aku bangkit bila aku jatuh.
Itulah keistimewaan dia. Dia membuatkan aku berjaya sampai aku dapat jawatan pengawas di sekolah.
... Namun ...
Setahun kemudian, dia bagi tahu dia dapat pindah ke semenanjung. Hati aku masa tu luluh sangat. Satu hari tu, aku menangis saja kerja sebab tak nak lepaskan dia pergi. Masa tu, dia peluk aku. Makinlah air mata aku berjurai-jurai. Deras macam air terjun.
- SELEPAS 5 TAHUN, TIDAK DISANGKAL -
DAN HARI INI, sekali lagi aku bakal menghadapi perkara yang sama. Di mana cikgu yang paling aku sayang akan berpindah kalau dapat kelulusan untuk berpindah kembali ke semenanjung. Dan orang itulah Cikgu Khairul Adly.
( Mr. Khairul Adly) --- > Ini sudah berpunya tau! Dah kahwin dah...
Cikgu Khairul a.k.a Cikgu Bob ni sama sangat macam Cikgu Rohaiza. Walaupun perkenalan kami hanyalah 6 bulan lebih. Tetapi aku rasa sangat selesa dengan dia. Aku pun ada juga kongsi masalah dengan dia. Bagi aku, tak akan ada yang berjaya dapat ganti tempat Cikgu Bob
Sekarang ni, aku dah selalu sangat menangis sebab dia. Masa dia bagitahu aku (pada 19 Julai 2012) dia nak pindah, rasa pilu sangat. Dan tanpa disangka, aku menangis. Sekarang, aku dah tak sanggup nak melihat wajah Cikgu Bob sebab bila aku tengok saja muka dia, aku akan mula menangis. Aku tak kisah orang cakap aku menangis dengan sebab yang bodoh, tetapi cikgu tu yang banyak mengubah aku. Mengajar aku supaya sentiasa melaksanakan perintah Allah . Banyak memberi pesan kepada aku dan kawan-kawan. Dan kalau dia pindah, siapa yang akan memberi pesan kepada aku? Siapa?
Aku tak tahu kenapa aku terlalu sukar untuk melepaskan dia pergi. Walaupun aku tahu sebab dia adalah kukuh untuk pindah semula ke semenanjung. Aku tak tahu untuk memujuk hati mengenal erti redha. Itulah masalah aku sekarang ni.
Ya ALLAH, jika benar Cikgu Bob pindah, kenalkan pada hati hambaMu ini dengan perkataan redha. Kenalkan kepada hambaMu ini pada perkataan tabah dan sabar. Kau berikan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Cikgu Bob dan keluarganya. Itu saja pintaku, ya ALLAH. Dan janganlah Kau pertemukan lagi pada hambaMu ini dengan guru-guru seperti ini lagi. Aku tidak rela menanggung kedukaan, ya ALLAH. Aku tidak rela...
Amin...
P/s: 1. Cikgu Rohaiza pindah sebab kalau tak silap aku ikut suami.
2. Pelikkan aku? Belum dapat tahu keputusan Cikgu Bob pindah ke dok, terus nangis. Hahaha!
3. CIKGU BOB! SORRY AMBIL PIC DOK MINTAK KEBENARAN DARI CIKGU!.
:: Semoga kita bertemu lagi... Buat dirimu yang bernama guru.. ::
Selamat Kembali Kekasihku, ya Ramadhan!
Assalamualaikum.
Okey-okey. Aku nak isytiharkan untuk menggunakan kau aku buat selamanya selagi blog ini masih hidup. Apa macam aku punya blog? Hahaha... Sakit mata saja menegoknya.
Aku tak nak cakap panjang-panjang. Aku just nak ucapkan buat bulan yang paling ditunggu oleh aku iaitu Ramadhan, selamat kembali! Selepas 11 bulan meninggalkan aku, akhirnya dia kembali bersama membawa sinar harapan yang baru untuk aku. Alhamdulilah...
Dengan itu, selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga bulan Ramadhan merubah korang menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.
p/s:: Aku tak sabar nak kuruskan badan!!!
Gara-gara Ustaz...
Assalamualaikum...
(Still in the mode using kau aku)
Sebelum nak tidur malam tadi, sempat menziarahi blog Mr. Zack Zukhairi. Serius aku cakap, "AKU RINDU ENTRY KAU, ZACK!" Entah kenapalah dia tak update entry. Bagi aku, walaupun dah dibaca 100 kali pun, entry dia masih lawak dan sungguh mudah membuatkan aku tersengih dan ketawa menggilai seorang diri.
Okey, stop! Sampai situ saja. Aku nak meluahkan perasaan. SEMALAM 18 JULAI 2012, aku betul rasa nak meletup. Di sebabkan aku puasa sunatlah aku tak jadi nak meletup (marah). Alkisahnya begini.
Semalam, aku fikir nak jumpa Ustaz Faez sebab nak minta dia tolong aku juga dalam kes sebab-sebab berlakunya peperangan pada zaman Saidina Ali. Siap searching lagi aku dekat internet. Dan merujuk kepada buku Abdul Latip Talib. Dengan itu, ia telah memudahkan kerja aku sebagai student. Disebabkan aku tahu ustaz sibuk pada pagi tu, aku pun dah pasang niat nak jumpa Ustaz Faez waktu rehat.
Krrrriiiinggggggggggggggggggg!!!
WAKTU rehat pun tiba. Masa tu habis kelas Cikgu Dahlia. Aku pun dengan segeranya keluar dari kelas dan bergegas nak ke bilik agama. Aku pun tak sangka Ustaz Faez cari aku sebab kes nak tukar tajuk. Daripada tajuk Saidina Ali kepada Saidina Abu Hurairah. Aku tak puas hati. Aku suruhlah ustaz tunjuk bukti. Ternyata betul dia dah ajar bab SAIDINA ALI. huhuhu... Ingat senang ke nak cari sebab-sebab berlakunya peperangan masa tu???!
Aku share sikit apa yang aku tahu kenapa berlakunya peperangan pada zaman pemerintahan Saidina Ali.
- Saidina Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan (orang-orang bani Umaiyyah) kepada orang yang cekap dan adil.
- mencabut undang-undang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan Baitulmal.
::: Yang ini aku tahu serba sikit kesnya. Yang fasal '...menyamaratakan hak umat atas kekayaan Baitulmal.' Kisahnya apabila Saidina Ali menyuruh penjaga Baitulmal mengagih-agihkan harta Baitulmal kepada semua orang. Semua mengambil harta Baitulmal tersebut kecuali Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awam, Abdullah bin Umar dan Said bin Al-Ash.
Nak tahu apa sebabnya? Nak tahu kenapa dia orang tak nak ambil pun harta dari Baitulmal tu?
Sebabnya adalah :
Harta baitulmal dibahagikan sama rata sedangkan ketika pemeritahan Khalifah Uthman mereka diberi keutamaan dalam pembahagiaan harta Baitulmal. (Kiranya tak puas hatilah dibahagikan sama rata. Nak lebih juga.)
Baru dua sebab.. ini yang last
- pihak keluarga bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Saidina Uthman bin Affan sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Saidina Ali.
Aku jumpa semua ni dekat Internet dan buku hasil penulis Abdul Latip Talib.
Bila aku baca kisah Saidina Ali, meleleh jugalah air mata aku. Huhuhu...
Jadi, ustaz pun dah agih-agihkan kerja bagi bab Saidina Abu Hurairah, aku terkena kes
Sumbangan Saidina Abu Hurairah Terhadap Periwayatan Hadis
&
Faktor-Faktor Kejayaan Saidina Abu Hurairah Dalam Periwayatan Hadis
Bab Sirah, kena bagi kerja macam ni aku tak kisah. Sebabnya adalah aku boleh kenal dengan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Tak jadi beban kepada aku. Aku dah search sikit dekat internet, dekat buku teks... So dapat keputusan.
Sumbangan Saidina Abu Hurairah:
1. Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis iaitu sebanyak 5374 hadis.
2. Sebanyak 800 murid yang belajar dengan beliau.
3. Seorang yang gigih dalam mengembangkan Islam.
--- > Kebanyakkan hadis beliau seperti sahih Al-Bukhari, sahih Muslim, sunan at-Tarmizi, sunan Abu Daud, sunan Ibnu Majah dan sunan An Nasa'i.
Faktor-Faktor Kejayaan Saidina Abu Hurairah:
1. Ahli Suffah yang tidak sibuk dengan urusan pentadbiran
2. Rajin menghadirkan diri dalam majlis ilmu
3. Tekun menyebarkan hadis kepada orang ramai
4. Berkat doa Nabi
5. Sempat hidup lama selepas kewafatan Rasulullah SAW iaitu selama 47 tahun.
Siap juga kerja aku! Alhamdulilah. Hari ini adalah hari aku kena bentang kerja-kerja ni. Doakan aku DO THE BEST!
p/s: Kepada Ustazku, Ustaz Mohammad Faez bin Mat Zin, sila semak buku rekod mengajar sebelum nak mengajar.
p/s: entry lepas. serius aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. DENGAN ITU, aku nak minta maaf.
Kisah Sebenar Cerpen ABSA
Assalamualaikum.
Dah baca ABSA? Apa benda alah tu? Hahaha... Aku Bukan Saidina Ali. Okey siapa yang belum baca, kliklah benda alah ni.
Saya nak share sikit macam mana saya tulis cerpen tu. Aku bukan Saidina Ali ini adalah sebenarnya cerpen hasil yang tak kreatif oleh saya selepas mendapat inspirasi dari seorang guru saya. Cikgu Perdagangan dan Keusahawan. Masa tu, saya tengok gambar-gambar dia dengan wife dia. Huh, cantiklah wife dia! Lepas tu, keluar lampu. Klink! Dapat idea.
Bila nak cari nama watak, hanya Allah saja yang tahu betapa peningnya saya nak mencari nama watak.
Nama watak lelaki senang saja. Saya pinjam nama cousins kawan saya. Muhammad Zoriffudin. Nak cari nama watak perempuan itulah yang memeningkan sebenarnya.
1. Iman Syaziyah
2. Syafinaz Aisyah
3. Qaisara Qistina
4. Salwa Umairah
Nama-nama diatas adalah nama-nama yang disenarai pendek untuk digunakan nama dalam watak perempuan ABSA. Tapi akhirnya, saya dapat ilham. Saya cipta nama watak perempuan tu,
NURUL SALWA AL-FATEH.
Unik sikitkan. Pinjam nama Sultan Muhammad Al-Fateh maka jadilah Nurul Salwa Al-Fateh. (Kalau saya kahwin nanti, dapat anak, inilah nama anak saya. Pasti!)
Bila saya nak hasilkan satu nama watak, saya jadi cerewet. Saya nak satu nama tu, dia unik dan pelik tetapi ada makna dalam Islam. Dan yang penting nama tu akan menghasilkan sebuah sikap yang baik oleh watak tersebut. Macam mana namanya, begitulah sikapnya.
Cikgu BM saya cakap, kalau nak buat sebuah cerita/cerpen, semua orang nak tengok cerita/cerpen tu happy ending. Tapi ayah saya pula cakap, kehidupan seorang manusia tidak semuanya happy ending maka tak salah kalau kita buat satu cerita/cerpen tu dengan ending yang tak happy.
Itulah disebalik kisah ABSA.
Nak komen juga fasal cerpen tu? Hantar email dekat saya.
p/s:: InsyaAllah, saya akan buat satu cerita ABSA ini. Tunggu tiga tahun akan datang. Lepas saya selesai SPM.
Cerpen: Aku Bukan Saidina Ali
Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk di dekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri dari kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.
Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Dalam jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku sepertinya telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk di jangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila di perlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya pada perkataan yang bernama cinta.
Tetapi pada suatu hari, hari itu telah mengubah kehidupanku. Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus. Aku yang sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus diberikan pensyarah. Tiba-tiba Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa.
“Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh daripada tempat encik berdiri?”
Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah dia Nurul Salwa Al-Fateh. Dia tersenyum. Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu bersama meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku. Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu.
Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saiditina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan. Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu?
Sedang asyik aku duduk di tasik buatan di kampus, hadirnya wanita idaman seluruh kampus. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku. Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Dia pun pergi bersama-sama rakannya dan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa.
Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim. Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada satu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat.
Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh. Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya.
Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi di tolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya anak-anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan. Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?
Seperti biasa aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad setiap malam Jumaat. Mengaji al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah?
Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa menjadi gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya. Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh.
“Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?” soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum.
“Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti di tolak oleh wanita itu.” Jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa.
“Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya,” kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad.
Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saiditina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cinta.
“Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz,” kataku kepada Ustaz Muhammad.
“Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saiditina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu.” Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu sebelum agar mengetahui jawapannya. Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh.
Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa di dalam mimpi!
“Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?” soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati.
“Maaf kalau saya mengganggu waktu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya.” Aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad.
“Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja,” kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh itu ke ruang tamu. Bertanya kepadanya adakah dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia.
“Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saiditina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, hari penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah.” Nurul Salwa Al-Fateh memberi jawapan. Aku begitu rasa gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih!
Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku jumpa. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.
Bercinta Dengan Kawan Sendiri?!
Assalamualaikum
Huh, akhirnya dapat cuti sehari. Semalam kena datang sekolah sebab ambil report card. Apa barang datang ke sekolah masa cuti? Mengganggu betullah waktu hujung minggu. Huhuhu... Serius, boring sangat semalam. Pelajar dah lah ramai yang tak datang. Cikgu pun dua orang saja masuk. Mata saya layu sangat sebab tak cukup tidur. Letih betullll....
Tapi itu bukanlah perkara yang saya nak bincangkan.
Seperti yang tertera di atas, kita akan bincangkan kes budak sekolah yang bercinta dengan kawan sendiri. Namun pada realitinya, memanglah kita akan bercinta dengan seorang kawan sebab sebelum kita bercinta dengan dia, kita akan jadi kawan, kan? Barulah jadi kekasih. Rasanya kes-kes macam ni banyak berlaku tetapi jarang kut.
"Apa pandangan kau kalau aku bercinta dengan kawan sendiri? Patut tak aku accept?"
Pernah tak kawan korang tanya macam tu?
Saya pernah ditanya oleh seorang rakan macam tu. Saya pada mulanya mendiamkan diri untuk mencari ayat yang sesuai bagi menjawab soalan rakan saya tanpa melukakan hati dia.
Ini hanyalah pandangan saya.
Hubungan sebagai seorang rakan adalah lebih bertahan lama daripada menukarkan hubungan tersebut kepada hubungan bercinta. Hubungan sebagai rakan tak akan pernah putus dan lebih kekal lama. Kalau hubungan cinta, kemungkinan boleh terputus dan menyebabkan kalian tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain.
Dan BUKANKAH itu dikatakan meMUTUSkan tali silaturahim?
Biar saya terangkan lebih mendalam.
Kawan. Susah senang bersama. Gelak gembira bersama. Menangis dalam duka lara pun bersama. Kawan akan sentiasa berada di sisi untuk kita. Tiada di dalam dunia ini yang tidak memerlukan kawan. Even, Rasulullah SAW pun berkawan. Walaupun kita gaduh dengan kawan kita, mesti rasa marah tak akan lama. Sekejap saja mesti baik punya.
.....Namun.....
Bila hubungan kawan itu ditukarkan kepada hubungan cinta, perasaan juga berubah. Perasaan kasih sayang kepada seorang kawan menjadi cinta. Memang kita akan berasa bahawa dunia adalah milik kita dan kita melakukan semua perkara dalam keadaan yang senang. Andaikan satu hari nanti korang gaduh. Semua perkara tak menjadi dan salah dari pandangan mata kita. Perasaan marah mudah sangat meluap-luap. Masa tu syaitan confirm suka sangat. Lebih parah, ia mungkin boleh menjadikan kita lalai dalam pelajaran. Sibuk saja dengan perasaan sendiri.
Dan bagaimana ia boleh memutuskan tali silaturahim???
Bayangkan kalau korang dan si dia adalah kawan akrab/BFF/ teman dunia akhirat dan whateverlah! Tiba-tiba bercinta, dan kemudian bergaduh. Gaduh gaduh gaduh, tiba-tiba korang break. Tak nak pandang muka masing-masing. Menyimpan dendam dan tak sapa pun antara satu sama lain. Tak memutuskan tali silaturahim namanya tu???
Sebenarnya semua itu bergantung kepada kita. Bercinta pada usia muda, *serius, saya katakan memang banyak cabarannya. Kalau tak tahu kawal perasaan, pelajaran memang akan terganggu. Silap-silap haribulan boleh bergaduh dengan cikgu sendiri.
Tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana, kan? Tak ada sesiapa pun yang dapat menghalang.
Allah yang menentukannya dan kita sebagai hambaNya hanya boleh merancang.
Keputusan di tangan anda. PILIHAN HANYA ADA DUA.
ACCEPT OR IGNORE?
p/s:: orang cakap, kawan biar beribu, kasih biar satu. Kalau ada kisah-kisah cinta berkawan dengan kawan sendiri, sharelah sikit ya? Saya sedia mendengar.
Powered by Blogger.