Assalamualaikum
Huh, akhirnya dapat cuti sehari. Semalam kena datang sekolah sebab ambil report card. Apa barang datang ke sekolah masa cuti? Mengganggu betullah waktu hujung minggu. Huhuhu... Serius, boring sangat semalam. Pelajar dah lah ramai yang tak datang. Cikgu pun dua orang saja masuk. Mata saya layu sangat sebab tak cukup tidur. Letih betullll....
Tapi itu bukanlah perkara yang saya nak bincangkan.
Seperti yang tertera di atas, kita akan bincangkan kes budak sekolah yang bercinta dengan kawan sendiri. Namun pada realitinya, memanglah kita akan bercinta dengan seorang kawan sebab sebelum kita bercinta dengan dia, kita akan jadi kawan, kan? Barulah jadi kekasih. Rasanya kes-kes macam ni banyak berlaku tetapi jarang kut.
"Apa pandangan kau kalau aku bercinta dengan kawan sendiri? Patut tak aku accept?"
Pernah tak kawan korang tanya macam tu?
Saya pernah ditanya oleh seorang rakan macam tu. Saya pada mulanya mendiamkan diri untuk mencari ayat yang sesuai bagi menjawab soalan rakan saya tanpa melukakan hati dia.
Ini hanyalah pandangan saya.
Hubungan sebagai seorang rakan adalah lebih bertahan lama daripada menukarkan hubungan tersebut kepada hubungan bercinta. Hubungan sebagai rakan tak akan pernah putus dan lebih kekal lama. Kalau hubungan cinta, kemungkinan boleh terputus dan menyebabkan kalian tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain.
Dan BUKANKAH itu dikatakan meMUTUSkan tali silaturahim?
Biar saya terangkan lebih mendalam.
Kawan. Susah senang bersama. Gelak gembira bersama. Menangis dalam duka lara pun bersama. Kawan akan sentiasa berada di sisi untuk kita. Tiada di dalam dunia ini yang tidak memerlukan kawan. Even, Rasulullah SAW pun berkawan. Walaupun kita gaduh dengan kawan kita, mesti rasa marah tak akan lama. Sekejap saja mesti baik punya.
.....Namun.....
Bila hubungan kawan itu ditukarkan kepada hubungan cinta, perasaan juga berubah. Perasaan kasih sayang kepada seorang kawan menjadi cinta. Memang kita akan berasa bahawa dunia adalah milik kita dan kita melakukan semua perkara dalam keadaan yang senang. Andaikan satu hari nanti korang gaduh. Semua perkara tak menjadi dan salah dari pandangan mata kita. Perasaan marah mudah sangat meluap-luap. Masa tu syaitan confirm suka sangat. Lebih parah, ia mungkin boleh menjadikan kita lalai dalam pelajaran. Sibuk saja dengan perasaan sendiri.
Dan bagaimana ia boleh memutuskan tali silaturahim???
Bayangkan kalau korang dan si dia adalah kawan akrab/BFF/ teman dunia akhirat dan whateverlah! Tiba-tiba bercinta, dan kemudian bergaduh. Gaduh gaduh gaduh, tiba-tiba korang break. Tak nak pandang muka masing-masing. Menyimpan dendam dan tak sapa pun antara satu sama lain. Tak memutuskan tali silaturahim namanya tu???
Sebenarnya semua itu bergantung kepada kita. Bercinta pada usia muda, *serius, saya katakan memang banyak cabarannya. Kalau tak tahu kawal perasaan, pelajaran memang akan terganggu. Silap-silap haribulan boleh bergaduh dengan cikgu sendiri.
Tapi kalau dah jodoh, nak buat macam mana, kan? Tak ada sesiapa pun yang dapat menghalang.
Allah yang menentukannya dan kita sebagai hambaNya hanya boleh merancang.
Keputusan di tangan anda. PILIHAN HANYA ADA DUA.
ACCEPT OR IGNORE?
p/s:: orang cakap, kawan biar beribu, kasih biar satu. Kalau ada kisah-kisah cinta berkawan dengan kawan sendiri, sharelah sikit ya? Saya sedia mendengar.