Assalamualaikum.
Rasanya ni adalah entry terakhir aku untuk tahun 2012.
Tahun 2012, aku akui memang banyak cabaran dan dugaan yang Allah dah rancangkan untuk aku. Yang sebenarnya di dalam ujian yang di berikan membawa hikmah dan pengajaran tersendiri. Kadang, aku pun merungut. Kenapa Allah bagi ujian yang memang beghat nanang dengan aku. In the end, barulah aku faham "Oh, Allah uji aku macam ni sebab macam ni,". Tiada ujian yang Allah berikan kepada kita yang sia-sia. Semuanya memberi manfaat. DAN! Menambahkan kekuatan iman, kesabaran dan meluaskan lagi pengalaman.
UPK, aku dah setahun menggunakan tudung dan menutup aurat secara consistent. Alhamdulilah and Yay! Seriously memang tak mudah untuk aku gunakan 'sehelai kain' atas kepala sebab takut nanti untuk seketika saja. But, bila aku nampak cousin aku ni pakai tudung. Fuuyyoooo! Lawa habislah. Seterusnya aku pun fikir, kenapa aku nak takut tentang masa hadapan? Kenapa aku takut kalau tudung tu 'melayang' di tiup angin suatu hari nanti? Bukankah aku hamba Allah? Bukankah sepatutnya aku minta pada Allah untuk tetapkan hati? Akhirnya, aku di sini bersama sehelai kain untuk menutup kepala dan menutup bahagian dada. Yeah!
Cabaran untuk menggunakan tudung, tak adalah tough sangat. Okey-okey saja. Kawan and family support habislah! Even my BF pun sokong. PEMBETULAN, ex boyfriend.
Kenyataan di atas adalah berita gembira bagi aku. Tapi berita sedih adalah aku di uji dengan sebuah hubungan yang berakhir bernoktah pada jalan yang aku sendiri tak tahu ke mana hala tujunya.
Mula-mula aku break dengan si dia, aku fikirlah; wey, boleh tak aku hidup tanpa dia? Selama ni aku bergantung pada dia tapi sekarang dia tak ada? Dia banyak memotivasikan aku. Lepas ni siapa nak motivasikan aku.... Dan banyaklah soalan yang tak logik muncul dalam otak aku ni.
Sampai satu hari, seorang hamba Allah datang pada aku dan kata bahawa aku masih ada Allah.
Orang kata remaja tak boleh hidup tanpa cinta sesama makhluk?
Say Who?!
Buktinya adalah aku. Sekarang hampir EMPAT bulan aku hidup tanpa orang yang bernama kekasih. Yang menjadi kekasih aku sekarang adalah Allah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Merekalah yang amat aku cinta menggantikan sebuah cinta sesama makhluk yang Allah ciptakan.
Sejujurnya, aku rasa sangat bahagia dan tenang dengan cinta yang aku miliki sekarang. Aku dah banyak motivasikan diri sendiri. Sekarang aku sendiri tengah mendalami ilmu agama secara mendalam. Banyak baca buku ilmiah dan banyak tengok video-video berkaitan agama.
Terima kasih, Allah! Kerana Engkau telah menarik 'nikmat' cinta tidak halal itu dariku.
Kepada golongan yang single macam aku, WELCOME TO THE CLUB! Serupa habislah. Jangan risau kepada pelajar-pelajar yang single sebab aku percaya satu hari (selepas korang tamat belajar) nanti korang pun aku menemui zauj/zaujah yang tercatat pada Loh Mahfuz. InsyaAllah!
Lastly, aku nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Mohd. Khairul Adly bin Ismail a.k.a Mr/Cikgu Bob yang banyak beri nasihat kepada aku sampai aku kuat berdiri sekarang. Kepada Cikgu Muhammad Nur Hakim bin Abdul Rahman, terima kasih sebab jadi seorang guru yang memahami muridnya yang kuat merajuk ni. Hahaha...=)
Kawan-kawan and orang-orang yang aku tak boleh nak sebut, thanks a lot! Korang memang berharga dalam hidup aku.
Binalah azam yang membawa diri ke arah lebih baik. Banyak lakukan ammar makruf dan nahi mungkar.
p/s:
Lastly, aku nak ucapkan terima kasih kepada Cikgu Mohd. Khairul Adly bin Ismail a.k.a Mr/Cikgu Bob yang banyak beri nasihat kepada aku sampai aku kuat berdiri sekarang. Kepada Cikgu Muhammad Nur Hakim bin Abdul Rahman, terima kasih sebab jadi seorang guru yang memahami muridnya yang kuat merajuk ni. Hahaha...=)
Kawan-kawan and orang-orang yang aku tak boleh nak sebut, thanks a lot! Korang memang berharga dalam hidup aku.
Binalah azam yang membawa diri ke arah lebih baik. Banyak lakukan ammar makruf dan nahi mungkar.
p/s:
- UPK bermaksud Untuk Pengetahuan Korang.
- Abang Aiman Azlan, pinjam trademark sat.
- Cikgu Bob sekarang popular habis sebab sentiasa di sebut dalam blog aku. Hahaha...