Assalamualaikum...
Masa berlalu dengan cepat dan tidak sempat untukku mengejarnya. Tuuudia, ayat sastera serius fail. So, aku nak ucapkan selamat datang Disember. Disember ni tak membawa aku apa-apa erti melainkan kepada parents aku. 14 Disember ni adalah ulang tahun perkahwinan mereka. Hendak ku ucapkan, selamat ulang tahun perkahwinan. Dah... 16 tahun perkahwinan parents aku. Lama sangat, kan? Syukur alhamdulilah boleh aku ucapkan saja.
Firstly aku nak tanyalah, korang pernah tak kena tipu dengan adik korang? Pernah? Hahaha. Welcome to the club!
Aku rasa adik aku ni memang pandailah. Pandai pau aku hidup-hidup. Nak tahu kenapa? Kisahnya begini.
Masa cuti memang dah jadi kebiasaan untuk aku dan mak aku kemas area tingkat atas/tingkat dua. Area tu, area bilik tidur. So, first bilik yang perlu dikemas adalah bilik tuan punya rumah. Bilik mak dan ayah. Dalam bilik tu biasanya ada bahan bacaan untuk dibaca. Family aku memang suka membaca. Aku tadi kemaslah bilik tu. Kemas punya kemas, suddenly aku jumpa satu buku yang bertajuk 'Tun Ahmad Zaidi, Anak Watan Sarawak'.
Otak photographer aku ni pun tekan butang flashback. Adik aku pernah bagi tahu dia dah khatam buku tu. Aku as kakak rasa macam respect arr. Adik aku ni bukannya jenis suka baca buku. Tak. Jadi bila dia boleh habiskan satu buku yang agak tebal tu, aku rasa bangga. Kononnya sajalah aku bangga.
Bila aku kemas bilik tu, aku pun try-try buka buku tu. Belek punya belek, aku mengeluh. Masa tu aku rasa nak menangis. Bukan nak menangis sebab bangga, nak menangis sebab dah kena tipu dengan adik sendiri. Buku tu gambar saja banyak. Mana tak dia boleh khatam sehari saja. Even aku pun boleh buat macam tu.
Lepas kerja mengemas dah habis, aku pun attack dia.
"Pelawok mu!"
"Naper dengan mu ni kak?"
Maka terjadilah perbalahan sikit lepas tu. Mak pun jadi tukang pengadil.
Bagi akulah kan. Seorang adik ni lebih cerdik dari kakaknya. Macam aku. Walaupun dari segi akademik dia kalah dengan aku. Tapi dari segi menganjing aku, dialah juara.
Pengajaran yang aku peroleh dari kes aku di sini adalah:
Kadang-kadang kita rasa diri kita sempurna dan bangga untuk menjadi cerdik, percayalah adanya orang yang lebih cerdik dari kita dari aspek yang lain.
Sekian. Itu saja aku nak kongsi. =)
p/s: Aku akan sentiasa kalah dalam nak menipu dia balik. Hish =="