Archive for August 2014

Wira Sejati


Tak siapa menyangka
Matinya seorang anak jati negeri Sarawak itu
Disebabkan sebuah konspirasi

Kebencian British kepada si pahlawan
Menyebabkan mereka sanggup lakukan apa-apa saja
Tidak peduli si anak itu punyai ibu bapa atau tidak
Buat mereka keadilan yang berat sebelah perlu ditegakkan

Kecintaan buat negeri Sarawak tidak berbelah bagi
Jiwa dan raga menjadi taruhan
Dalam fikirannya hanya satu perkataan
Iaitu kebebasan
Kebebasan buat negerinya
Kebebasan buat bangsanya

Tuhan saja yang tahu isi terkandung dalam hati si pahlawan
Tatkala hukuman dijatuhkan
Bergemalah tangisan-tangisan 
Kerabat keluarga serta teman-teman
Tali gantung itu pula mengambil tempat Malaikat Izrail
Mematikan hidup orang tak bersalah

Buat pahlawan yang sentiasa dikenang
Buat insan kental dan berani jiwanya
Buat si hamba yang taat pada agama Tuhannya
Buat si anak yang menghomati orang tuanya
Buat pelajar yang rajin berusaha
Buat guru yang punyai tekad semangat mengajar

Terima kasih atas pengorbananmu
Pengorbanan yang memerlukan keberanian
Terima kasih atas kemerdekaan ini
Kemerdekaan yang cukup bermakna
Terima kasih kerana tinggalkan kisah indah buat kami
Kisah yang boleh dihayati sepanjang zaman

Terima kasih wira sejati,
Rosli Dhoby. 


Persembahan drama 'Rosli Dhoby' bersempena hari kemerdekaan. (SMK Bandar Bintulu, Sarawak)


Posted in | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.