Tak Apa Itu Cinta

Assalamualaikum.

Rasanya aku akan naikkan seminggu sekali saja entry. Bukan sebab sibuk tetapi sebab malas. Tahap kemalasan aku ni agak membimbangkan.


Sepanjang minggu ni aku cuba menghabiskan drama Korea yang bertajuk It's Okay, That's Love ( 괜찮아, 사랑이야).. Drama ni dipaparkan di televisyen negara Korea melalui saluran SBS dari bulan June sehingga September tahun 2014. Pelakon utamanya ialah Jo In Sung dan Gong Hyo Jin. Dalam drama ni juga ada Lee Kwang Su.

It's Okay, That's Love Poster
credit to myasiantv.se

Cerita ni berasaskan medical drama, yang disaluti dengan romance dan comedy. Kisahnya mengenai dua watak yang asalnya suka bergaduh kemudian jatuh cinta lepas tu kahwin. Jo In Sung memegang watak Jang Jae Yeol yang merupakan seorang penulis novel terkenal manakala Gong Hyo Jin pula memegang watak Ji Hae Su, she’s a psychiatrist. Walaupun psychiatrist, dia sendiri ada masalah axiety yang menyebabkan dia berpeluh dan rasa nak muntah. Satu lagi, Ji Hae Su ni ada negative atittude terhadap percintaan. Semuanya disebabkan trauma sewaktu kecil. Nak tahu lebih lanjut, silalah menonton It’s Okay, That’s Love.


Satu ketika dahulu, aku pernah terfikir untuk jadi psychiatrist macam Ji Hae Su tapi aku ni ada satu masalah iaitu masalah mudah hilang semangat. Kalau orang lain bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita, aku pula langsung tak kisah dengan masa hadapan aku. Aku sendiri tak tahu kenapa tapi aku sedaya-upaya cuba mengatasinya. Agaknya dipengaruhi oleh kemalasan tahap melampau. Atau hidup yang teramat selesa.


Mental ilness. Sejauh mana orang kita memahami frasa tersebut dan adakah mereka yang mengalami penyakit disebutkan tadi akan di’generalize’ sebagai orang gila? Aku sendiri pun tak berapa faham dengan frasa tersebut. Mereka yang mengalami masalah mental ni biasanya akan dipanggil orang gila tapi adakah semuanya gila? Well, tak semua.


Aku sentiasa mempercayai bahawa apa yang berlaku kepada seseorang pada masa kini adalah disebabkan masa lampaunya. Kita hanya memandang, melihat luaran seseorang tapi tak pernah berhenti sebentar untuk mendengar cerita sebenar. Buat setakat ni aku belum lagi jumpa orang yang mengalami masalah jiwa. Kalau diberikan rezeki, aku nak sangat jumpa mereka dan dengar kisah mereka.


Sebagai orang Islam sepatutnya kita rasa bersyukur dan beruntung. Sekurang-kurangnya kita tahu Allah ada untuk kita. Allah ada di sisi kita saat kita memerlukan dia. Bila berada di jalan yang kau sendiri tak pasti, kau ada Allah untuk pulang. Solat dan zikir adalah terapi yang terbaik. Aku sendiri pun sedang sedaya-upaya memperbaiki diri dan memperbanyakkan berzikir.


Dalam drama Korea tu, korang akan didedahkan beberapa jenis penyakit mental yang sering di dengari dan ada juga jarang atau langsung tak pernah kau dengar. Dulu, ntv7 pernah memaparkan satu drama China Singapore yang berjudul Secret Garden. Cerita tu tak menggunakan episode tetapi menggantikannya sebagai ‘case’. Aku tak dapat cari cerita tu tapi melalui cerita tulah aku tersedar bahawa dunia ni sebenarnya indah. Indah bukan kerana ada ciptaan yang cantik tetapi kerana ada manusia yang pelbagai, ditambah lagi dengan pelbagai masalah malah sikap yang pelbagai.


Bagi sesetengah orang jika luka itu bukan luka fizikal, mereka langsung tak ambil kisah. They just play dumb. Mungkin luka fizikal sekadar meninggalkan parut yang ketara dan akan sembuh secara semulajadi. Sekurang-kurangnya badan tidak lagi mampu mengingati kesakitan yang sama pada masa hadapan. Namun luka dalaman yang bertukar menjadi parut boleh menjadi parah malah membahayakan diri serta orang lain. Rasa luka itu sentiasa menghantui jiwa.


Hahaha... Serious betul entry ni. Aku percaya tiada penyakit yang tiada penawarnya. Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya. Selagi kau ada kemahuan, selagi itu peratusan kemungkinan kau tinggi. Contohnya, aku ceritakan masalah aku dulu.


Dulu aku ada masalah untuk mengawal kemarahan. Orang tegur sikit melenting. Orang marah sikit, aku akan lawan balik. Orang buat baik dengan aku, aku rasa sakit dan menyampah. Pendek kata aku ada temper. Tak pastilah short or long.


Sampai satu hari, aku terfikir kenapa aku perlu marah? Bila aku marah orang lain kecil hati dan menyumpah aku. Kadang-kadang yang paling ekstrim dia orang isytiharkan perang dingin. Mungkin sebab dulu aku pernah dibuli dan diejek. Buli tu taklah sampai menumbuk ke apa. Buli yang boleh mencederakan diri dari segi mental. Apa yang aku boleh beritahu kulit aku agak gelap dan mereka selalu mengejek aku hitam. Ditambah lagi dengan beberapa enviroment factor yang lain, aku menjadi murung. But not that serious. Alhamdulilah ~ !


Mungkin orang tengok aku bahagia. Ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan or bila tengok Running Man, tapi most of the time aku lebih prefer untuk bersendirian. Walaupun usia terlalu muda tapi aku tahu apa rasa dikhianati. Parut tak kelihatan tapi beberapa kali belakang aku dikhunus dengan pisau oleh mereka yang mengkhianati. Rasanya? Sakit. Sampai hari ni aku masih ingat.


Namun syukurlah. Sejak aku tingkatan 4, temper aku jadi berkurangan. Aku cuba untuk tolerate dan memahami situasi orang lain. Semuanya hasil daripada satu kumpulan yang cukup aku sayang, Drama Crew. Tanpa mereka mungkin aku tak akan atasi masalah temper aku ni. Bila aku nak marah, aku diam dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Tak pun aku akan berjalan jauh dari tempat tu. Itu cara terbaik.


Satu masalah selesai 10 pula masih menunggu. Aku percaya aku boleh atasi kalau aku ada kemahuan. Itu yang penting. Kemahuan untuk berubah. Tanpa semangat ni, apa-apa kau nak buat tak akan dapat dilakukan.


Buat mereka yang mengalami masalah sama seperti Jang Jae Yeol, jangan risau. Komuniti tidak tahu dan tidak faham. Dengan didikan dan kempen, kefahaman mereka akan menjadi lebih baik. Jangan risau untuk bersosial! Percayalah, kau masih ada tempat di dalamnya.


Buat kita pula masyarakat biasa, cuba fahami cerita sebenar daripada mudah melempar konklusi. Apa yang kita dapat sekiranya menyimpulkan cerita terlebih dahulu tanpa meneliti isinya? Tiada. Tiada apa-apa yang kita akan miliki. Jadilah masyarakat yang membantu dan memulihkan mereka. Supaya mereka tidak lagi rasa tertekan. Supaya mereka tidak lagi berasa takut.


Sampai sini saja. Terima kasih kerana membaca. 

4 Comments
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.