Archive for August 2012

My Name Is Khan... And I'm Not a TERRORIST!

Assalamualaiku... Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sorry sebab aku late ucap. 


Ini adalah kerana aku raya dekat kampung sebelah ayah aku di Kuching, Sarawak. Hari Sabtu 18/8 pergi dan balik pada 24/8 Jumaat minggu depannya. Banyak gambar yang aku ambil semasa dekat kampung. Cuma aku sendiri tak tahu macam mana nak cucuk USB tu masuk ke tempat cucuknya. Bila aku baca balik, baru aku tahu kena install... Dalam hati aku, rasa nak dipecahkan saja camera Canon EOS 1100D tu. Kenangkan itu adalah camera baru dan camera ayah aku, tak jadilah. Nak cucuk USB pun kena install. Serius aku cakap, menyusahkan betullllll !!!


Canon EOS 1100D

Hari ini, aku nak share something dengan korang. Masa tu aku sendiri tak tahu Syawal yang ke berapa. Khusyuk menghadap Astro Prima tengok cerita : My name is Khan and I'm not a terrorist.




Tahu cerita apa??? 


Hahaha... Cerita.. My Name Is Khan.


(My name is Syah, and I'm not a terrorist)

Aku rasa respect dengan pengarah filem tersebut iaitu Karan Johar kerana menghasilkan sebuah filem yang hebat, menarik dan gempak!!! Tabik spring wa sama lu... 


Kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Rizwan Khan (lakonan Shah Rukh Khan a.k.a SRK) yang telah jatuh cinta dengan seorang janda beranak satu yang beragama Hindu. Yang aku pelik dalam cerita ni, Si Khan tu solat tapi wife dia still dengan agama dia. WEY, boleh ke macam tu lepas kahwin??? Tak apa, nanti tanya dengan aku punya OST Faez.


Lepas kahwin, siapa sangka ada satu kejadian yang umat Islam tak akan dapat lupa kejadian tu. Kenal pada tarikh keramat 9/11 atau 11 September??? Di mana sebuah bangunan di New York telah di langgar oleh beberapa buah kapal terbang berterusan. Gerun aku tengok bangunan tu runtuh. Dan apa yang membuatkan aku tak puas hati, kenapa nak salahkan orang Islam? Hanya gara-gara mereka mengamalkan semangat jihad? Guys, kena faham agama kita melarang kita membunuh membabi buta. Dia orang ni yang sebenarnya tak faham. Itulah dia orang kata itu adalah konspirasi orang Islam. Kerana itu jugalah, orang Islam di Amerika tidak hidup dengan tenang dan tenteram. 



(11 September... Subhanallah!)


Di sebabkan hujung nama anak dia 'Khan', dia telah dibunuh. Aku rasa budak-budak yang belasah dia tak sengaja nak belasah dia sampai mati. Macam tak sangkalah yang seorang mat salleh tu menyepak bola sampai menyebabkan Sam (anak tiri Khan) tu mati. Huh, memang pembunuhan bersifatkan perkauman. 


Siapa menyangka, selepas saja anak dia mati, wife dia menyalahkan Khan kerana anak dia mati. Relaxs, bukan Khan yang menyebabkan dia mati, kalau dah ajal, nak buat apa kan??? Redha sajalah. Ini nak salahkan orang lain. (Aku memang tak puas hati!!). Yang menyebabkan dia asyik-asyik kata " My name is Khan and I'm not a terrorist" adalah kerana isteri dia sebenarnya menyindir dia supaya kata kepada seluruh penduduk di United States dan Presiden yang nama dia adalah Khan dan dia bukan seorang pengganas. Aku tak sangka dia take serius apa yang wife dia cakap.. Ish ish ish... (Khan tak reti orang sindir dia sebab dia ada penyakit yang bernama Asperger's Syndrome)


Dia pun pergi menjelajah ke pelbagai tempat dan berkata "My name is Khan and I'm not a terrorist." 


Ending???


Tengok sendirilah. Ada siaran pada jam 9.00 di TV3, hari Rabu, 29.08.2012.


Hayatilah cerita tersebut yang telah membukakan mata seluruh penduduk di bumi ini termasuklah aku.. Huhuhu... Respect gileeeerrr... Aku bagai 10 stars.





Sumber:

Pic credit to Mr. Google.

Posted in , , | Leave a comment

Bepang Pulut And Terengganu

Assalamualaikum.


Wahhh... Minggu ni adalah minggu EXAM bagi SMK Bandar Bintulu. Gila nak sakit jiwa dibuatnya. Tinggal untuk beberapa hari lagi untuk EXAM tamat. Doakan untuk aku supaya berjaya dalam peperiksaan. Jangan berjaya lepas dari exam saja, berjaya dengan lulus cemerlang. InsyaAllah. Asal doa, usaha dan tawakal kepada Allah.


Hari ni, aku nak kabo fasal Bepang. Orang Ganu mesti kenal dengan bepang ni, kang? Sebab benda alah ni memang famous dekat Terengganu. Aku jumpa benda alah ni masa tengok Buletin Utama. Tengok benda alah tu macam sedop saja... Aaargh.. Mengidam doh pulok!


Orang cakap, bepang kacang senang cari tapi nak cari bepang pulut tu susah. Betul ke? Serius aku dok tahu. Itu orang hok katalah. 


Jadi aku pun pernah tanya dengan Mr. Hakim dan Mr. Ediazrani benda alah ni. Dia orang kata benda alah tu memang ranggup. Aku, kalau dengar makanan yang ranggup-ranggup ni serius aku nak makan. Aku adalah jugok search bepang ni kat internet. Macam sedop saja menengoknya...


(Sedop dok? Lapaq!!!)

Aku dah booking bepang ni dengan Mr. Khairul Adly. Aku minta satu saja, dia nak bagi sebaldi. Daripada sebaldi, baik lagi dia bagi aku satu kotak. Puas makang untuk setahun... =) 


Bagi aku, makanan orang Terengganu ni pelik tapi unik. Aku pernah sekali makang nasi dagang. First time makang memang lain betul. Dah menyuap berkali-kali, nak makang saja kerja. Sedop sungguh! Memang best everlah!!! Thumbs up!!




Lepas tu cuba tengok bahasa orang Terengganu ni. Lain kan? Walaupun adalah ayat dia kasar-kasar sikit tapi tidak bermaksud orang Ganu ni dok bersopan. Memang dia punya style. Jadi dok payah hairan. 


Dalam banyak-banyak perkataan Ganu tu, ayat favourite aku adalah 'HUDUH SEPANG'. Aku terjumpa dalam satu article yang cerita fasal ayat-ayat Ganu. Huduh sepang ni maksudnya hodoh sangat. Kiranya SEPANG tu adalah kata penguat. First time dengar ayat tu, pecoh perut aku ketawa. Pelik sungguh!


Terengganu ni adalah sebuah negeri yang unik, pelik dan menarik. Kalau ada rezeki, negeri pertama yang aku nak jelajah adalah Terengganu. Semoga Allah menunaikan permintaan aku.



Selamanya Terengganu... Anda di hati biarpun bukan negeri lahirku... Na na na na na na Ganu kite... Hahaha...



p/s: Mr. Khairul Adly, BEPANG SEKOTAK!!! After raya saya tuntut.. 


Posted in | Leave a comment

Biarpun DIA YANG BERNAMA AYAH

Assalamualaikum....


Aku ni buat entry curi-curi sebab tengah tolong parents siapkan assignment. Assignment dia orang, aku pula yang kena terlibat. Adoi...Tak apa. Senang saja kerja diaorang ni. Aku pun boleh buat biarpun aku ni tidak layak untuk buat assingnment tu. 


So, aku nak bincangkan kes ORANG YANG BERGELAR AYAH.


Orang yang kedua selepas mak aku, aku sayang dan hormat ayah aku. SEBAB, kalau tak ada ayah aku, confirmlah aku pun tak ada. Aku rasa korang tahu jawapannya. Hahaha... (Tak ada sperm, tak adalah anak).


Mula-mula, dia juga seorang anak. Anak yang patuh kepada Allah, dan ibubapanya. Anak yang belajar bersungguh-sungguh sehingga sudah mencapai kejayaan. Mendapat pekerjaan yang baik serta boleh menyara diri sendiri. Ada sesetengah orang pula, dia hantar gaji bulan dia dengan parents dia. Selepas rasa dah cukup dewasa dan cukup syarat untuk menjadi seorang suami, hadirlah seorang bidadari menghantar kembali tulung rusuk yang telah hilang. (Bidadari tu mak koranglah.)



( Caiyok!!! )

Selepas merisik, meminang,bertunang, kahwin lepas tu bersanding, akhirnya dia mendapat satu jawatan yang hebat, mencabar dan penuh dengan tanggungjawab. Jawatan sebagai seorang SUAMI. Kini, dosa si isteri tidak lagi di tanggung oleh bapanya, tetapi berada di bahu suaminya. JADI untuk si isteri, janganlah suka buat dosa sebab dosa anda ditanggung oleh si suami.




SELEPAS tu, confirm orang yang lepas kahwin ni akan pergi honeymoon. Ada juga yang honeymoon dekat rumah saja. (Jadi jugalah tu). 3 BULAN kemudian, maka terjadilah satu bunyi yang sungguh aneh dan menjadi kebingungan si suami. Uweeekkk uweekkk... Rupa-rupa, si isteri mengandung 2 bulan. Alhamdulilah....

( Morning sickness!!!)

Dengan penuh kasih sayang, si suami menjaga isterinya. Romantis gila...! Apa kehendak si isteri, mesti dia akan tunaikan. Walaupun kadang-kadang kempunan makanan pelik-pelik, si suami confirm akan belikan/carikan/masakkan untuk si isteri.. Untungnya...


Dah cukup bulan, anak pun lahir. Maka status si suami berubah menjadi AYAH. Ayah masa tu happy sangat sebab adanya kehadiran kita. Jawatan dia dah bertambah. Menjadi seorang suami dan seorang ayah. Maka tanggungjawab si ayah bertambah. Tapi dia tak kisah pun. Dia rasakan segala bebanan sebagai seorang suami dan ayah hilang bila lihat wajah si anak yang masih merah-merah. Dia juga orang yang paling bahagia selepas si ibu.


Walaupun Rasulullah SAW mengatakan orang yang patut kita lebih hormat adalah ibu, tetapi tidak bermakna si ayah tidak layak mendapat penghormatan. Dia tetap si ayah yang banyak lakukan pengorbanan buat kita. Ada sesetengah orang ni, mak dia hormat sangat. Dia sayang sangat. Tapi si ayah, dia bersikap tak sopan dan tak hormat. Padahal si ayah layak diHORMATI!.


Orang selalu kata, "KASIH IBU SEHINGGA KE SYURGA, KASIH AYAH UNTUK SELAMA-LAMANYA"


Kasih ibu... sampai ke syurga saja. Sebab, syurga di bawah telapak kakinya. Tetapi kasih ayah... tidak saja sehingga ke syurga... tapi untuk SELAMA-LAMANYA.


Mungkin ayah kita bukan sempurna. Bukanlah THE BEST DAD IN THE WORLD. Tetapi merekalah yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk memenuhi keperluan kita. Siang malam bekerja supaya kita hidup senang dan tak merasa susah. 


Hargailah mereka yang bernama AYAH. Mereka LAYAK untuk disayangi dan dihormati. Dia adalah seorang AYAH dan tetap menjadi seorang AYAH.



Berfikir sebentar, renungkan setiap masa.







p/s: Akuu sayang sangat ayah aku sebab dia selalu buat aku ketawa bila aku mula nangis atau FRUST. Ayah aku seorang yang memahami anak daranya ini!






Posted in , | Leave a comment

Ramadhan: Kenal Pada Kesederhanaan.

Assalamualaikum


Panas giler hari ni. Huhuhuhuhu.... Lain macam saja, macam membahang. So, balik sekolah terus mandi. Tapi tak minum air paiplah. Teruskan juga puasa. Oh, ya! SMK Bandar Bintulu sepanjang bulan Ramadhan ada jadual khas. Iaitu kami akan balik jam 5.15 petang. So, dari hari Isnin-Khamis, 1 matapelajaran 30 minit. Manakala hari Jumaat, ini special sikit. 1 matapelajaran 25 minit. HAHAHA... Bahagia gila bila boleh balik awal.




Berbalik kepada kita punya tajuk (merapu sat). Ramadhan, kenal pada kesederhanaan. 


Ramadhan, ia bukanlah satu bulan di mana kita melaksanakan satu ibadat puasa. Kita bukan saja harus menahan diri daripada lapar dan dahaga. Ia juga melibatkan kita jihad melawan nafsu. Syaitan dah kena rantai tapi ada satu lagi musuh, nafsu. Macam mana kita nak lawan? Ha, itu kena fikir sendirilah. 


Ramadhan juga mengajar kita menjaga mulut, telinga, mata dan semua pancaindera yang ada pada kita daripada melakukan maksiat. Mulut kena jaga daripada mengumpat. Telinga kena jaga daripada mendengar umpatan. Mata kena jaga daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya di lihat dan setiap anggota tubuh badan kita, kita kena jaga.  


Dan, Ramadhan juga mengenal kepada erti sederhana. Pernah tak kita terfikir, kenapa adanya bulan rahmat itu?


Adanya bulan rahmat ni sebenarnya memperkenalkan kepada kita, macam mana orang susah 'survive'. Dengan cara makan mereka yang kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Kita akan faham macam mana rasanya menjadi orang yang tak hidup senang macam kita. Kita akan berasa simpati. Siapa yang tak ada rasa simpati tu memang ada masalah jiwa.




Kita kena bersyukur yang kita hidup di negara yang mencukupi dari segala aspek. Makanan, tak ada krisis pun. Subur saja tanah dekat negara kita. Tiap hari dapat makan nasi. Tapi cuba kita renungkan sebentar pada negara-negara yang ada krisis tentang makanan. Macam mana susahnya mereka nak makan sesuap nasi padahal kita, sesuap nasi dibuang ke dalam tong sampah. Memang benarlah, manusia tak pernah kenal erti syukur. 


Allah bagi nikmat, tapi kita tak bersyukur. Tapi bila Allah bagi ujian/musibah, kita mengeluh, merungut. Kita kata Allah tak adil. CUBA KITA FIKIR KEMBALI, berapa banyak nikmat yang dah kita rasai? Berapa banyak rezeki yang Allah berikan kepada kita? Pernah tak sekali kita ucap ALHAMDULILAH? Pernah? Pernah kita kata 'Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Kau beri'. Pernah? Kalau pernah, pada bilakah tarikhnya? Saat manakah kita melafazkan syukur?




Kadang-kadang, kita kena bersikap sederhana. Jangan terlalu bangga pada harta yang tiada jaminan membawa kebahagiaan ke syurga. Sedangkan  amal kita yang akan dihisab pada alam seterusnya. 


Dunia hanya sementara... Akhirat selamanya...


Fikirlah sebentar, renungkan setiap masa.






p/s: Islam memang adil bukan? Kita tahu rasa keperitan orang susah melalui kita berpuasa. =)





Posted in , | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.