My Name Is Khan... And I'm Not a TERRORIST!

Assalamualaiku... Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sorry sebab aku late ucap. 


Ini adalah kerana aku raya dekat kampung sebelah ayah aku di Kuching, Sarawak. Hari Sabtu 18/8 pergi dan balik pada 24/8 Jumaat minggu depannya. Banyak gambar yang aku ambil semasa dekat kampung. Cuma aku sendiri tak tahu macam mana nak cucuk USB tu masuk ke tempat cucuknya. Bila aku baca balik, baru aku tahu kena install... Dalam hati aku, rasa nak dipecahkan saja camera Canon EOS 1100D tu. Kenangkan itu adalah camera baru dan camera ayah aku, tak jadilah. Nak cucuk USB pun kena install. Serius aku cakap, menyusahkan betullllll !!!


Canon EOS 1100D

Hari ini, aku nak share something dengan korang. Masa tu aku sendiri tak tahu Syawal yang ke berapa. Khusyuk menghadap Astro Prima tengok cerita : My name is Khan and I'm not a terrorist.




Tahu cerita apa??? 


Hahaha... Cerita.. My Name Is Khan.


(My name is Syah, and I'm not a terrorist)

Aku rasa respect dengan pengarah filem tersebut iaitu Karan Johar kerana menghasilkan sebuah filem yang hebat, menarik dan gempak!!! Tabik spring wa sama lu... 


Kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Rizwan Khan (lakonan Shah Rukh Khan a.k.a SRK) yang telah jatuh cinta dengan seorang janda beranak satu yang beragama Hindu. Yang aku pelik dalam cerita ni, Si Khan tu solat tapi wife dia still dengan agama dia. WEY, boleh ke macam tu lepas kahwin??? Tak apa, nanti tanya dengan aku punya OST Faez.


Lepas kahwin, siapa sangka ada satu kejadian yang umat Islam tak akan dapat lupa kejadian tu. Kenal pada tarikh keramat 9/11 atau 11 September??? Di mana sebuah bangunan di New York telah di langgar oleh beberapa buah kapal terbang berterusan. Gerun aku tengok bangunan tu runtuh. Dan apa yang membuatkan aku tak puas hati, kenapa nak salahkan orang Islam? Hanya gara-gara mereka mengamalkan semangat jihad? Guys, kena faham agama kita melarang kita membunuh membabi buta. Dia orang ni yang sebenarnya tak faham. Itulah dia orang kata itu adalah konspirasi orang Islam. Kerana itu jugalah, orang Islam di Amerika tidak hidup dengan tenang dan tenteram. 



(11 September... Subhanallah!)


Di sebabkan hujung nama anak dia 'Khan', dia telah dibunuh. Aku rasa budak-budak yang belasah dia tak sengaja nak belasah dia sampai mati. Macam tak sangkalah yang seorang mat salleh tu menyepak bola sampai menyebabkan Sam (anak tiri Khan) tu mati. Huh, memang pembunuhan bersifatkan perkauman. 


Siapa menyangka, selepas saja anak dia mati, wife dia menyalahkan Khan kerana anak dia mati. Relaxs, bukan Khan yang menyebabkan dia mati, kalau dah ajal, nak buat apa kan??? Redha sajalah. Ini nak salahkan orang lain. (Aku memang tak puas hati!!). Yang menyebabkan dia asyik-asyik kata " My name is Khan and I'm not a terrorist" adalah kerana isteri dia sebenarnya menyindir dia supaya kata kepada seluruh penduduk di United States dan Presiden yang nama dia adalah Khan dan dia bukan seorang pengganas. Aku tak sangka dia take serius apa yang wife dia cakap.. Ish ish ish... (Khan tak reti orang sindir dia sebab dia ada penyakit yang bernama Asperger's Syndrome)


Dia pun pergi menjelajah ke pelbagai tempat dan berkata "My name is Khan and I'm not a terrorist." 


Ending???


Tengok sendirilah. Ada siaran pada jam 9.00 di TV3, hari Rabu, 29.08.2012.


Hayatilah cerita tersebut yang telah membukakan mata seluruh penduduk di bumi ini termasuklah aku.. Huhuhu... Respect gileeeerrr... Aku bagai 10 stars.





Sumber:

Pic credit to Mr. Google.

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.