Ramadhan: Kenal Pada Kesederhanaan.

Assalamualaikum


Panas giler hari ni. Huhuhuhuhu.... Lain macam saja, macam membahang. So, balik sekolah terus mandi. Tapi tak minum air paiplah. Teruskan juga puasa. Oh, ya! SMK Bandar Bintulu sepanjang bulan Ramadhan ada jadual khas. Iaitu kami akan balik jam 5.15 petang. So, dari hari Isnin-Khamis, 1 matapelajaran 30 minit. Manakala hari Jumaat, ini special sikit. 1 matapelajaran 25 minit. HAHAHA... Bahagia gila bila boleh balik awal.




Berbalik kepada kita punya tajuk (merapu sat). Ramadhan, kenal pada kesederhanaan. 


Ramadhan, ia bukanlah satu bulan di mana kita melaksanakan satu ibadat puasa. Kita bukan saja harus menahan diri daripada lapar dan dahaga. Ia juga melibatkan kita jihad melawan nafsu. Syaitan dah kena rantai tapi ada satu lagi musuh, nafsu. Macam mana kita nak lawan? Ha, itu kena fikir sendirilah. 


Ramadhan juga mengajar kita menjaga mulut, telinga, mata dan semua pancaindera yang ada pada kita daripada melakukan maksiat. Mulut kena jaga daripada mengumpat. Telinga kena jaga daripada mendengar umpatan. Mata kena jaga daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya di lihat dan setiap anggota tubuh badan kita, kita kena jaga.  


Dan, Ramadhan juga mengenal kepada erti sederhana. Pernah tak kita terfikir, kenapa adanya bulan rahmat itu?


Adanya bulan rahmat ni sebenarnya memperkenalkan kepada kita, macam mana orang susah 'survive'. Dengan cara makan mereka yang kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang. Kita akan faham macam mana rasanya menjadi orang yang tak hidup senang macam kita. Kita akan berasa simpati. Siapa yang tak ada rasa simpati tu memang ada masalah jiwa.




Kita kena bersyukur yang kita hidup di negara yang mencukupi dari segala aspek. Makanan, tak ada krisis pun. Subur saja tanah dekat negara kita. Tiap hari dapat makan nasi. Tapi cuba kita renungkan sebentar pada negara-negara yang ada krisis tentang makanan. Macam mana susahnya mereka nak makan sesuap nasi padahal kita, sesuap nasi dibuang ke dalam tong sampah. Memang benarlah, manusia tak pernah kenal erti syukur. 


Allah bagi nikmat, tapi kita tak bersyukur. Tapi bila Allah bagi ujian/musibah, kita mengeluh, merungut. Kita kata Allah tak adil. CUBA KITA FIKIR KEMBALI, berapa banyak nikmat yang dah kita rasai? Berapa banyak rezeki yang Allah berikan kepada kita? Pernah tak sekali kita ucap ALHAMDULILAH? Pernah? Pernah kita kata 'Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang Kau beri'. Pernah? Kalau pernah, pada bilakah tarikhnya? Saat manakah kita melafazkan syukur?




Kadang-kadang, kita kena bersikap sederhana. Jangan terlalu bangga pada harta yang tiada jaminan membawa kebahagiaan ke syurga. Sedangkan  amal kita yang akan dihisab pada alam seterusnya. 


Dunia hanya sementara... Akhirat selamanya...


Fikirlah sebentar, renungkan setiap masa.






p/s: Islam memang adil bukan? Kita tahu rasa keperitan orang susah melalui kita berpuasa. =)





Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.