Assalamualaikum....
Aku ni buat entry curi-curi sebab tengah tolong parents siapkan assignment. Assignment dia orang, aku pula yang kena terlibat. Adoi...Tak apa. Senang saja kerja diaorang ni. Aku pun boleh buat biarpun aku ni tidak layak untuk buat assingnment tu.
So, aku nak bincangkan kes ORANG YANG BERGELAR AYAH.
Orang yang kedua selepas mak aku, aku sayang dan hormat ayah aku. SEBAB, kalau tak ada ayah aku, confirmlah aku pun tak ada. Aku rasa korang tahu jawapannya. Hahaha... (Tak ada sperm, tak adalah anak).
Mula-mula, dia juga seorang anak. Anak yang patuh kepada Allah, dan ibubapanya. Anak yang belajar bersungguh-sungguh sehingga sudah mencapai kejayaan. Mendapat pekerjaan yang baik serta boleh menyara diri sendiri. Ada sesetengah orang pula, dia hantar gaji bulan dia dengan parents dia. Selepas rasa dah cukup dewasa dan cukup syarat untuk menjadi seorang suami, hadirlah seorang bidadari menghantar kembali tulung rusuk yang telah hilang. (Bidadari tu mak koranglah.)
( Caiyok!!! )
Selepas merisik, meminang,bertunang, kahwin lepas tu bersanding, akhirnya dia mendapat satu jawatan yang hebat, mencabar dan penuh dengan tanggungjawab. Jawatan sebagai seorang SUAMI. Kini, dosa si isteri tidak lagi di tanggung oleh bapanya, tetapi berada di bahu suaminya. JADI untuk si isteri, janganlah suka buat dosa sebab dosa anda ditanggung oleh si suami.
SELEPAS tu, confirm orang yang lepas kahwin ni akan pergi honeymoon. Ada juga yang honeymoon dekat rumah saja. (Jadi jugalah tu). 3 BULAN kemudian, maka terjadilah satu bunyi yang sungguh aneh dan menjadi kebingungan si suami. Uweeekkk uweekkk... Rupa-rupa, si isteri mengandung 2 bulan. Alhamdulilah....
( Morning sickness!!!)
Dengan penuh kasih sayang, si suami menjaga isterinya. Romantis gila...! Apa kehendak si isteri, mesti dia akan tunaikan. Walaupun kadang-kadang kempunan makanan pelik-pelik, si suami confirm akan belikan/carikan/masakkan untuk si isteri.. Untungnya...
Dah cukup bulan, anak pun lahir. Maka status si suami berubah menjadi AYAH. Ayah masa tu happy sangat sebab adanya kehadiran kita. Jawatan dia dah bertambah. Menjadi seorang suami dan seorang ayah. Maka tanggungjawab si ayah bertambah. Tapi dia tak kisah pun. Dia rasakan segala bebanan sebagai seorang suami dan ayah hilang bila lihat wajah si anak yang masih merah-merah. Dia juga orang yang paling bahagia selepas si ibu.
Walaupun Rasulullah SAW mengatakan orang yang patut kita lebih hormat adalah ibu, tetapi tidak bermakna si ayah tidak layak mendapat penghormatan. Dia tetap si ayah yang banyak lakukan pengorbanan buat kita. Ada sesetengah orang ni, mak dia hormat sangat. Dia sayang sangat. Tapi si ayah, dia bersikap tak sopan dan tak hormat. Padahal si ayah layak diHORMATI!.
Orang selalu kata, "KASIH IBU SEHINGGA KE SYURGA, KASIH AYAH UNTUK SELAMA-LAMANYA"
Kasih ibu... sampai ke syurga saja. Sebab, syurga di bawah telapak kakinya. Tetapi kasih ayah... tidak saja sehingga ke syurga... tapi untuk SELAMA-LAMANYA.
Mungkin ayah kita bukan sempurna. Bukanlah THE BEST DAD IN THE WORLD. Tetapi merekalah yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk memenuhi keperluan kita. Siang malam bekerja supaya kita hidup senang dan tak merasa susah.
Hargailah mereka yang bernama AYAH. Mereka LAYAK untuk disayangi dan dihormati. Dia adalah seorang AYAH dan tetap menjadi seorang AYAH.
Berfikir sebentar, renungkan setiap masa.
p/s: Akuu sayang sangat ayah aku sebab dia selalu buat aku ketawa bila aku mula nangis atau FRUST. Ayah aku seorang yang memahami anak daranya ini!
Berfikir sebentar, renungkan setiap masa.
p/s: Akuu sayang sangat ayah aku sebab dia selalu buat aku ketawa bila aku mula nangis atau FRUST. Ayah aku seorang yang memahami anak daranya ini!