Assalamualaikum.
Fuh, lama tak jumpa. Cuti yang panjang membuatkan aku lupa sebentar dengan blog, FB dan Twitter. Cuti adalah cuti dan apabila aku bercuti, tak ada seorang pun boleh kacau. Except Allah. So, apa plan korang cuti panjang ni? Sebenarnya bagi aku, cuti hujung tahun tak pernah panjang. Pendek saja bagi aku. Jadi aku kena pandai jaga masa dan waktu yang sedia ada dengan mengisi perkara yang berfaedah.
Soalan yang popular bila cuti adalah "Kau pergi mana cuti ni?".
Yup, soalan di atas sangatlah popular. Ramai juga kawan-kawan aku tanya cuti ni aku ke mana. Aku duduk rumah saja. Lagipun aku ada beberapa projek mega yang perlu dilaksanakan sebelum deadline dia datang. Hah, ingat pelajar macam aku goyang kaki saja? No no no... Ada kerja sebenarnya aku ni.
Jadi untuk korang yang macam aku, parents bekerja sampai ke petang dan korang tak tahu nak buat apa. Aku ada beberapa cadangan untuk korang lakukan semasa cuti panjang ni. Antaranya ialah :
1) Membersihkan Rumah.
- Korang mesti akan kata "What the chicken?!", kan? Hahaha... Jangan out dari blog aku dulu. Biar aku explain kenapa benda ni boleh jadi sebahagian plan korang. Penjelasannya adalah korang sedikit sebanyak membantu parents korang yang penat bekerja. Yalah, parents mana yang tak senang hati bila anak dara/teruna membantu membersihkan rumah. Zaman sekarang, susah betul kita nak cari anak-anak yang reti membersihkan rumah. Semuanya harap pembantu rumah saja. Anak orang kayalah katakan. Dari korang goyang kaki dan melepak di luar rumah, cuba tolong bersihkan rumah. Sedikit sebanyak boleh menjadikan korang berdikari.
2) Lakukan Benda Yang Korang Suka.
- Aku rasa, semua manusia di muka bumi Allah ni ada hobi, kan? Aku pun macam tu. Hobi aku adalah ambil gambar, edit kemudian publish dekat FB. Jadi lakukan hobi yang korang suka. Janji hobi tu berfaedah dan mendatangkan sesuatu hasil untuk korang.
Salah satu master piece aku. Hahaha.
3) Memasak.
- Ini adalah part aku rasa bagi budak perempuan memang tak boleh blah. Hahaha... Wey, rajin-rajinlah ke dapur ya? Aku pun rajin ke dapur. Tengok mak aku masak lepas tu aku pula yang try memasak. Tapi masakan ibu biasanya susah untuk kita lawan sebab mereka masak penuh dengan perasaan kasih sayang dan ikhlas. Itu mak akulah tapi aku, masak saja asalkan dapat makan. Itu prinsip aku. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Bagi makhluk yang sejenis dengan aku, kita belajar memasak yang simple-simple dulu baru memasak yang berat-berat. Janganlah sampai tak reti masak okey? Berat nanang jadinya... =]
4) Membaca Sesuatu Yang Memberi Korang Ilmu.
- Tak kisah buku, majalah atau dari internet sekali pun sumber ilmu tu, pastikan betul dah sahih. Ini kerana ada sesetengah tu palsu dan tak benar. Jangan diterima terus tanpa membuat penyelidikan yang lebih mendalam. Okey.
Lastly adalah bila korang ada peluang untuk keluar rumah bersama family korang, hargailah peluang tu. Diorang sibuk kadang tak tahu bila ada masa free. Macam aku. Ayah aku sibuk saja sepanjang hari. Kadang sampai balik lewat sebab nak siapkan kerja dia. Tapi aku tak hairan pun sebab dia banyak kerja. Sibuk macam mana pun dia, hujung minggu mesti dia akan spent time dengan aku sekeluarga.
Hidup kita ni kenalah selalu happy dan tak payah stress atau marah. Walaupun cuti panjang, tak ada perkataan boring. Ayat tu macam aku. Orang selalu kata cuti boring tapi kalau korang reti nak buat cuti tu jadi something best, maka bestlah ia walaupun hanya duduk di dalam rumah.
Until here, meet you in next entry.
p/s: Sekarang aku sibok belajar untuk menghasilkan gambar yang dipanggil LIGHT TRAILS. Dan sibok menghasilkan cerpen baru setelah si ayah membebel dekat aku dah lama tak hasilkan cerpen.