Assalamualaikum.
Tetiba saja Allah turunkan 'rahmat' buat hamba-hambanya. Sejuk giler bila tidur sampai berselimut. Bila ternampak saja hujan ni, aku tiba-tiba boleh teringat dengan Cikgu Bob. Kata dia hari Sabtu (3/11/2012) akan keluar keputusan adakah dia dapat kembali ke Teganu atau kena stay kat sini. Teganu sekarang kan dah advance... Bebudak belajar guna laptop. Buat homework pun semuanya dalam tu. Tapi sebenarnya aku tak ingat laptop ke apa... Serius aku cakap, kalau bab pendidikan. Teganu adalah yang sangat maju dalam bidang ni. Pelaburan yang dilakukan oleh MB Teganu sangatlah mendapat income yang besar. Hebat hebat.
Okey, berbalik fasal Cikgu Bob yang dah aku anggap macam abang/ saudara/ ayah/ pak saudara dan yang sepesis dengannya. Aku pernah tanya dia macam ni. Masa tu time exam. Time examkan tak boleh bercakap so aku tulislah dekat kertas exam aku lagu ni : MACAM MANA NAK TINGKATKAN RASA CINTA KEPADA ALLAH?
Aku bagi dia baca. At that time dia duduk dekat sisi meja berdepan dengan meja aku. Dia ambil masa sebentar lepas tu senyum. Aku rasalah, Cikgu Bob yang paling suka senyum dekat sekolah aku. Patutlah orang rasa happy and senang saja bila berdamping dengan dia. Murah hati untuk sedekahkan senyuman.
Then, dia pun keluarkan pen dari poket baju dan bagi jawapan macam ni.
"Tambah guna maggie secukup rasa."
Aku apa lagi. Hotlah dengan dia. Lepas tu boleh pula dia gelak. Orang serius dia boleh pula main-main. Nasib time ujian, kalau tak. Dah lama aku gantung dia atas kipas. Hahaha...
***
Tiba-tiba pula aku boleh miss dengan dia. Miss sebagai seorang guru dan pendengar yang baik.
Disebabkan kita cerita fasal Cikgu Bob ni, dan korang tahu dia adalah orang yang berada sebahagian dari hidup aku. Aku akan ceritera sikit masa aku mula kenal-kenal dengan dia.
-Abang/ayah/ saudara seIslam aku-
Terimbau masa dia masuk kelas. Rupa dia sangatlah garang. Macam harimau. Suara sangatlah tegas. Kami yang kelas PK or lebih dikenali sebagai budak bisnes amatlah popular kerana kebisingan tahap melampau dan suka menyetan. Ya ke suka menyetan? Agaknya. Perangai kami orang hanya Sang Pencipta saja tahu. Dulu masa Cikgu Edi ajar kami, kami suka sangat bising. But bila Cikgu Bob yang masuk mengajar, semua diam. Kecut perut dengar suara dia. Tak ada seorang pun yang bersuara. Dan yang pasti, tak ada seorang pun yang berani nak menyetan. Hahaha...
Bila dah berapa bulan kemudian... Terbongkar segala-galanya. Dia just acting! Action sungguh cikgu ni! Barulah kami tahu bahawa dia adalah seorang guru yang happy go lucky, suka buat lawak dan sangat hebaq bab bisnes. Kalau bab agama, dok yah kabo. Itu memang dia punya bidang. Almaklumlah, wife peguam syariah. Kenalah dengan dia yang pernah jadi bilal surau. Salute sungguh saya dengan cikgu. =]
Perkara yang paling aku tak dapat lupa, dia bagi nasihat dengan aku, dan dua kawan aku macam ni. Dulu aku memang ambik ringan fasal solat. Tapi lepas kena nasihat dia dengan nasihat macam ni.
"Cuba korang bayangkan.... Bila korang belum solat asar dan masa tu time balik. Dalam perjalanan balik tu, korang dilanggar lori. Korang mati tanpa sempat nak solat asar........"
Mati dalam keadaan sia-sialah MU... Ish ish ish...
Meriauuuuu bulu roma aku dengar. Lepas tu aku memang ambik berat fasal solat. Ya Allah... Jauhkanlah...
Cikgu Bob ni tahu macam mana nak nasihatkan orang. Walaupun selalu ditegur oleh Ost Faez, tapi teguran Cikgu Bob sangat menyentap, menyengat dan berbisa sehingga boleh melelehkan air mata. Huhuhuhuhu... Rasanya dah salah bidang Cikgu Bob ni. Patut bertukar dengan Ost Faez jadi ustaz. Eh... Tak boleh.. Rasa pelik saja bila panggil dia... "Ustaz Mohd. Khairul Adly." Siot... Geli geleman aku. Hahahaha....
Dan kenangan dengan dia paling aku tak boleh lupa, masa tu kami belajar dekat area tempat NILAM yang dinamakan Ruai Seroja. Masa tu dia tengah berbahas dengan kawan aku nama Ashirah. Aku tak ingat apa yang diorang bahaskan tapi ada satu ayat yang dia keluarkan sampai aku gelak tak dapat stop.
"Guru dilahirkan untuk mendidik anak bangsa. Tapi anak bangsa yang tak reti bahasa. Macam kamulah.."
Aku suruh dia ulang balik ayat tu, dia pun ulang. Makin gelaklah aku. Balik saja dari sekolah hari tu, aku terus post kat FB. Ramai dari kalangan cikgu yang banyak like. Hebaq kan cikgu aku ni?
Kalau nak cerita kenangan aku dengan dia sepanjang perjalanan satu tahun ni, banyak sangat. Dan apa yang aku nampak, tak ada satu keburukan pun yang ada pada diri dia. Semuanya lebih kepada kebaikan.
Firasat aku mengatakan, memang susah nak cari seorang guru macam cikgu bob ni. Cikgu zaman sekarang, tak tahulah apa yang boleh aku katakan. Semoga hajat dia nak balik Teganu tercapai. Aku tak akan nangis. FB kan ada? Boleh contact dia.
Biasanya kalau aku ada masalah, tempat untuk aku mengadu adalah Mr. Akeng. Tapi bila dah rapat dengan Cikgu Bob, dialah tempat aku meluah perasaan. Bukan maksud aku dah lupa dengan Mr. Akeng tapi dia selalunya sibok. So, aku dok mahulah nak kacau dia. Lagipun dia dah ada aweks... Dok baik kacau.
Disebabkan aku frust kerana cinta, dia selalu pesan janganlah nak nangis. Betul kata dia. Buangkan beras saja aku ni. Nasihat dia yang aku tak boleh lupa dan menjadi moto hidup aku.
MENANGIS KERANA KAMU NAK MELAWAN BUKAN KAMU MENANGIS UNTUK MERELAKAN.
Ya, itulah dia. Nasihat yang sangat memberi kesan kepada aku atas satu kejadian yang menimpa diri ini.
Fuh... panjang giler entry aku. Stop sampai sinilah..