Kenapalah...?

Assalamualaikum.


Huh, serius aku tengah hot sekarang. Entah apalah dosa aku dengan si broadband tu sampai benda tu tak nak bekerjasama dengan aku. Aku nak upload gambar dekat FB pun jadi payah. Sungguh menyusahkan! Ya Allah, ampunilah dosaku pada si broadband agar ia mahu bekerjasama dengan hambaMu ini. Amiiiinnn...


Cerita fasal hot ni. Ada satu perkara aku tak puas hati. Pada hari Jumaat iaitu semalam 2/11/2012 adalah hari penyampaian hadiah bagi SMK Bandar Bintulu. Aku dijemput sekali. Bukan sebagai si pengambil gambar tetapi sebagai si pengambil anugerah bagi anugerah the best student of bisnes bagi keseluruhan tingkatan dua. Bila tiba masa nama aku, boleh pula MC (pengerusi majlis) tu sebut nama aku macam ni ; Nurul Syahmah BIN Matsah? Wey, sejak bila aku BERBINkan pakcik Matsah? Aku pun toleh cikgu sebelah aku. Dia hanya tersenyum. Macam tak percaya pula MC tu boleh sebut nama aku macam tu.




Aku syak gara-gara dia tengok nama SYAHMAH. Pernah sekali tu, ada seorang cikgu check jadual bertugas kelas aku. Masa tu aku yang bertugas. Jadi cikgu tu seorang perseorang nama budak yang bertugas di sebutnya. Tiba saja nama aku, boleh pula dia tanya 'Ini lelaki atau perempuan?". Terkejut beruk aku bila cikgu tu tanya macam tu. Kawan-kawan aku semuanya gelak sakan... Siot arr... Hot aku!


Bukan salah cikgu tu sebenarnya. Member aku yang jarakkan nama SYAH dan MAH. Mana tak dia jadi konpius, adakah aku lelaki atau perempuan.


Allah sajalah yang tahu aku perempuan atau aku ni lelaki... Dia yang lebih MENGETAHUINYA.











p/s: SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA PELAJAR... =]



Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.