Archive for June 2013

Syukran


Hari ini, tiada lagi wajah 'ayah' dapatku lihat
Semalam, tidak sempat untuk bersua
Hati terguris pilu tatkala ketahui akan perpindahannya
Maka berderai deraslah air mataku


Tiga bulan lagi aku bakal menempuh peperiksaan
Sebelum peperiksaan itu, Allah mengujiku
Tiada lagi rasa minat untuk belajar
Tiada lagi rasa minat untuk segala-galanya.


Aku mengharap sekiranya hari pertama aku mengambil ujian
'Ayah' ada di sisiku dan mengucapkan "selamat berjaya" padaku
Namun itu semua hanyalah mainan mimpi di siang hari
Mimpi yang pasti tidak menjadi realiti


Kata 'ayah'
Sayangkan bunga, bunga akan layu
Sayangkan manusia, manusia akan mati
Sayangkan Allah, ia akan menjadi kekal selama-lamanya.


Andai 'ayah' tahu, betapa aku amat menyayangimu
Menyayangimu seolah-olah engkaulah ayah kandungku
Terima kasih kerana menjadi tulang belakangku
Terima kasih kerana percayakan aku tika tiada siapa mempercayaiku.


Terima kasih untuk segala-galanya, 'ayah'ku....



Posted in , | Leave a comment

Fuhhh.. Ujian.

Assalamualaikum. 

Haze

Sejak jerebu makin menguasai Malaysia ni, seriously hari panas dan kering. Tekak aku ni menjerit-jerit minta air. Memang tak bermaya habis aku. Tapi disebabkan hari ni sekolah, aku kena bersemangat. Andai kata para tenaga pengajar boleh bersemangat mengajar kita tak kira hari panas atau hujan, kenapa aku sebagai si penuntun ilmu lemah longlai? Kuat semangat sikit.


Sepanjang dalam kelas, aku terpaksa kuat semangat. Lagi-lagilah kalau hari Isnin ni, ada BM. FYI, setiap kali BM aku dengan kawan baik aku Chrisper Chang akan fight untuk tengok siapa punya karang lagi hebat dan mempunyai isi serta idea yang bernas. Kebiasaannya Chrisper akan curi idea aku. Bertuah punya kawan. Bila masa Geografi, mulalah semangat aku hilang sikit-sikit. 


Aku : Aku dah tak larat nak menulis. Aku haus, letih, mengantuk...

Sahabat : Relaks-lah. Ini semua ujian dari Allah.

Aku: (Mengangguk kepala).

Sahabat: Macam manalah kita bulan Ramadhan nanti, kan? Dengan cuaca panas membahang.

Aku: Huh, janganlah mengalah! Kita kena bersemangat. Cuba bandingkan diri kita dengan para panglima tentera Islam zaman dulu. Masa Ramadhan mereka dahlah berpuasa, bukan setakat berpuasa, berperang dengan musuh Allah dalam keadaan panas yang amat terik. Ini kita, baru datang jerebu plus with panas kering, terus kalah. Aduyaiii... 

Sahabat: (Terdiam sekejap). Rasanya, berapa ramai yang berfikir macam kau?

Aku: Allah maha mengetahui. 

Sahabat: Rasanya tak ramai orang yang berfikir macam kau.

Aku berkata dalam hati : Aku yakin mesti ada orang berfikir macam aku. 


Ini semua ujian dari Allah. Ujian tak akan diberikan sekiranya kita tak mampu memikulnya. Allah tahu kekuatan kita sampai mana. Aku yakin pasti ada hikmah kenapa jerebu-jerebu ni 'hadir' dalam hidup kita. Kita cool, relax dan banyak-banyak buat ibadah, ya? 

Posted in , | Leave a comment

Hebatnya Mereka!


Assalamualaikum.




Hari Ahad yang lepas aku beli sebuah buku yang bertajuk 'Pahlawan-Pahlawan Yang Benar' karya Abdul Latip Talib. Buku tu gabungan di antara buku-buku pahlawan serta panglima tentera Islam yang hebat iaitu Khalid Al Walid, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh. Buku Khalid Al-Walid aku dah baca habis. Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh pun aku dah baca tapi rasa macam tak puas pula baca sekali. Buku yang belum aku baca adalah Tariq bin Ziyad, si pembebas Andalusia (kini dikenali sebagai Sepanyol).


Bila baca buku tentang panglima-panglima hebat Islam ni, pernah terdetik di hati aku bagaimana rasanya menjadi salah seorang daripada mereka. Memegang pedang dan menunggang kuda bagi menyebarkan syiar Islam. Niat hanya satu iaitu menegakkan agama Allah. Matlamat mereka sungguh luar biasa iaitu mengejar syahid. Apabila berdepan dengan musuh-musuh Allah, mereka mempunyai dua pilihan ; memperolehi kemenangan atau memiliki syahid.


Bolehkah aku menjadi seperti Khalid Al-Walid, si pedang Allah?
Bolehkah aku menjadi seperti Tariq bin Ziyad, si pembebas Andalusia?
Bolehkah aku menjadi seperti Salahuddin Al-Ayyubi, si penakluk Jerusalem?
Dan bolehkah aku menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, si pembuka kota Konstantinopel?


Di siang hari mereka berpuasa dan apabila malam mereka melakukan ibadat kepada Tuhan yang maha Esa. Jiwa mereka bergitu kental dan hebat. Pada zaman millinium ini, masih adakah lagi anak-anak muda yang berjiwa besar seperti mereka? Sukar untuk di cari. Sukar...


Bila aku hilang semangat nak belajar, buku-buku sejarah Islam akan dibuka. Melalui pembacaan tu, aku akan mendapat satu inspirasi bagi meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang pelajar. Yalah, malulah sikit dengan para panglima tentera Islam kita. Diorang penuh semangat menegakkan agama Allah, melawan musuh ketika berpuasa dan mengimpikan syahid. Tapi aku yang hanya bergelar student ni mudah patah semangat walhal musuh aku hanya satu ; kertas ujian. Senjata aku hanya satu... tak sesuai... Senjata aku hanya ada dua ; pensel dan pemadam. Selain daripada kertas ujian, musuh aku nafsu dan syaitan. Kuatlah semangat sikit, ooooiiii....


Semakin dewasa diri aku ni, semakin banyak tokoh-tokoh Islam yang aku kenali. Mereka sepatutnya di jadikan contoh dan teladan. Kehebatan mereka di medan perang tiada tolok bandingnya. Semoga akan ada panglima-panglima sehebat Khalid Al-Walid, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Insya-Allah...

Posted in , , | Leave a comment

Superhero Anak-Anak.

Assalamualaikum.


Semalam aku singgah ke blog Aiman Azlan. Saja-saja singgah takut ada entry baru yang keluar. Lepas tu aku perasan yang dia ada buat entry baru : A Tribute To My Dad. Entry baru di blog dan vlog baru di Youtube. Mula-mula aku hairan kenapa bulan ni banyak sangat cerita tentang kisah pengorbanan seorang ayah pada anaknya. Barulah aku perasan yang bulan ni rupanya ada hari yang di panggil Hari Bapa. Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa kepada mereka yang sudah bergelar bapa beranak satu. Hahahaha... Tak kisahlah berapa banyak anak korang asalkan korang dipanggil bapa, ayah, walid, papa or daddy etc.


Sayang Ayah!



Cerita hal Hari Bapa ni, aku teringat dekat ayah. Ayah aku merupakan seorang pegawai yang bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah Tatau. Hari-hari kena bangun awal dan pulang akhir. Sebab jarak antara rumah dan tempat kerja ayah jauh. Kesian, kan? Tapi kalau dah namanya kerja, apa boleh buat? Terpaksalah ditempuh benda ni. 


Sebelum dia jadi pegawai, ayah macam mak juga. Seorang guru. Dia mengajar BM, PJK, dan KH. Peringkat sekolah rendah sajalah. Ayah juga merupakan jurulatih bolasepak SK St. Anthony Bintulu. Maka tak hairanlah kenapa anak dara dia yang seorang ni boleh tahan juga main bola. Kiranya pembawaan genetik ayah. Hohohoho... Memandai saja aku. 


Benda yang paling sweet bagi aku bila dengan ayah adalah masa aku tahun empat, aku dilantik sebagai pengawas. Masa tu kena pakai neck tie. Aku manalah reti pakai barang-barang lelaki ni. Jadi aku akan bangunkan ayah dan minta dia pasangkan neck tie untuk aku. Kalau tak silap aku, hampir setiap pagi hari Isnin dia akan bangun untuk atur neck tie pengawas tu. Lepas tu, aku fikir dah tiba masanya untuk aku belajar dari ayah macam mana nak guna neck tie. Tanpa keberatan, ayah pun ajar. Sampai sekarang aku masih ingat macam mana nak guna neck tie. Kalau aku kahwin satu hari nanti, bolehlah aku aturkan neck tie suami aku. Insya-Allah.


Walaupun ayah selalu out of town, aku tahu jauh di sudut hatinya dia sentiasa sayangkan aku dan adik. Mesti ada perasaan rindu pada kami. Alah... Jangan di tanya macam mana aku tahu. Aku anak of course-lah aku tahu.


Ucapan buat ayah :

Ayah, you are the best man I ever met.
Walaupun kita selalu bergaduh tentang hal kecil
Sentiasa berbeza pendapat, fahaman dan persepsi
Namun dikau tetap menghormatiku.


Sering kali akal fikiran mengeluarkan pertanyaan aneh
Akan tetapi dikau menjawab penuh dengan hujah serta bukti
Tidak menyembunyikan apa-apa pun dariku
Soalan sejarah merupakan soalan kegemaranku
Dan dikau menjawabnya seolah-olah dikau hidup pada zaman dahulu


Satu hari nanti, aku tidak mahu jadi sepertimu
Kerana aku mahu lebih berjaya darimu
Lalu kita boleh berbincang tentang apa-apa saja isu
Berdebat, berbahas dan mengupas segala-galanya


Dan semoga waktu itu, dikau masih ada di sisiku. 


Posted in | Leave a comment

Semoga Sehingga Ke Jannah

Assalamualaikum.


Musim cuti, memang musim orang melangsungkan majlis akad nikah, majlis resepsi, majlis pertunangan dan pelbagai lagi majlis-majlis yang sama waktu dengannya. So, semalam aku menghadiri satu majlis persandingan penulis novel iaitu Nurul Nazwa bersama pasangannya. 

Malas nak cakap banyak so, aku postkan gambar saja.



Ahli-ahli Protokol =)


Sama-sama 









Semoga sehingga ke jannah. Ameen ya rabb.


Novel berjudul 'Kurung Biru Untuk Alia' adalah novel terbaik karya Nurul Nazwa. Itu bagi akulah. =)


Posted in , | Leave a comment

Mulailah Rindu


Hidup ini penuh dengan liku.
Penuh dengan cabaran, dugaan dan ujian dariNya.
Kita cuba lalui hari-hari tersebut dengan penuh kesabaran
Bersertakan iman dan semangat yang teguh
Dengan harapan pada penghujungnya nanti
Kita menjadi orang yang lebih kuat, lebih sabar dan lebih beriman.


Namun...


Di antara berjuta-juta manusia yang Allah kirimkan
Ujian, dugaan dan cabaran
Berapa ramaikah yang mampu melaluinya?
Melaluinya kerana percaya ada hikmah disebalik ujian itu
Melaluinya kerana percaya Allah itu merindukannya
Melaluinya kerana percaya dugaan itu hanya buat orang yang hebat


Sudah lama kita tidak berbual denganNya
Tahajjud malam terpaksa ditinggalkan kerana rasa letih itu lebih menguasai
Surat-surat cinta terpaksa ditundakan bacaannya kerana kesibukan kerja
Waktu solat, kita tetap dirikan tetapi itu pun dalam keadaan tergesa-gesa
Kerana banyak kerja yang sudah di tunda
Maka mulailah Sang Pencinta merindukan kita


Malaikat Jibril menjadi perantara
Menghantar hadiah buat kita
Hadiah yang sangat menguji diri kita sebagai hambaNya
Tatkala itu barulah kita mengingatiNya
Tidak cukup waktu satu pertiga malam itu
Untuk berbicara denganNya... Tidak cukup...


Kita mudah alpa
Kita mudah lupa
Kita mudah lalai
Dan kita mudah meminta


Manusia... 
Sememangnya itulah kita.





Posted in | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.