Superhero Anak-Anak.

Assalamualaikum.


Semalam aku singgah ke blog Aiman Azlan. Saja-saja singgah takut ada entry baru yang keluar. Lepas tu aku perasan yang dia ada buat entry baru : A Tribute To My Dad. Entry baru di blog dan vlog baru di Youtube. Mula-mula aku hairan kenapa bulan ni banyak sangat cerita tentang kisah pengorbanan seorang ayah pada anaknya. Barulah aku perasan yang bulan ni rupanya ada hari yang di panggil Hari Bapa. Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa kepada mereka yang sudah bergelar bapa beranak satu. Hahahaha... Tak kisahlah berapa banyak anak korang asalkan korang dipanggil bapa, ayah, walid, papa or daddy etc.


Sayang Ayah!



Cerita hal Hari Bapa ni, aku teringat dekat ayah. Ayah aku merupakan seorang pegawai yang bekerja di Pejabat Pelajaran Daerah Tatau. Hari-hari kena bangun awal dan pulang akhir. Sebab jarak antara rumah dan tempat kerja ayah jauh. Kesian, kan? Tapi kalau dah namanya kerja, apa boleh buat? Terpaksalah ditempuh benda ni. 


Sebelum dia jadi pegawai, ayah macam mak juga. Seorang guru. Dia mengajar BM, PJK, dan KH. Peringkat sekolah rendah sajalah. Ayah juga merupakan jurulatih bolasepak SK St. Anthony Bintulu. Maka tak hairanlah kenapa anak dara dia yang seorang ni boleh tahan juga main bola. Kiranya pembawaan genetik ayah. Hohohoho... Memandai saja aku. 


Benda yang paling sweet bagi aku bila dengan ayah adalah masa aku tahun empat, aku dilantik sebagai pengawas. Masa tu kena pakai neck tie. Aku manalah reti pakai barang-barang lelaki ni. Jadi aku akan bangunkan ayah dan minta dia pasangkan neck tie untuk aku. Kalau tak silap aku, hampir setiap pagi hari Isnin dia akan bangun untuk atur neck tie pengawas tu. Lepas tu, aku fikir dah tiba masanya untuk aku belajar dari ayah macam mana nak guna neck tie. Tanpa keberatan, ayah pun ajar. Sampai sekarang aku masih ingat macam mana nak guna neck tie. Kalau aku kahwin satu hari nanti, bolehlah aku aturkan neck tie suami aku. Insya-Allah.


Walaupun ayah selalu out of town, aku tahu jauh di sudut hatinya dia sentiasa sayangkan aku dan adik. Mesti ada perasaan rindu pada kami. Alah... Jangan di tanya macam mana aku tahu. Aku anak of course-lah aku tahu.


Ucapan buat ayah :

Ayah, you are the best man I ever met.
Walaupun kita selalu bergaduh tentang hal kecil
Sentiasa berbeza pendapat, fahaman dan persepsi
Namun dikau tetap menghormatiku.


Sering kali akal fikiran mengeluarkan pertanyaan aneh
Akan tetapi dikau menjawab penuh dengan hujah serta bukti
Tidak menyembunyikan apa-apa pun dariku
Soalan sejarah merupakan soalan kegemaranku
Dan dikau menjawabnya seolah-olah dikau hidup pada zaman dahulu


Satu hari nanti, aku tidak mahu jadi sepertimu
Kerana aku mahu lebih berjaya darimu
Lalu kita boleh berbincang tentang apa-apa saja isu
Berdebat, berbahas dan mengupas segala-galanya


Dan semoga waktu itu, dikau masih ada di sisiku. 


Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.