Hidup ini penuh dengan liku.
Penuh dengan cabaran, dugaan dan ujian dariNya.
Kita cuba lalui hari-hari tersebut dengan penuh kesabaran
Bersertakan iman dan semangat yang teguh
Dengan harapan pada penghujungnya nanti
Kita menjadi orang yang lebih kuat, lebih sabar dan lebih beriman.
Namun...
Di antara berjuta-juta manusia yang Allah kirimkan
Ujian, dugaan dan cabaran
Berapa ramaikah yang mampu melaluinya?
Melaluinya kerana percaya ada hikmah disebalik ujian itu
Melaluinya kerana percaya Allah itu merindukannya
Melaluinya kerana percaya dugaan itu hanya buat orang yang hebat
Sudah lama kita tidak berbual denganNya
Tahajjud malam terpaksa ditinggalkan kerana rasa letih itu lebih menguasai
Surat-surat cinta terpaksa ditundakan bacaannya kerana kesibukan kerja
Waktu solat, kita tetap dirikan tetapi itu pun dalam keadaan tergesa-gesa
Kerana banyak kerja yang sudah di tunda
Maka mulailah Sang Pencinta merindukan kita
Malaikat Jibril menjadi perantara
Menghantar hadiah buat kita
Hadiah yang sangat menguji diri kita sebagai hambaNya
Tatkala itu barulah kita mengingatiNya
Tidak cukup waktu satu pertiga malam itu
Untuk berbicara denganNya... Tidak cukup...
Kita mudah alpa
Kita mudah lupa
Kita mudah lalai
Dan kita mudah meminta
Manusia...
Sememangnya itulah kita.