Hebatnya Mereka!


Assalamualaikum.




Hari Ahad yang lepas aku beli sebuah buku yang bertajuk 'Pahlawan-Pahlawan Yang Benar' karya Abdul Latip Talib. Buku tu gabungan di antara buku-buku pahlawan serta panglima tentera Islam yang hebat iaitu Khalid Al Walid, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh. Buku Khalid Al-Walid aku dah baca habis. Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh pun aku dah baca tapi rasa macam tak puas pula baca sekali. Buku yang belum aku baca adalah Tariq bin Ziyad, si pembebas Andalusia (kini dikenali sebagai Sepanyol).


Bila baca buku tentang panglima-panglima hebat Islam ni, pernah terdetik di hati aku bagaimana rasanya menjadi salah seorang daripada mereka. Memegang pedang dan menunggang kuda bagi menyebarkan syiar Islam. Niat hanya satu iaitu menegakkan agama Allah. Matlamat mereka sungguh luar biasa iaitu mengejar syahid. Apabila berdepan dengan musuh-musuh Allah, mereka mempunyai dua pilihan ; memperolehi kemenangan atau memiliki syahid.


Bolehkah aku menjadi seperti Khalid Al-Walid, si pedang Allah?
Bolehkah aku menjadi seperti Tariq bin Ziyad, si pembebas Andalusia?
Bolehkah aku menjadi seperti Salahuddin Al-Ayyubi, si penakluk Jerusalem?
Dan bolehkah aku menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, si pembuka kota Konstantinopel?


Di siang hari mereka berpuasa dan apabila malam mereka melakukan ibadat kepada Tuhan yang maha Esa. Jiwa mereka bergitu kental dan hebat. Pada zaman millinium ini, masih adakah lagi anak-anak muda yang berjiwa besar seperti mereka? Sukar untuk di cari. Sukar...


Bila aku hilang semangat nak belajar, buku-buku sejarah Islam akan dibuka. Melalui pembacaan tu, aku akan mendapat satu inspirasi bagi meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang pelajar. Yalah, malulah sikit dengan para panglima tentera Islam kita. Diorang penuh semangat menegakkan agama Allah, melawan musuh ketika berpuasa dan mengimpikan syahid. Tapi aku yang hanya bergelar student ni mudah patah semangat walhal musuh aku hanya satu ; kertas ujian. Senjata aku hanya satu... tak sesuai... Senjata aku hanya ada dua ; pensel dan pemadam. Selain daripada kertas ujian, musuh aku nafsu dan syaitan. Kuatlah semangat sikit, ooooiiii....


Semakin dewasa diri aku ni, semakin banyak tokoh-tokoh Islam yang aku kenali. Mereka sepatutnya di jadikan contoh dan teladan. Kehebatan mereka di medan perang tiada tolok bandingnya. Semoga akan ada panglima-panglima sehebat Khalid Al-Walid, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Insya-Allah...

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.