(Di tulis pada 13/8/2013 dan di siarkan pada 14/8/2013)
|
Suicide/Bunuh diri/Suicidium |
- Berdasarkan
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bunuh diri diberi takrifan sebagai mengambil
nyawa sendiri dengan sengaja.
- Manakala
perkataan ‘suicide’ pula berasal dari perkataan Latin iaitu sucidium yang
membawa maksud ‘to kill yourself’.
Assalamualaikum.
Malam
semalam aku buat kerja rumah yang telah diberikan oleh ustazah sempena cuti
hari raya. Seriously, raya pun macam tak raya sebab beraya dengan kerja rumah.
Disebabkan sangat khusyuk menonton American’s
Got Talent Season 5 yang disiarkan oleh NTV7, paginya aku bangun akhir.
Pagi dan petang langsung aku tak sentuh kerja rumah sebab TV3 memaparkan
cerita-cerita yang best. TV3, terima kasih kerana telah melalaikan saya.
Tengah-tengah
malam buat kerja rumah, tambahan pula siapkan tajuk pengurusan jenazah,
menjadikan aku seram sejuk mengingatkan kematian. Perghhh... Meriau bulu roma!
Kemudian, aku teringat dengan satu cerita lakonan Aamir Khan, ‘3 Idiots’. Dalam
cerita tersebut ada mengisahkan seorang pelajar kejuruteraan yang kecewa sangat
tak dapat graduasi akhirnya bunuh diri. Namun bagi Rancho (watak Aamir Khan),
hal berkenaan bukanlah suicide akan
tetapi murder! Nak tahu kenapa dia
anggap sebuah pembunuhan dan bukannya membunuh diri? Kena tengok sendiri.
Sekarangkan zaman moden, tak susah mana pun nak cari filem yang ‘free to watch’.
BUNUH
DIRI/SUICIDE
Satu
juta penduduk dunia mati kerana membunuh diri. Setiap satu pembunuhan diri
berlaku pada setiap 40 saat. Percaya atau tidak, lebih ramai orang yang mati
bunuh diri berbanding mati disebabkan meletusnya peperangan. Membunuh diri juga
merupakan punca utama kepada death
worldwide (kematian diseluruh dunia) di antara umur 15-19 tahun.
Mesti
tak percayakan? Maklumat di atas merupakan hasil kajian dari negara barat. Pada
mulanya aku sendiri tak percaya tetapi itulah realiti sebenar. Kes bunuh diri
sememangnya kes biasa. Walaupun kes biasa namun ia tidak boleh di pandang
remeh-temeh. Gara-gara tekanan, mereka terus membunuh diri sebagai jalan
penyelesaian. Bukan saja tekanan menjadi faktor malah ada pelbagai faktor yang
mendorong seseorang untuk membunuh diri seperti penyakit jiwa, penyalahgunaan
dadah, persekitaran yang tidak menyenangkan dan jenayah.
Aku
yakin Allah menjadikan seorang manusia bukan hanya untuk hidup, kemudian bila
ada masalah lalu fikir bunuh diri merupakan jalan penyelesaian kerana akal
telah pun buntu memikirkan cara menyelesaikan sesuatu masalah. Get a life, man! Takkan Allah ciptakan
manusia dan kemudian untuk mati atas alasan membunuh diri? Semestinya tidak!
Allah jadikan manusia agar kita mengikut segala perintahNya dan menjauhi
laranganNya. Mudah, kan? Allah tak minta lebih dan tak minta kurang.
Kalau
sekarang atau pada masa hadapan pernah terfikir bunuh diri merupakan jalan
TERBAIK, fikir masak-masak. Sebagai orang Islam, kita tahu bunuh diri adalah
haram. Kalau buat juga, tak disoal siasat oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir.
Terus masuk neraka. Rugi sajakan kalau dulu hidup di dunia ada buat ibadat
kepada Allah, tiba-tiba bunuh diri terus masuk neraka. Fikirlah juga apa yang
akan terjadi kepada keluarga kita atau orang-orang yang kita sayang kalau kita
bunuh diri. Mesti mereka kata kenapa dalam banyak-banyak jalan, jalan tersebut
juga dipilih padahal hidup ini ada banyak pilihan.
Kita
diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, kita perlu juga mencari
rezeki untuk ‘survive’ dalam dunia yang sementara. Jangan lupa kita hanyalah
musafir di atas jalanan hidup. Dunia ini adalah perjalanan dan kita ialah
musafir. Akhirat merupakan negeri abadi. Dalam perjalanan menuju negeri abadi, give something to community. Kalau pakar
dalam sesuatu bidang, sumbangkan kepakaran kau kepada komuniti. Kalau kau
seorang guru, ajarlah. Kalau kau seorang arkitek, binalah. Kalau kau seorang
doktor, rawat dan bedahlah. Kalau kau seorang peguam, tegakkanlah. Begitu juga
kepada lain-lain pekerjaan.
MATI
ITU PASTI. AMATLAH PASTI DAN SEMUA ORANG AKAN MERASAI MATI.
Memang
semua orang akan mati. Tapi macam mana cara kita mati? Adakah kita akan mati
dalam keadaan yang baik atau sebaliknya? Itu semua dalam pengetahuan Allah dan di luar kekuasaan kita.
Biarlah masa yang menentukan kematian kita dan bukannya kita yang menentukan
kematian. Biarkan Malaikat Izrail melakukan kerjanya dan bukan kita melakukan
kerja Malaikat Izrail.