Tiada Lagi Di Sisiku

Assalamualaikum.


Tahun lepas, ada seseorang minta hadiah hari lahir dia dari aku. Kemudian dia beritahu aku, isteri dia hantar present birthday untuk dia. Aku hanya boleh tersenyum dan tak mampu untuk berkata apa. Tahun ni, aku dah rancang untuk sambut birthday dia. Namun, Allah menguji aku dengan perpindahan dia. Pendek kata, rancangan aku 'GAGAL'.

Manusia hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan. 

Dalam blog ni, banyak kali aku mention nama guru kesayangan aku ni. Dua entry khas aku buat untuk dia sebagai tanda aku menghargai jasa-jasa dia. Walaupun aku tak kenal dia lama macam mana aku kenal Mr. Hakim, dalam tempoh yang pendek tu aku belajar banyak benda. Kadang-kadang, ilmu yang aku dapat dari dia membuatkan aku ketawa tak berhenti dan kadang-kadang ilmu yang aku dapat dari dia juga membuatkan aku menitiskan air mata.


Hampir kesemua pelajar suka dengan cikgu tu. Kata diorang, kalau hal kerja rumah tak siap dia bagi peluang untuk siapkan. Hal inilah yang menyebabkan pelajar terlalu manja sehingga tak siap kerja rumah yang diberi. Hahahaha... Apa yang seronoknya juga belajar dengan cikgu ni, dia suka sangat mengajar diluar kelas (sometimes). Aku bab-bab belajar luar kelas ni memang suka. Last year kelas aku dekat block D. Block paling hujung dalam kawasan sekolah. Sudahlah hujung, kelas paling atas lagi tu! Alah, dia pun sebenarnya mana rajin nak panjat tangga masuk kelas kami. So, dia mengajar sajalah dekat Ruai Seroja. Best wooo!


Tahun ni, tahun yang cukup-cukup mencabar bagi aku. Macam-macam benda yang terjadi dekat aku sampaikan aku sendiri simpan rasa marah, kecewa dan sedih lantas tak fokus belajar. Bila tiba satu ujian yang sangat hebat Allah berikan pada aku, sampaikan aku  hilang keyakinan diri untuk tegakkan keadilan, dia menjadi orang pertama aku cari untuk meluahkan masalah yang menimpa. Nasihat dia simple saja untuk aku : Berani kerana benar. Takut kerana salah. Kemudian dia suruh aku senyum dan aku pun tersenyum. Senyum tu senyumlah juga tapi aku tetap menangis.


Sekarang dia dah tak ada di sisi aku lagi. Permohonan pulang ke Semenanjung Malaysia diluluskan oleh pihak atasan. Andaikan aku yang menjadi orang atasan, memang aku tak bagi kelulusan. Namun apakan daya, aku merupakan seorang pelajar. Cikgu kesayangan aku tu ditempatkan di salah sebuah sekolah di Selangor. Ayah cakap Selangor memang banyak kekosongan guru. Kata ayah lagi, ramai guru yang menolak untuk mengajar di Selangor disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Itu kata ayahlah, bukan kata aku. Dengar cerita dari Mr. Hakim, dia mengajar subjek Sejarah dan Bahasa Melayu. Hahahaha... Tak sangka guru Perdagangan dan Keusahawanan boleh jadi guru mengajar fakta akan kisah lampau dan bahasa.


Cikgu Mohd. Khairul Adly bin Ismail, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke... Hohoho... Malas nak kabo. Saya dah tahu berapa umur cikgu tahun ni. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sentiasa di dalam selimut rahmat dan perlindungan Allah. Ameen... Oh, ya! Bepang sebaldi jangan lupa pos lajukan untuk saya ya? Sampai hari ni saya mengidam nak makan bepang yang diberi oleh cikgu. Hahahaha..


Secara zahirnya, dia tiada lagi di sisi...
Akan tetapi, kenangan bersamanya sentiasa ada di 'memori'.



Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.