365 Hari/48 Minggu/ 12 Bulan/ 1 Tahun

Assalamualaikum.


Alhamdulilah.. 1 Tahun Sudah! =)


Setiap kali menjelang 20haribulan, aku menghitung bulan yang tinggal untuk mencukupkan satu tahun. Tanggal 20/08/2012 merupakan tarikh terpenting dalam hidup aku kerana telah ditinggal oleh seorang kekasih. Hidup mesti diteruskan biarpun sukar tanpa kehadiran orang yang tersayang. Hati perlu tabah dan kaki harus kuat bagi berjalan sendiri. Dan 20/08/2013 bersama 13 Syawal 1434H yang lalu, genaplah setahun sempena aku ‘single’.


Satu tahun.


Ada yang berpandangan angka satu itu nilainya tidak sehebat angka yang lain. Namun jika tahun itu ditukarkan kepada bulan, maka jumlahnya menjadi 12 kerana satu tahun ada 12 bulan. Dalam 12 bulan itu adanya 48 minggu dan dalam 48 minggu itu adanya 365/366 hari. Angkanya dan nilainya menjadi membesar, membesar dan membesar. Sepanjang satu tahun/12 bulan/48 minggu dan 365 hari itu pelbagai perkara boleh berlaku. Jatuh bangun, suka duka dan susah senang. Sememangnya tiada lautan yang tidak pernah bergelora dan tiada awan yang tidak pernah mendung. Ujian dihadirkan bagi menguji iman dan orang yang hebat saja akan menerima ujian yang hebat dari Sang Pencipta.


Bila berjanji, mestilah ditepati. Janji mengenai aku tidak akan bercinta selagi masih bergelar seorang pelajar, sehingga kini masih lagi aku pegang. Tidak berani untuk aku melanggarnya kerana tidak mahu digelar sebagai munafik atau si pemungkir janji. Mengapa aku berani untuk melafazkan janji? Kerana aku tahu akan kemampuan diri sendiri.



Tipulah untuk aku tidak merasai cemburu pada teman-teman yang sudah ada kekasih. Bersikap romantis di hadapanku, iman juga boleh tergugat apabila melihat. Hei, aku juga ada kekasih. Allah dan Rasul itu adalah kekasih sejati. Tidak perlu untuk kau meminta izin untuk bercinta malah Dia lebih menyukainya. Terkadang, pernah terbit pertanyaan dimanakah akanku tumpahkan kasih sayangku ini? Mak ayah, kawan-kawan dan guru-guru ada. Berkasih sayang antara manusia lain sememangnya digalakkan dalam Islam. Batasannya bukan pada kekasih saja kerana maknanya luas.



“Perjuangan mu masih selagi hayat dikandung badan dan perjuang belum selesai.”



Itulah kata-kata guru kesayanganku setelah aku memaklumkan hal ini kepadanya. Sepatutnya aku menyambut ulangtahun pertamaku ini bersama-sama dengannya tetapi sayang ‘perpisahan’ menggagalkan rancangan. Apalah guna Facebook andai tidak boleh berfungsi menghubungkan kami.



Ya, perjuangan masih belum selesai. Dihadapanku mungkin Allah sudah menyediakan ujian-ujian yang hebat buatku. Dia yang menciptakan dan membenarkan aku bernafas di bumi ini, maka Dialah jua yang tahu akan kekuatan hambaNya. Pengalaman merupakan guru yang terbaik. Sejarah memberikan pengajaran untuk dijadikan teladan. Doa adalah senjata. Sudah tiba masanya untuk aku berdikari bagi melalui ranjau berduri.



Semoga Allah bersamaku walaupun aku sendiri tahu Dia tidak pernah meninggalkan hambaNya sendirian. Insya-Allah.


Nurul Al-Fateh
22 Ogos 2013 / 15 Syawal 1434H

Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.