Biarkan Terjadi Dengan Sendirinya

(Di tulis pada 13/8/2013 dan di siarkan pada 14/8/2013)


Suicide/Bunuh diri/Suicidium




  • Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, bunuh diri diberi takrifan sebagai mengambil nyawa sendiri dengan sengaja.
  • Manakala perkataan ‘suicide’ pula berasal dari perkataan Latin iaitu sucidium yang membawa maksud ‘to kill yourself’.



Assalamualaikum.

Malam semalam aku buat kerja rumah yang telah diberikan oleh ustazah sempena cuti hari raya. Seriously, raya pun macam tak raya sebab beraya dengan kerja rumah. Disebabkan sangat khusyuk menonton American’s Got Talent Season 5 yang disiarkan oleh NTV7, paginya aku bangun akhir. Pagi dan petang langsung aku tak sentuh kerja rumah sebab TV3 memaparkan cerita-cerita yang best. TV3, terima kasih kerana telah melalaikan saya.

Tengah-tengah malam buat kerja rumah, tambahan pula siapkan tajuk pengurusan jenazah, menjadikan aku seram sejuk mengingatkan kematian. Perghhh... Meriau bulu roma! Kemudian, aku teringat dengan satu cerita lakonan Aamir Khan, ‘3 Idiots’. Dalam cerita tersebut ada mengisahkan seorang pelajar kejuruteraan yang kecewa sangat tak dapat graduasi akhirnya bunuh diri. Namun bagi Rancho (watak Aamir Khan), hal berkenaan bukanlah suicide akan tetapi murder! Nak tahu kenapa dia anggap sebuah pembunuhan dan bukannya membunuh diri? Kena tengok sendiri. Sekarangkan zaman moden, tak susah mana pun nak cari filem yang  ‘free to watch’.


BUNUH DIRI/SUICIDE



Satu juta penduduk dunia mati kerana membunuh diri. Setiap satu pembunuhan diri berlaku pada setiap 40 saat. Percaya atau tidak, lebih ramai orang yang mati bunuh diri berbanding mati disebabkan meletusnya peperangan. Membunuh diri juga merupakan punca utama kepada death worldwide (kematian diseluruh dunia) di antara umur 15-19 tahun.



Mesti tak percayakan? Maklumat di atas merupakan hasil kajian dari negara barat. Pada mulanya aku sendiri tak percaya tetapi itulah realiti sebenar. Kes bunuh diri sememangnya kes biasa. Walaupun kes biasa namun ia tidak boleh di pandang remeh-temeh. Gara-gara tekanan, mereka terus membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Bukan saja tekanan menjadi faktor malah ada pelbagai faktor yang mendorong seseorang untuk membunuh diri seperti penyakit jiwa, penyalahgunaan dadah, persekitaran yang tidak menyenangkan dan jenayah.

Aku yakin Allah menjadikan seorang manusia bukan hanya untuk hidup, kemudian bila ada masalah lalu fikir bunuh diri merupakan jalan penyelesaian kerana akal telah pun buntu memikirkan cara menyelesaikan sesuatu masalah. Get a life, man! Takkan Allah ciptakan manusia dan kemudian untuk mati atas alasan membunuh diri? Semestinya tidak! Allah jadikan manusia agar kita mengikut segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Mudah, kan? Allah tak minta lebih dan tak minta kurang.


Kalau sekarang atau pada masa hadapan pernah terfikir bunuh diri merupakan jalan TERBAIK, fikir masak-masak. Sebagai orang Islam, kita tahu bunuh diri adalah haram. Kalau buat juga, tak disoal siasat oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir. Terus masuk neraka. Rugi sajakan kalau dulu hidup di dunia ada buat ibadat kepada Allah, tiba-tiba bunuh diri terus masuk neraka. Fikirlah juga apa yang akan terjadi kepada keluarga kita atau orang-orang yang kita sayang kalau kita bunuh diri. Mesti mereka kata kenapa dalam banyak-banyak jalan, jalan tersebut juga dipilih padahal hidup ini ada banyak pilihan.


Kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, kita perlu juga mencari rezeki untuk ‘survive’ dalam dunia yang sementara. Jangan lupa kita hanyalah musafir di atas jalanan hidup. Dunia ini adalah perjalanan dan kita ialah musafir. Akhirat merupakan negeri abadi. Dalam perjalanan menuju negeri abadi, give something to community. Kalau pakar dalam sesuatu bidang, sumbangkan kepakaran kau kepada komuniti. Kalau kau seorang guru, ajarlah. Kalau kau seorang arkitek, binalah. Kalau kau seorang doktor, rawat dan bedahlah. Kalau kau seorang peguam, tegakkanlah. Begitu juga kepada lain-lain pekerjaan.


MATI ITU PASTI. AMATLAH PASTI DAN SEMUA ORANG AKAN MERASAI MATI.


Memang semua orang akan mati. Tapi macam mana cara kita mati? Adakah kita akan mati dalam keadaan yang baik atau sebaliknya? Itu semua dalam pengetahuan Allah dan di luar kekuasaan kita. Biarlah masa yang menentukan kematian kita dan bukannya kita yang menentukan kematian. Biarkan Malaikat Izrail melakukan kerjanya dan bukan kita melakukan kerja Malaikat Izrail. 





Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.