Assalamualaikum.
Perut saya lapar tapi tak tahu nak makan apa. Biasanya saya tak akan sentuh kuali/periuk/periuk nasi selepas jam 7 malam. Memang prinsip saya macam tu. Tapi entah kenapa perut ni boleh 'rap' minta makan pula. Hurmmm... Kalau time puasakan best. Tak payah risau sangat fikir fasal makan... Huhuhu... Malangnya ini bukan bulan puasa.
Rasa pelik dengan tajuk di atas? Hahaha... Muda-muda dah fikir sal calon suami. Memang giler lah! Tapi bersiap sedia dari awallah bagus.
Saya ni agak memilih sikit kalau fasal suami-suami ni (calon sebenarnya. belum salam dengan tok kadi). Saya dah tetapkan syarat-syarat. Nak tahu apa syarat-syaratnya. Saya punya syarat lain dari yang lain tau!
Calon saya suami saya mestilah seperti orang-orang yang berikut:::
1. Ustaz Faez (tahu mengenai hal agama)
2. Cikgu Hakim (hebat mengenai Sejarah)
3. Cikgu Khairul Adly ( tahu mengenai perniagaan or bahasa orang koperat bisnes)
4. Cikgu Ediazrani (romantis dengan bini and macho)
5. Mr. Chang (suka tersenyum)
6. Mr. Sze (pakar jawab soalan Math)
7. Cikgu Vyner (majulah sukan untuk negara.. hehehe aktif bersukanlah)
8. Cikgu Tun Arafi ( pandai kaunseling orang)
Dan syarat-syarat seterusnya adalah :::
-hormat mak bapa. Tak kisah mak bapak sendiri or mertua.
-jaga solat, puasa, bayar zakat dan yang sewaktu dengan hal yang berkaitan dengannya.
-tak merokok (saya ANTI lelaki merokok)
-tak berlagak, sombong, angkuh dan yang sama kawasan dengannya
-jangan kaya harta tetapi miskin ilmu
-mempunyai pekerjaan tetap
Hehehe... Saya sebenarnya tak adalah strict sangat sebenarnya. Saya terima siapa saja jodoh saya asalkan dia faham apa maksud apabila dia dah bersalam dengan wali saya ketika majlis akad nikah. Tetapi kalau jodoh saya seperti yang di atas.. Syukur alhamdulilah...
Ada sebab-sebab kenapa saya pilih guru-guru saya sebagai contoh.
So kalau ada yang terfikir nak kahwin dengan saya, sila fikir berkali-kali sebab saya seorang yang CEREWET! Terutama dalam hal jodoh.
p/s:: Budak macam saya otak kadang tak betul.