Perbahasan : Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Urusan Rasmi Kerajaan

Assalamualaikum.

Malam ni, tiba-tiba pula sejuk. Wah! Inilah yang best! Okey, saya tak nak cakap banyaklah. Topik or kes kita untuk hari ini (lebih tepat malam ini) adalah mengenai Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Urusan Rasmi Kerajaan. Pada hari Selasa yang lepas, 24 April, kawan saya mengikuti pertandingan perbahasan sempena bulan bahasa. Dia dapat tajuk seperti yang di atas. Saya simpanan saja. Dia pun mula rasa risau sebab tajuk tu memberi peluang kemenangan yang sangat besar kepada pihak pencadang. Dia pula mendapat status PEMBANGKANG. 


Di sebabkan dia menjadi pembangkang, kiranya tajuk dia adalah PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM URUSAN KERAJAAN. Nak tahu apa isi-isi dia?


Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa perantaraan yang di gunakan oleh penduduk dunia. Sememangnya tidak dapat di nafikan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ibunda yang perlu di beri perhatian tetapi perlukah dalam setiap perkara kita menggunakan bahasa Melayu?


1.

Apabila berkait rapat mengenai perniagaan, urusan yang di jalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan. Seandainya bahasa Melayu yang di gunakan, apakah orang yang menjalinkan perniagaan dengan kita memahami setiap percakapan menggunakan bahasa Melayu? Perniagaan adalah salah satu penjana ekonomi negara. Jika tiada pekerja yang benar-benar di latih berbahasa Inggeris, bagaimana mereka hendak menjalinkan perniagaan dengan negara-negara lain? Selain itu, bahasa Inggeris mempunyai perkataan-perkataan yang lebih tepat untuk merujuk pada sesuatu hal yang berkaitan dengan perniagaan. 



2.

Masih ingat dengan lawatan Perdana Menteri Britain, David Cameron ke Malaysia pada 12 April 2012? Pengunaan bahasa Inggeris bagi menjalinkan hubungan antara dua negara. Kita sememangnya memerlukan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan berbanding bahasa Melayu. Cuba bayangkan kalau PM kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan, adakah PM Britain faham? Terang lagi bersuluh, bahasa Inggeris amat di perlukan dalam urusan luar negara.



3.

Akhir sekali adalah, Perdana Menteri kita berkata beliau bangga dengan penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia. Sedangkan terdapat pekeliling mengatakan penggunaan bahasa Melayu wajib dalam urusan kerajaan. Pelik bukan? Sebelum kerjaan ingin mengubal pekeliling untuk pengunaan bahasa dalam urusan rasmi kerjaan, kajilah hal berikut sebetul-betulnya. 


Sebenarnya adakah orang Malaysia 100% menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan seharian mereka? Mungkin hanya segelintir.


Inilah isi-isi dia. Bunyi macam menghina Bahasa Melayu saja, kan? Hehehe... Ini bukan nak menghina okey? Ini perbahasan. Ahli dewan yang tak di iktiraf. Hehehe.


Tapi macam mana pun, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa ibunda kita yang patut kita menjulang tinggi.



'Ahli dewan' simpanan ::: Nurul Syahmah Binti Matsah :))
Pihak pembangkang dapat mengalahkan pihak pencadang. Tahniah kepada Nurul Ashirah!

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.