Assalamualaikum...
Yearh! Menyempat juga tulis entry. Esok saya akan cuti. Ada urusan peribadi yang telah memaksa saya cuti. Cuti memanglah cuti tetapi kena belajar juga. Dah namanya pelajar,kan? Tak akan pergi jauh dari memegang buku.Tapi sekarang saya kena fokuskan kepada Matematik sebab Matematik saya FAILED! Dan yang paling membuat saya risau adalah SEJARAH sebab dapat B. Sungguh tak memuaskan! Tak apa, belajarlah, kan? Kalau tak belajar macam mana nak lulus periksa?
Hari ini kita akan membincangkan topik mengenai GEJALA SOSIAL ---- Sorry, salah. Punca-punca gejala sosial sebenarnya. Lupa nak letak PUNCA-PUNCA.
Masalah gejala sosial semakin hari semakin menjadi-jadi, kan? Apa puncanya? Bagaimana hendak mengatasinya? Okey, lets scroll down... ^_^
Salah satu puncanya adalah salah memilih kawan. Memang inilah punca yang sangat popular. Kawan/sahabat/teman adalah orang yang paling rapat dengan kita. Kita lebih selesa untuk menceritakan masalah kita atau berkongsi cerita dengan mereka. Tapi kalau salah pilih kawan macam mana? Memang dengan mudahnya kita terjebak dalam masalah gejala sosial.
-- Kita ada di beri akal untuk berfikir. Kalau dah masuk sekolah menengah, mestilah tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Pengaruh baik kita ikut, pengaruh tak baik kita jadikan teladan. Kalau kita ada kawan yang berperangai tak betul sikit, janganlah kita ikut jejak langkah mereka. Datang ke sekolah dengan niat belajar. Jangan rajin sangat nak melangkahkan kaki ke BILIK DISIPLIN. Sanggup ke nak mencemarkan nama baik sendiri dan keluarga? Fikir jangan dua kali. Fikirlah berkali-kali sebelum nak berkawan dengan orang yang tak betul dia punya perangai okey?
Seterusnya adalah pihak media. Saya pun tak tahu nak salahkan pihak media 100% atau tidak. Tapi tak adalah salah pihak media. Pihak media menyiarkan kita denga cerita-cerita orang barat. Pergaulan orang barat memang bebas. Budak-budak yang naik umur biasanya ada sikap ingin mencuba. Jadi, mereka nak lah juga try.
-- Pihak media tak payahlah siarkan sangat cerita-cerita orang barat ni. Banyak lagi cerita orang Melayu yang lebih baik daripada cerita orang atas angin ni (orang barat). Untuk teladan mungkin tak apa tetapi seboleh-bolehnya kalau ada adegan-adegan yang 17 tahun dan ke bawah tak boleh tengok, tapislah erk? Sebab 'memudaratkan' budak-budak sebenarnya.
Boleh tak kita salahkan orang yang bercerai? Orang yang bercerai ada anak? Orang yang bercerai ni pada kebiasaannya (saya tak maksud semua orang yang bercerai), memikirkan perasaan mereka. Bila dah bercerai, anak akan merasakan itu adalah peluang keemasan. Kalau mak bapaknya jenis sporting lagilah bahaya.
-- Tolonglah, sebelum nak 'berpisah', fikirlah fasal anak tu dulu. Kebajikan mereka. Kesan mereka selepas korang bercerai. Pandangan masyarakat nanti. Jangan dahulukan perasaan. Anak yang penting. Mereka adalah penyambung warisan sesebuah keluarga. Jadi, sebelum bercerai, tataplah wajah anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang korang.
Dan yang terakhir... Jeng jeng jeng!!!! Tak berpegang teguh pada pegangan agama.
Dia orang ni sebenarnya tahu batas-batas pergaulan. Tahu larangan. Cuma mereka tak berpegang teguh saja. Korang belajar agama wei... Tapi saja tak nak ikut. Kononnya rimas! Huh, tak sedar diri betul.
-- Cara mengatasi? Susah nak terang. Kalau para pengajar Pendidikan Islam di sekolah menerangkan sebenar-benarnya mengenai perbatasan pergaulan ni, mereka mungkin faham. Ibubapa pun berperanan untuk mengajar lelaki dan perempuan tak bolehlah melampaui batasan pergaulan. Ilmu yang dah ada jangan sia-siakan. Seperti kata Mutiara Ilmu Islam, Saidina Ali, ilmu lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan kita perlu jaga manakala ilmu pula menjaga kita.
Kita beramai-ramai bersama-sama membanteras masalah sosial yang semakin menjadi-jadi.
Pandangan seseorang pelajar yang tak perlu dipandang:: Nurul Syahmah Matsah :))
p/s ::: yang ada tanda (--) maksudnya cara mengatasi. Yang tak ada tanda adalah punca. Jangan confuse!