Assalamualaikum!
Huh, apa khabar semua? Sihat, kan? Saya pun sihat. Sihat gitu-gitu saja. Busy sikit dengan hal sekolah. Saya nak tanya sikitlah. Pernah kena buli? Tak? Or korang yang membuli? Hehehe... Okey, itulah topik kita. Saya akan bagi DEFINISI BULI, SIAPA YANG ADA POTENSI MENJADI MANGSA BULI dan LANGKAH MENGATASI.
Apa itu B.U.L.I????
Buli itu sebenarnya adalah sebuah perbuatan yang mengasari seseorang. Tetapi buli ini ada pelbagai maksud. Bukan saja perbuatan mengasari seseorang. Orang yang membuli ini sebenarnya ada dua sebab kenapa mereka nak membuli. Satu, nak tunjuk kuat a.k.a bahasa budak zaman sekarang TAIKO! Dua, mungkin dia orang pernah di buli dan ingin membalas dendam. Tapi di antara dua sebab tu, saya yakin sebab yang kedua adalah sebab yang paling banyak mengapa mereka membuli.
Siapa yang ada potensi menjadi mangsa buli????
--- Kalau kita tengok, budak SENIOR yang selalunya jadi pembuli. Yang selalu jadi mangsa buli pula adalah pelajar JUNIOR. Budak NERD pun selalu jadi mangsa, kan? Tapi bukan mereka saja yang biasanya jadi mangsa. Budak yang tak NERD pun boleh jadi mangsa. Macam saya... :)
Saya ada cerita mengenai seorang kawan saya yang di buli.
------ Saya di fahamkan oleh kawan saya, selesai saja dia solat Zuhur, dia mendapati kasut dia di letak gula-gula getah (chew gum), air liur . Bila dia tanya dengan kawan sekelas saya, mereka kata mereka tak tahu. Siapa yang tak bengang? Jadi dia telah suspek beberapa pelajar yang ada di kawasan tersebut.
Pada minggu hadapan pula, dia telah buat laporan mengenai kasut dia tu. Orang ramai menganggap itu adalah hal remeh temeh yang tidak sepatutnya di bawa hingga ke kes disiplin tetapi saya rasa memang orang yang berkata begitu sebenarnya 'KURENG' pandai dan 'KURENG' di ajar mengenai disiplin sekolah. Dalam peraturan sekolah terang lagi bersuluh mengatakan tidak boleh membuli dan akan ada hukuman yang bakal di berikan sekiranya ada pelajar yang telah membuli.
Pihak sekolah jangan menganggap hanya kerana kasut, hal itu di biarkan begitu sahaja. Seharusnya di selidik dan di siasat kes tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini adalah mengenai kes disiplin pelajar yang kian hari kian menjadi-jadi. Jika perkara sebegini boleh di endahkan apa lagi kes membunuh boleh terjadi. Setiap kes yang berlaku perlu di pandang serius. Di sini bukan saya bermaksud bahawa semua pihak sekolah tidak mengambil berat mengenai kes yang berkaitan dengan buli tetapi kadang-kadang hal remeh temeh di biarkan berbulan-bulan tidak di selesaikan. Jangan sudah ibubapa pelajar membuat laporan kepada JPN atau ke Kementerian Pelajaran, baru hendak cari jalan penyelesaian.
Langkah mengatasi???
Senang saja langkah nak atasi. BULI BALIK!!!! (Mak aiiih, melampau sangatlah pula, kan?). Kuatkuasakan peraturan. Jatuhkan hukuman keras kepada orang yang membuli. Setiap pelajar yang belajar di sekolah mempunyai hak masing-masing untuk belajar dalam keadaan aman dan tidak ada perasaan takut untuk datang ke sekolah.
Seterusnya, kalau sekolah yang mampu, pasanglah CCTV. Bagi memudahkan lagi kerja pihak sekolah untuk menyiasat kes buli yang di kendali. Sebenarnya bukan apa kenapa kes buli tu tak pernah selesai, sebab utamanya mereka memerlukan saksi. Setiap penjuru bangunan, di dalam kelas, di dalam tandas atau di mana-mana sahaja kawasan sekolah letaklah CCTV. Dengan pengawasan ini pelajar pun mungkin kurang berani untuk melakukan kerja-kerja membuli sebab ada bukti menunjukkan mereka membuli.
(Awas!)
Jadi, di sini saya ingin katakan, BANTERASLAH KES BULI YANG KIAN HARI KIAN MENJADI-JADI.
Hasil idea sungguh tidak memberi idea :: Nurul Syahmah bt. Matsah. :))