Assalamualaikum...
Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku selalu sangat terfikir tentang sungai. Hati tak pernah tenang. Hanya Allah saja yang tahu. So, ada something aku nak share.
Di pagi yang hening, aku membuka jendela. Melihat mentari yang telah terbit dari ufuk timur. Aku menghirup udara segar yang masih lembap. Aku mengalihkan pandangan ke arah sungai yang mengalir dengan tenang tanpa ada yang mampu menghalang ia daripada terus mengalir.
Aku pun mengambil kesempatan di pagi yang hening untuk menjenguk kembali sungai yang bertahun lamanya ku tinggalkan. Sungai yang banyak menyimpan memori indah. Memori bersama si dia yang pernah bertakhta di hati. Aku mengambil sudut untuk berlabuh pada batu besar dibawah pokok yang rendang. Aliran sungai yang santai begitu menenangkan dan mententeramkan jiwa. Namun aliran itulah yang pernah menjadi deras. Derasnya pernah meragut nyawa si dia yang tersayang. Memori itu diputarkan oleh minda dan dimainkan oleh akal. Bagaimana tangannya melambai-lambai meminta pertolongan. Terjerit-jerit laksana kulit di siat-siat. Dan pada akhirnya, dia hilang dari pandangan. Setelah puas dicari, dia telah tiada. Tiada dalam keadaan begitu tragedi.
Tanpa ku sedari, air mata bak mutiara menitis di pipiku dan sapaan angin bayu mengesat air mataku. Tika itu aku tersedar dari lamunan memori, insan yang aku kenang telah tiada. Hanyalah sebuah ceritera yang diputarkan oleh minda dan dimainkan oleh akal. Ceritera yang duka pada akhirnya.
Benda inilah yang di alami oleh aku lalu dicoretkan dalam bentuk cerita. Cerita ni aku sendiri yang buat tetapi di edit kembali oleh Mr. Khairul Adly. Biarpun ada pelbagai perubahan, tetapi cerita ni buat aku menangis. Entahlah. Ia seakan-akan aku berada di dalam keadaan tersebut.
Sebenarnya aku sendiri dalam keadaan kehilangan orang tersayang. Tapi tak adalah mati lemas. Cuma kehilangan kerana terputus hubungan gitu. Serius aku cakap, aku jadi trauma dan takut bila cerita fasal sungai. Tengok air mengalir, confirm 'orang' tu datang kat aku. Aku hanya menganggap, sebuah khayalan yang tak memberi apa-apa makna kepada aku.
Cikgu Bob, karya itu milik anda. Jiwang karat!!!! Hahaha... Dahsyat2 =)
p/s: makin bertambah trauma aku.. Arghhhh!