Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-49! (Sorry late ucap).
Semalam adalah hari Malaysia dan hari terakhir untuk bulan Syawal. Aku rasa sedih juga, bulan Syawal dah lepas sebab aku tak sempat nak puasa enam tetapi aku rasa gembira sebab dah 49 tahun Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersatu dibawah negara yang bernama MALAYSIA!
Hari ini, aku bukan nak berkata panjang lebar tentang hari Malaysia. Ada cerita yang perlu aku coretkan. Tetapi sebelum tu, aku nak tanya korang. Korang mixed???
Kalau korang tanya aku, aku sendiri pun tak tahu nak kata YA atau TIDAK sebab aku campuran bangsa JAWA dan MELANAU. Mixed ke??? Orang kata, YA. Memang aku mixed.
Aku hidup dalam keluarga yang menggunakan dua bahasa; bahasa Melayu Sarawak dan Melanau Bintulu. Biarpun aku adalah keturunan orang JOWO, tetapi aku sendiri pun tak tahu macam mana nak cakap Jawa. So, siapa Jawa siapa Melanau?
Mak aku adalah Melanau manakala ayah aku pula Jawa. At first, serius aku kata aku memang malu sebab aku berketurunan Jawa. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku malu. Mungkin sebab asal kami adalah dari Kepulauan Jawa Tengah. Ayah aku pernah kata yang nenek moyang aku adalah keturunan yang tinggal di istana di kepulauan tersebut namun di buang negeri. Aku sendiri pun macam tak percaya sebab tak ada bukti yang kukuh. Kan dalam sejarah, kalau sesuatu fakta tu perlulah TEPAT DAN BENAR. Ini tak ada bukti, mana aku nak percaya.??
Tapi keturunan aku ni tak lari juga dari bangsa Jawa sebab nenek sebelah mak aku (kiranya mak kepada mak aku) adalah orang Jawa. Apa yang aku dapat lihat, rata-rata orang Jawa ni tinggal di Kuching. Ada satu perkampungan tu yang dinamakan KOLONG. Kampung ni memang rata-ratanya adalah orang Jawa. Aku faham apa yang mereka kata, cuma tak tahu macam mana nak jawab balik dalam bahasa ibunda mereka.
Sebab itulah setiap kali balik raya, aku akan balik ke Kuching. Masa aku ziarah kazen mazen, anak tunggal, kawan-kawan dan cikgu ayah aku. Mesti dia akan sebut perkataan ni "KOLONGWUN!". Maksudnya adalah ada orang tak dalam rumah. Kalau ada, orang yang berada di dalamnya akan menjawab "MONGGOR!" bukan monggok, ya???
Jadi pernah sekali tu, adik aku tanya dengan ayah aku macam ni : "Ayah, kenapa orang selalu cakap KOLONGWUN?" Dengan selamba badaknya ayah aku jawab : "Sebab kita dekat kolonglah". Adik aku hanya membulatkan mulut sebagai tanda oh. Lepas tu adik aku tanya lagi : "Kalau kita dekat Samarahan, kita kena kata SAMARAHANWUN ke?". Aku dah tak dapat tahan, berderai ketawa hilaiku. Sepupu-sepapat dan mak cik-mak cik aku pun join ketawa. Logik jugalah soalan adik aku.
Area rumah ayah aku, dekat dengan hutan. Bila siang, serius panas menyengat. Kalau malam, sejuk membeku sehingga terasa tulang dekat dalam daging. Tak jauh daripada kampung ayah aku tu, ada sungai. Sungai tu jernih sangat sampai kita boleh nampak apa yang ada di dalamnya. Indah betul... Wah...

(Sekadar Gambar Hiasan!)
Agak pelik dan kekok bagi aku dengan adat-adat orang Jawa ni. Aku kan tak selalu pulang ke Kuching sebab tinggal di Bintulu. So, kadang-kadang terlupa jugalah adat-adat orang Jawa.
------------------------------------------Kisah Orang Jawa Dah Tamat------------------------------------
Seterusnya bercerita pula tentang orang Melanau. Dari aku lahir sampailah besar, aku memang dah biasa bercakap Melanau atau BAIE. Sebab Mak Ngah aku yang ajar aku cakap Melanau. Sebab itulah senang untuk aku dan adik aku berkomunikasi dengan mak aku. Sebab kami bertiga memang tahu cakap Melanau. Yang menjadi masalah adalah ayah aku. Ayah aku memang tak tahu nak cakap Melanau. Sebab itulah kekadang, kalau ada perkara rahsia, kami memang tak akan bercakap Melayu Sarawak. Kami berdua akan bercakap menggunakan dialek Melanau.
Orang Melanau ni tak adalah jauh bezanya dengan orang Melayu. Kebiasaannya, mereka yang berbangsa Melanau ni akan tinggal di pinggir-pinggir sungai. Serius, macam rumah Mak Ngah aku tu. Rumah dekat sangat dengan sungai. Kalau air pasang, memang dekat area bawah rumah akan berair. Tapi apa yang advantage hidup dekat rumah macam tu adalah FREE AIR-COND. Tak perlu nak pakai air-cond yang menggunakan elektrik. Air-cond semulajadi pula tu. SEJUK WEI!!!
Adanya campuran dua bangsa ni, membolehkan aku kenal pada adat-adat yang berlainan. Itulah kelebihan orang yang MIXED macam aku. Dulu memang aku malu untuk mengaku aku adalah orang Jawa tapi sekarang. Tanpa segan silu bila orang tanya aku apa bangsa aku, dengan BANGGAnya aku menjawab JAWA. Biarlah menjadi lain dari yang lain.
Even dekat kelas aku, ramai yang mixed. Tapi yang peliknya budak kelas aku ni, suka sangat gabung nama bangsa. E.g: Cina+Iban : CIBAN. ??? Betul ke? Entahlah...
Kelas aku, macam-macam bangsa ada. Ciban, Kejaman, Kenyah, Bidayuh, Jawa, Bugis dan banyak lagilah. Biarpun kami berlainan bangsa, dan terutamanya berlainan agama. Kami tetap bersatu. Bersatu demi kelas 2A.
Mungkin itulah specialnya kelas 2A. Ke'special'annya terletak pada kaum kami yang berlainan. =)
p/s: Tak perlu malu dengan bangsa anda sendiri. Kerana itu mungkin menjadikan anda dibezakan dengan orang lain. BANGGALAH!!!
-- Still in mood yang amat keletihan kerana semalam OPEN HOUSE. Buat semua guru-guruku yang datang, THANKS A LOT FOR COMING. (Mak guwa kata muka Cikgu Bob, tak ubah macam student dia yang namanya TUN MUZZAFA)

(Contoh)