CINTA umpama COFFEE

Assalamualaikum.. =)


Hai and good morning!!! Aku sekarang dalam mood yang sangat baik. So terus ke topik kita sajalah, ya? Malas aku nak buat mukadimah-mukadimah dalam post entry kali ni.


Ada satu hari tu, masa aku tengah sibuk buat kerja Mr. Chang dalam kelas. Adalah sekelompok budak kelas aku bercerita fasal cerita cinta masing-masing. Cerita cinta mereka semuanya berlainan. Ada yang bahagia dan ada juga yang menyedihkan. Sambil buat kerja, pasang telinga jugalah apa yang mereka cerita. 


Aku tersenyum.


So aku katalah dengan kawan aku macam ni : "Cinta itu umpama coffee. Biarpun ia pahit, tetap ada peminat fanatiknya." Kawan-kawan aku rata-rata setuju. Hahahaha... Kalau korang, setuju tak?


Cuba korang tengoklah. Dalam percintaan ni, pasti ada waktu-waktu kita menelan perkara pahit. Perkara yang menyakitkan hati dan yang sewaktu dengannya, bukan? Tetapi dalam masa yang sama, kita masih menyayangi si dia. Yeah, itu adalah semestinya! 


Orang semua nak cinta yang perfect. Tak nak gaduh-gaduh, tak nak marah-marah or whateverlah! Tetapi sebenarnya kalau dalam percintaan tu tak ada gaduh or marah, how it will be a perfect love? Itulah yang membuatkan dia perfect sebenarnya! Kalau gaduh, gaduh manja-manja sajalah. Janganlah sampai angkat tangan. Itu sudah melampau. (Aku kata bukan hanya ditujukan buat insan bernama lelaki saja. Untuk si wanita juga.)


And kalau serius nak bercinta, buatlah satu ikatan yang sah. JANGANLAH couple lama-lama. Takut syaitan kiri kanan depan belakang menghasut buat maksiat. Kan teruk tu? Its better kalau berkahwin dulu kemudian bercinta. Barulah tahan lama... Siapa kata bercinta selepas kahwin tu payah? Bagi aku, itu adalah lebih baik daripada bercinta dulu kemudian berkahwin. 


Korang nak setuju atau tidak pendapat aku, up to you. Kita manusia terdapat pelbagai definisi tentang cinta. Ada yang umpamakannya bak ombak, angin and yang sama waktu dengannya. But kena always ingat! Cinta kepada Allah itu hanya ada satu definisi. Ia amat membahagiakan dan berkekalan...


Sampai sini saja aku type. Nak blah ke sekolah. But aku nak korang dengar lagu Angkasa dari Diandra Arjunaidi. Best!




p/s: 11/10/12 aku ujian. So tolong doakan untuk aku okey? See you in next entry =)








Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to CINTA umpama COFFEE

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.