UPSR??? Good Luck!



Assalamualaikum...


Pagi-pagi dah tulis entry. Di sebabkan ada masa lapang dan broadband hidup, bolehlah aku tulis entry. Okey, aku ada banyak benda yang nak di ceritakan dalam entry kali ini.


(Saya bekas pelajar SK Asyakirin!)

Mak aku kata, minggu depan dah nak UPSR. So to all candidates, good luck!



Bila teringat fasal UPSR ni, terimbau kembali kisah aku nak UPSR. Serius aku katakan, masa aku sekolah rendah. Aku memang nerd. Biasalah, anak cikgu. Dididik dengan penuh ketegasan tapi ada kasih sayang. Aku rasa, semua orang ada jadual masing-masing, kan? Tapi aku tak. Prinsip aku adalah :::


Di sekolah, kita belajar dan fokus betul-betul. Di luar sekolah, kita ENJOY!!!


Dekat sekolah, aku fokus and belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan 4A 1B. Tapi cikgu dan parents aku paksa aku dapatkan 5A. Aku rasa itu adalah satu bebanan dan tanggungjawab yang tak mudah untuk dipikul. Jadi adalah satu borang dulu namanya borang AKU JANJI. Janji sajalah tapi dalam hati aku, aku target 4A 1B. Mana aku dapat nak target 5A kalau MATH aku tak dapat B? C adalah. Failed pernah juga aku. Aku rasa berkali-kali failed.


Tapi nak tahu sesuatu? Ada seorang cikgu MATH aku ni, namanya Cikgu Mohd. Zaidi bin Ismail. (Dok ada kaitan dengan cikgu Bob aku.) Dia bagi semangat untuk aku belajar. Hari-hari bagi latihan dekat aku untuk pastikan aku mampu dapatkan A. Dalam setiap trial, aku sedikit demi sedikit mampu untuk dapatkan A. Aku hanya tawakal kepada Allah. Kalau the real UPSR aku dapat B, memang layaklah aku dapat. Sebab aku memang malas nak menghitung. Tak tahu kenapalah aku ANTI sangat dengan subjek MATH. 


Bila menjelang UPSR, mak aku ubah cara pemakanan aku. Bagi makanan yang healthy sikit. Aku sangat tidak digalakkan untuk makan benda-benda sepeti keropok dan air gas (minuman berkarbonat). Dan aku sangat dilarang untuk makan KEPALA IKAN sebab mak aku kata kalau makan KEPALA IKAN, pelajar macam aku boleh lupa ingatan. Dok tahulah betul ke dok apa yang mak aku kabo.






Dan sampai hari aku nak duduk UPSR, semua student rasa macam gementar. Mak aku tanyalah aku macam ni ::


"Mak tengok kau ni relaks saja. Tak takut ke nak UPSR?"


Aku jawab mak aku macam ni.


"Perlukah nak takut? Anggap saja UPSR macam ujian trial yang setiap bulan sekolah bagi. Dah usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Keputusannya kalau tak dapat 5A, terima sajalah... Dah itu keputusannya.."


Mak aku hanya tersenyum. Adik aku yang muda setahun dari aku pun hairan kenapa aku ni boleh relax saja masa UPSR. Rahsianya adalah, UPSR bukanlah HANTU untuk di takutkan. Ujian yang diberikan oleh kerajaan.


Lepas saja UPSR, aku BEBAS. Bila keluar keputusan 4A 1B, aku rasa macam biasa saja. Sebab aku sendiri yang dapat teka berapa A yang aku dapat. Aku hanya lakukan setakat mana yang aku mampu. Parents aku tak kecewa malah BANGGA!!! Thanks mak and ayah!!


Even Guru Besar sekolah aku pun bangga dengan aku. Biarpun aku tak mampu dapat 5A macam anak-anak cikgu yang lain, sekurang-kurangnya aku receive RM 1K from my parents. You ada ? I ada...


Balik saja dari sekolah, mak bagi aku satu buku akaun dan dia dah masukkan wang sejumlah RM1 K untuk aku. Katanya wang ni nanti untuk biayai pengajian aku. 


Jangan kecewa dengan keputusan yang kita ada tapi banggalah kerana setakat itu saja kita mampu lakukan. Jangan sedih, sebab SPM masih ada. Itulah penentu segala-galanya. 







p/s: Kelas aku dari primary 1 sampai form 2.

Primary:
1A (tahun berikutnya ditempatkan di kelas ZAMRUD, KELAS PALING CERDIK)
2 Zamrud
3 Zamrud
4 Zamrud
5 Zamrud
6 Zamrud

Secondary:
1A
2A
3 ...? Dok tahu lagi.


Mak aku kata, biarpun keputusan aku taklah hebat macam anak cikgu orang lain. Asalkan aku belajar. Sebab itulah aku bangga dengan 4A 1B. Kerana keputusan itulah dari aku darjah satu sampai form 2 aku masih dalam kelas hadapan.(Pernah juga terniat untuk keluar dari kelas depan ni)

Posted in , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.