Archive for May 2013

My beloved cousin


Assalamualaikum.


Tak sangka masa berlalu dengan cepat. Hari ni dah hari Khamis dan tinggal seminggu lebih lagi untuk menikmati cuti pertengahan tahun. Hurmmm... Andaikan hari-hari adalah hari cuti? Memang nikmat wey! Hahahaha...


Cuti ni aku tak ke mana-mana sebab ada banyak sangat urusan yang belum diselesaikan. Parents aku pun sibok dengan kerja jadi memang tak ke mana-manalah aku cuti kali ni. Disebabkan tinggal lima bulan lagi nak PMR, aku berniat nak belajar Math dari sepupu aku yang paling tua. Kebetulan pula dia balik Bintulu.

Nurhafizah binti Hepni @ Kak Pjah =)
Nurhafizah Hepni atau Kak Pjah merupakan pelajar Finance di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Samarahan. Kak Pjah ni memang terer bab-bab mengira. Walaupun tak semua dia expert, tapi sekurang-kurangnya dia nak mengajar aku math. Mak aku selalu puji Kak Pjah depan aku adik-beradik. Terkadang tercabar jugalah ego aku sebagai seorang sepupu. Tapi apa yang pasti, aku berjaya pecahkan rekod keputusan UPSR Kak Pjah. PMR nanti seboleh-bolehnya aku naklah pecahkan rekod dia tapi susah sikitlah. Dia dapat 7A 1B. Macam mana nak lawan? *face palm*


Kalau berlawan untuk mendapatkan keputusan yang baik, rasanya tak salahkan? Itu namanya persaingan sihat. Oh, ya! Aku nak share something dengan korang tentang Kak Pjah ni. And benda ni sangat-sangatlah di bangga apabila dikongsi dengan korang. Setiap semester, Kak Pjah selalu dapat ANUGERAH DEKAN. Respect arrr... Hari tu Kak Pjah dah konvokesyen untuk dia punya diploma. Sekarang dia sambung belajar lagi untuk dapatkan ijazah.


Pak and Mak Ngah with Kak Pjah
Masuk newspaper. Jeles betol aku!

Lawa gila hang!




So hari ni, mak aku ajak dia makan dekat Secret Recipe. Kenyang gila perut aku!

Nak makan apa akak dan adik?


Hidangan yang paling lambat sampai.
Chocolate Fudge


Posted in , | Leave a comment

Dan Allah Pun Memanggil


Pagi itu aku membaca pernyataan dari seorang teman
Dia bakal melawat adiknya yang tersayang di hospital
Sebagai seorang sahabat dan saudara seagama
Telefon diambil lalu ditekan nombornya
Menunggu talian disambungkan
Maka kami berborak sebentar.


Jauh di sudut hatiku
Aku merasa risau akan dirinya
Sebelum ini dia pernah menangis kerana adiknya
Kami yang diberi gelaran kakak
Sejauh mana pun diri kami ini bersifat garang dan tegas
Tetap ada rasa sayang dan rindu pada adik yang sudah berjauhan


Waktu petang yang terluang di isi dengan pertanyaan
Rasa ingin tahu apa yang telah terjadi pada adiknya
Dia menunggu lama untuk satu pembedahan yang dijalankan pada si adik
Aku juga menunggu penuh sabar berita darinya
Semoga dia di dalam keadaan yang selamat
Semoga semua urusannya dipermudahkan


Aku agak berasa hairan mengapa sahabat tidak lagi mengemaskini mengenai adiknya padaku
Hatiku sudah rasa tidak senang
Astaghfirullahalazim diucap berulang-ulang kali
Menenangkan hati yang sudah gudah gulana tiada henti
Kemudian aku mendapat satu panggilan
Dan panggilan itu dari sahabat.....


"Syah... Adik aku dah tak ada..."
Terkaku apabila aku mendengarnya
Kelu untuk lidah ini berkata
Baru saja bulan lepas aku menemuinya
Cepatnya masa berlalu dan mengambil nyawanya
Cepatnya...


Airmata mengalir tiada henti dan cuba untuk bertenang
Biarpun dia bukan adikku tetapi dia adalah saudara seagamaku
Ya Allah... Dia masih lagi anak kecil
Anak kecil yang baru mahu belajar apa itu erti dunia
Ibu bapanya belum puas melihat dia membesar
Dengan cepatnya Engkau memanggil dia?


Dua hari aku perlukan untuk menerima hakikat ini
Masa amat diperlukan untuk menenang hatiku
Ini bukan masanya untuk aku berduka cita
Aku perlu kuat
Bacaan Yassin dan surah Al-Fatihah ku hadiahkan buat arwah
Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Amin....


Al-Fatihah 





Posted in | Leave a comment

Good Luck. All The Best.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakattuh.


Good Luck or All The Best?



" Apa maksud GOOD LUCK? " Pertanyaan yang di tanya oleh seorang sahabat kepada seorang kawan.


Perkataan good luck memang popular bila time exam. Memang tak di nafikan bahawa pelajar akan menggunakan perkataan tersebut kepada kawan-kawan sekelas dan bukan sekelas dengan harapan diorang boleh menjawab dengan senang dan tenang. Tapi bila sahabat aku tanya kepada kawan aku apa yang dimaksudkan dengan perkataan good luck, seriously mata aku bulat dan terkejut beruk! Guane pulok dia dok tahu good luck tu mende? Hahaha...


Dan aku biarkan saja kawan aku menjawab pertanyaan tersebut...


Pertanyaan sahabat aku bermain di minda buat beberapa hari. Sampailah aku terbaca satu artikel bahasa Inggeris Ameen Misran di LangitIlahi.com . 


Pernah tak kita terfikir (termasuk aku), kalau kita ucap good luck dekat kawan-kawan kita seolah-olah mereka bergantung harap kepada nasib, nasib yang baik atau yang sama sepesis dengan perkataan nasib. Padahal sebelum minggu exam tu diorang dah pun mempersiapkan diri sebaik habis untuk menghadapi exam. Alih-alih, kita pula ucap "Good luck, kawanku!". 


Bila aku baca sampai habis artikel tu, ia membuka satu ruang untuk aku berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Bak kata orang, GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM MENGGUNAKAN HAK BERSUARA. Rasanya aku nak ubah ucapan akulah.


Pulok doh.... Mung nak ucap gapo dengan member-member mung?


Aku nak ucap 'ALL THE BEST'.


Maksud All The Best ni opposite dengan maksud Good Luck di atas. Bergantung harap kepada usaha yang telah dilakukan. 


Ini pendapat aku saja. Tak semestinya dijadikan 'fatwa' dan bahan bahas. Bukankah Malaysia negara demokrasi di mana kita bebas untuk memilih? Suka jiwa korang nak mengucapkan Good Luck atau All The Best kepada kawan-kawan korang. 


Konklusi.

  • Mengharapkan keajaiban akan berlaku, sampai bila-bila pun tak akan berlaku. Melainkan Allah membenarkan ia berlaku, kita tak boleh denied. Usaha penting bro and sis!



p/s:
  • All the best to everything you do!
  • Do your best and Allah will do the rest -Ameen Misran-












Posted in , , | Leave a comment

Nantiku Teroka!

Assalamualaikum.

Lama dah tak update, kan? Macam biasa bersertakan alasan yang lagi biasa, aku sibuk dengan hal sekolah yang berlambak bak gunung Everest. Dalam blog ni pun hanya ada 2-3 post saja tentang gambar. Haiyaa... Nampak sangat aku dah jarang guna kamera Canon tu.


So, ada story sikit.


Dalam sibuk menyiapkan assignment Geografi, aku kena cari gambar bas yang ada di kawasan Bintulu. Dalam hati memang aku nak saja pergi ke terminal bas dan ambil gambar bas-bas dekat situ. Tapi hajat di hati tak kesampaian sebab memory card aku dekat Mr. Hakim. Hari Sabtu tu ada kerja photograph dekat sekolah. Di dalam memory card tu ada gambar-gambar aktiviti sekolah. Automatik jadi milik sekolah.

Berbalik kepada cerita awal-awal tadi Bila aku dah jumpa gambar bas yang memang ada dekat Bintulu, secara tak sengaja aku nak tahu apa orang cakap tentang Bintulu. Blog ni Indah Rasa J. Malim, sangat-sangat menarik perhatian aku. Dari awal perjalanan dia ke Bintulu sehinggalah dia sampai ke Bintulu, kisahnya sememang menarik. What a great post that he had made!


Mungkin bagi orang luar, Bintulu tak ada apa-apa melainkan ABF, MLNG, Bintulu Port dan gas aslinya. Ya, itulah pandangan mereka walhal Bintulu merupakan satu bahagian yang agak luas untuk diterokai dari hulu sehingga hujungnya. Di kawasan bandar sememangnya tak ada yang menarik perhatian tapi cuba kita menyelusuk di sekitar kawasan kampung-kampung. Terutama di tempat yang bernama Kuala Tatau.


15 tahun aku duduk dekat Bintulu, tak banyak tempat yang aku teroka. 
Al-maklumlah pelajar, bukannya berduit sangat.
Tak apa, lepas PMR nanti aku buat satu post tentang Bintulu dan tempat-tempat yang best.
Tunggu ya!





p/s:
  • Nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu.
  • And wish good luck to all SMK Bandar Bintulu's student that will attend exam this week!

Posted in | 2 Comments

Cartoons!

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakattuh.

Kalau tak jawab dosa, kalau jawab..... apa lagi dapat pahala-lah. Haiya...


Firstly nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat semua pekerja yang ada di Malaysia. Andalah pemangkin transformasi negara. Cewahhhh... Entry ni bukan tentang hari bekerja. Aku belum bekerja lagi so, rasanya tak layak nak cerita hal kerja ni. 


Hari ni aku tak turun sekolah sebab ada masalah kesihatan. Then, kerja aku duduklah rumah sepanjang hari. Bila duduk sorang-sorang ni, mulalah otak aku flash back cerita dalam kelas. Cerita ni pun ada kaitan dengan kes kali ni.

~ ~ ~

Kalau tak silap, hari tu adalah hari Jumaat. Dua waktu terakhir merupakan waktu matapelajaran Bahasa Malaysia. Masa tu tak belajar sebab Cikgu Florina dah agih-agihkan tajuk untuk kami buat pembentangan. Pembentangan tu juga untuk ujian lisan. 

Tengah sibuk classmate aku bagi penerangan dekat depan, ada seorang tu tanya.

"Yahya or Yaya?" 

Disebabkan seorang pelajar tu juga kami semua rujuk balik buku. Check check, rupanya Yahya. Agaknya telinga tak dikorek tu. Disebabkan student tersebut berulang-ulang kali tanya Yahya or Yaya, Cikgu Florina pun menjawab....

"Nama watak dalam cerita tu YAHYA bukannya YAYA. Yaya tu watak dalam cerita Boboiboy!"

Satu kelas tergelak besar. Si pembentang pun join sekali ketawa.

"Kantoi tengok cerita Boboiboy!"

"Nampak sangat cikgu minat cerita kartun!"

"Hey! Mana ada. Adik cikgu ada yang tengok,"

"Ayat cover line," 

Speechless cikgu tu disebabkan kami. Kami pun sambung lagi ketawa. HAHAHAHA....

~ ~ ~

Tak baik betul kenakan cikgu sendiri. Bila kenangkan balik peristiwa hari Jumaat tu,  aku hanya mampu tersenyum dan ketawa dalam hati. Badan tak berapa nak elok sangat jadi tak manis rasanya apabila ketawa. 


Cartoons. Siapa yang tak pernah tengok kartun dan siapa yang tak ada favorite kartun?


Semua orang pernah tengok kartun dan ada kartun kegemaran masing-masing. Orang dewasa pun ada kartun kegemaran masa diorang kecil. Tapi bila dah besar, mestilah diorang tak tengok lagi. Kiranya rasa diri dah matang. Tak perlulah nak tengok cerita-cerita budak kecik!


Kau tengok lagi kartun ni? Macam budak kecil betul!


Aku tak faham kenapa ada SESETENGAH manusia tu berfikiran bahawa kartun tu hanya untuk budak kecil yang berumur dibawah 12 tahun? And diorang akan kata kita macam budak kecik bila tengok cerita animasi tu. WHY? WHY? WHY???


Believe me or not bahawa ada orang dewasa yang masih lagi tonton cerita animasi. Even aku sendiri pun tengok biarpun umur dah masuk 15 tahun. Memang ramailah yang dok kutuk aku ni macam budak kecil. Mak aku sendiri pun kutuk aku. 


Pada sudut minda mereka, mereka berfikiran bahawa cerita kartun ni tak ada faedahnya. Alih-alih cerita hero yang menang mengalahkan musuh macam cerita Ultraman. Kalau tak pun kisah puteri yang kahwin dengan putera kacak/putera idaman hati. Sama saja kisah ceritanya.


Namun bagi aku, aku memandang kartun pada sudut yang berlainan. Melalui kartun tu, aku cuba belajar macam mana strok warna yang diorang gunakan. Macam mana diorang tentukan bayang-bayang benda solid. Then, dalam cerita Ultraman. Aku cuba belajar macam mana diorang ni boleh buat raksasa lebih tinggi dan besar dari bangunan di sekitarnya. Banyak benda yang boleh kita belajar selain dari isi cerita animasi tu sendiri.


Dalam banyak-banyak kartun dalam TV, aku suka 3 kartun saja.

BOBOIBOY!

POCOYO!





SUPA STRIKAS (FOOTBALL CARTOON) 



Sometimes, kita kena buka fikiran kita sikit. Orang yang kerjanya buat animasi, adakah korang akan kata diorang budak kecik? Of course-lah takkan?  Nampak saja ada member-member yang suka tengok cerita kartun, think positive. Tak payah kutuk-kutuk orang macam kau tu bagus sangat. Kita manusia, semuanya sama level. 


Konklusi. (Lama dah tak buat konklusi).

  • Sepanjang perjalanan hidup korang, memang akan ditemui manusia yang pelbagai ragam dan salah satunya seperti kes di atas.
  • Kartun tak semestinya untuk orang kecik macam kami. =)




p/s:

  • Aku perasan sesuatu. Kenapa dari aku kecik sampailah aku besar, cerita Shin Chan dan Doraeman dekat NTV7 tak pernah habis-habis?




Posted in , , | Leave a comment
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.