Assalamualaikum.
Lama dah tak update, kan? Macam biasa bersertakan alasan yang lagi biasa, aku sibuk dengan hal sekolah yang berlambak bak gunung Everest. Dalam blog ni pun hanya ada 2-3 post saja tentang gambar. Haiyaa... Nampak sangat aku dah jarang guna kamera Canon tu.
So, ada story sikit.
Dalam sibuk menyiapkan assignment Geografi, aku kena cari gambar bas yang ada di kawasan Bintulu. Dalam hati memang aku nak saja pergi ke terminal bas dan ambil gambar bas-bas dekat situ. Tapi hajat di hati tak kesampaian sebab memory card aku dekat Mr. Hakim. Hari Sabtu tu ada kerja photograph dekat sekolah. Di dalam memory card tu ada gambar-gambar aktiviti sekolah. Automatik jadi milik sekolah.
Berbalik kepada cerita awal-awal tadi Bila aku dah jumpa gambar bas yang memang ada dekat Bintulu, secara tak sengaja aku nak tahu apa orang cakap tentang Bintulu. Blog ni Indah Rasa J. Malim, sangat-sangat menarik perhatian aku. Dari awal perjalanan dia ke Bintulu sehinggalah dia sampai ke Bintulu, kisahnya sememang menarik. What a great post that he had made!
Mungkin bagi orang luar, Bintulu tak ada apa-apa melainkan ABF, MLNG, Bintulu Port dan gas aslinya. Ya, itulah pandangan mereka walhal Bintulu merupakan satu bahagian yang agak luas untuk diterokai dari hulu sehingga hujungnya. Di kawasan bandar sememangnya tak ada yang menarik perhatian tapi cuba kita menyelusuk di sekitar kawasan kampung-kampung. Terutama di tempat yang bernama Kuala Tatau.
15 tahun aku duduk dekat Bintulu, tak banyak tempat yang aku teroka.
Al-maklumlah pelajar, bukannya berduit sangat.
Tak apa, lepas PMR nanti aku buat satu post tentang Bintulu dan tempat-tempat yang best.
Tunggu ya!
p/s:
- Nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu.
- And wish good luck to all SMK Bandar Bintulu's student that will attend exam this week!
salam
ReplyDeleteTerima kasih adek sudi berkunjung ke blog saya ( indahrasajmalim )... saya sudah tidak lagi bertugas di Sarawak dan kini sudah kembali ke Semenanjung. Namun Sarawak akan kekal dalam jiwa saya sebagai negeri yang menerima kehadiran saya dengan semulia hati warganya yang pelbagai. Sesekali mendengar lagi negeri Sarawak di You Tube ... saya mudah mengalirkan air mata kerana banyak kenangan tertumpah disini.
Waalaikumussalam...
DeleteTerima kasih juga kerana 'bertandang' ke blog saya. =)
Menjadi seorang guru akan memiliki pengalaman yang luar biasa dan berlainan dari orang lain. Tambah-tambah lagi kalau guru tersebut ditugaskan jauh dari negeri kelahiran yang tercinta. Jika terbit rindu pada negeri Bumi Kenyalang ini, terbanglah ke mari bagi mengubati rindu tersebut. Sarawak hanya terpisah dengan Semenanjung Malaysia dengan laut China Selatan. Semoga anda sentiasa menjadi guru yang bersemangat mengajar generasi muda dengan ilmu pengetahuan.
Oh, ya! Terima kasih juga kerana memaklumkan kepada saya bahawa anda telah pulang kembali ke Semenanjung. =)