Cartoons!

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakattuh.

Kalau tak jawab dosa, kalau jawab..... apa lagi dapat pahala-lah. Haiya...


Firstly nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat semua pekerja yang ada di Malaysia. Andalah pemangkin transformasi negara. Cewahhhh... Entry ni bukan tentang hari bekerja. Aku belum bekerja lagi so, rasanya tak layak nak cerita hal kerja ni. 


Hari ni aku tak turun sekolah sebab ada masalah kesihatan. Then, kerja aku duduklah rumah sepanjang hari. Bila duduk sorang-sorang ni, mulalah otak aku flash back cerita dalam kelas. Cerita ni pun ada kaitan dengan kes kali ni.

~ ~ ~

Kalau tak silap, hari tu adalah hari Jumaat. Dua waktu terakhir merupakan waktu matapelajaran Bahasa Malaysia. Masa tu tak belajar sebab Cikgu Florina dah agih-agihkan tajuk untuk kami buat pembentangan. Pembentangan tu juga untuk ujian lisan. 

Tengah sibuk classmate aku bagi penerangan dekat depan, ada seorang tu tanya.

"Yahya or Yaya?" 

Disebabkan seorang pelajar tu juga kami semua rujuk balik buku. Check check, rupanya Yahya. Agaknya telinga tak dikorek tu. Disebabkan student tersebut berulang-ulang kali tanya Yahya or Yaya, Cikgu Florina pun menjawab....

"Nama watak dalam cerita tu YAHYA bukannya YAYA. Yaya tu watak dalam cerita Boboiboy!"

Satu kelas tergelak besar. Si pembentang pun join sekali ketawa.

"Kantoi tengok cerita Boboiboy!"

"Nampak sangat cikgu minat cerita kartun!"

"Hey! Mana ada. Adik cikgu ada yang tengok,"

"Ayat cover line," 

Speechless cikgu tu disebabkan kami. Kami pun sambung lagi ketawa. HAHAHAHA....

~ ~ ~

Tak baik betul kenakan cikgu sendiri. Bila kenangkan balik peristiwa hari Jumaat tu,  aku hanya mampu tersenyum dan ketawa dalam hati. Badan tak berapa nak elok sangat jadi tak manis rasanya apabila ketawa. 


Cartoons. Siapa yang tak pernah tengok kartun dan siapa yang tak ada favorite kartun?


Semua orang pernah tengok kartun dan ada kartun kegemaran masing-masing. Orang dewasa pun ada kartun kegemaran masa diorang kecil. Tapi bila dah besar, mestilah diorang tak tengok lagi. Kiranya rasa diri dah matang. Tak perlulah nak tengok cerita-cerita budak kecik!


Kau tengok lagi kartun ni? Macam budak kecil betul!


Aku tak faham kenapa ada SESETENGAH manusia tu berfikiran bahawa kartun tu hanya untuk budak kecil yang berumur dibawah 12 tahun? And diorang akan kata kita macam budak kecik bila tengok cerita animasi tu. WHY? WHY? WHY???


Believe me or not bahawa ada orang dewasa yang masih lagi tonton cerita animasi. Even aku sendiri pun tengok biarpun umur dah masuk 15 tahun. Memang ramailah yang dok kutuk aku ni macam budak kecil. Mak aku sendiri pun kutuk aku. 


Pada sudut minda mereka, mereka berfikiran bahawa cerita kartun ni tak ada faedahnya. Alih-alih cerita hero yang menang mengalahkan musuh macam cerita Ultraman. Kalau tak pun kisah puteri yang kahwin dengan putera kacak/putera idaman hati. Sama saja kisah ceritanya.


Namun bagi aku, aku memandang kartun pada sudut yang berlainan. Melalui kartun tu, aku cuba belajar macam mana strok warna yang diorang gunakan. Macam mana diorang tentukan bayang-bayang benda solid. Then, dalam cerita Ultraman. Aku cuba belajar macam mana diorang ni boleh buat raksasa lebih tinggi dan besar dari bangunan di sekitarnya. Banyak benda yang boleh kita belajar selain dari isi cerita animasi tu sendiri.


Dalam banyak-banyak kartun dalam TV, aku suka 3 kartun saja.

BOBOIBOY!

POCOYO!





SUPA STRIKAS (FOOTBALL CARTOON) 



Sometimes, kita kena buka fikiran kita sikit. Orang yang kerjanya buat animasi, adakah korang akan kata diorang budak kecik? Of course-lah takkan?  Nampak saja ada member-member yang suka tengok cerita kartun, think positive. Tak payah kutuk-kutuk orang macam kau tu bagus sangat. Kita manusia, semuanya sama level. 


Konklusi. (Lama dah tak buat konklusi).

  • Sepanjang perjalanan hidup korang, memang akan ditemui manusia yang pelbagai ragam dan salah satunya seperti kes di atas.
  • Kartun tak semestinya untuk orang kecik macam kami. =)




p/s:

  • Aku perasan sesuatu. Kenapa dari aku kecik sampailah aku besar, cerita Shin Chan dan Doraeman dekat NTV7 tak pernah habis-habis?




Posted in , , . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.