Dan Allah Pun Memanggil


Pagi itu aku membaca pernyataan dari seorang teman
Dia bakal melawat adiknya yang tersayang di hospital
Sebagai seorang sahabat dan saudara seagama
Telefon diambil lalu ditekan nombornya
Menunggu talian disambungkan
Maka kami berborak sebentar.


Jauh di sudut hatiku
Aku merasa risau akan dirinya
Sebelum ini dia pernah menangis kerana adiknya
Kami yang diberi gelaran kakak
Sejauh mana pun diri kami ini bersifat garang dan tegas
Tetap ada rasa sayang dan rindu pada adik yang sudah berjauhan


Waktu petang yang terluang di isi dengan pertanyaan
Rasa ingin tahu apa yang telah terjadi pada adiknya
Dia menunggu lama untuk satu pembedahan yang dijalankan pada si adik
Aku juga menunggu penuh sabar berita darinya
Semoga dia di dalam keadaan yang selamat
Semoga semua urusannya dipermudahkan


Aku agak berasa hairan mengapa sahabat tidak lagi mengemaskini mengenai adiknya padaku
Hatiku sudah rasa tidak senang
Astaghfirullahalazim diucap berulang-ulang kali
Menenangkan hati yang sudah gudah gulana tiada henti
Kemudian aku mendapat satu panggilan
Dan panggilan itu dari sahabat.....


"Syah... Adik aku dah tak ada..."
Terkaku apabila aku mendengarnya
Kelu untuk lidah ini berkata
Baru saja bulan lepas aku menemuinya
Cepatnya masa berlalu dan mengambil nyawanya
Cepatnya...


Airmata mengalir tiada henti dan cuba untuk bertenang
Biarpun dia bukan adikku tetapi dia adalah saudara seagamaku
Ya Allah... Dia masih lagi anak kecil
Anak kecil yang baru mahu belajar apa itu erti dunia
Ibu bapanya belum puas melihat dia membesar
Dengan cepatnya Engkau memanggil dia?


Dua hari aku perlukan untuk menerima hakikat ini
Masa amat diperlukan untuk menenang hatiku
Ini bukan masanya untuk aku berduka cita
Aku perlu kuat
Bacaan Yassin dan surah Al-Fatihah ku hadiahkan buat arwah
Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Amin....


Al-Fatihah 





Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.