Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakattuh.
Good Luck or All The Best? |
" Apa maksud GOOD LUCK? " Pertanyaan yang di tanya oleh seorang sahabat kepada seorang kawan.
Perkataan good luck memang popular bila time exam. Memang tak di nafikan bahawa pelajar akan menggunakan perkataan tersebut kepada kawan-kawan sekelas dan bukan sekelas dengan harapan diorang boleh menjawab dengan senang dan tenang. Tapi bila sahabat aku tanya kepada kawan aku apa yang dimaksudkan dengan perkataan good luck, seriously mata aku bulat dan terkejut beruk! Guane pulok dia dok tahu good luck tu mende? Hahaha...
Dan aku biarkan saja kawan aku menjawab pertanyaan tersebut...
Pertanyaan sahabat aku bermain di minda buat beberapa hari. Sampailah aku terbaca satu artikel bahasa Inggeris Ameen Misran di LangitIlahi.com .
Pernah tak kita terfikir (termasuk aku), kalau kita ucap good luck dekat kawan-kawan kita seolah-olah mereka bergantung harap kepada nasib, nasib yang baik atau yang sama sepesis dengan perkataan nasib. Padahal sebelum minggu exam tu diorang dah pun mempersiapkan diri sebaik habis untuk menghadapi exam. Alih-alih, kita pula ucap "Good luck, kawanku!".
Bila aku baca sampai habis artikel tu, ia membuka satu ruang untuk aku berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata. Bak kata orang, GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM MENGGUNAKAN HAK BERSUARA. Rasanya aku nak ubah ucapan akulah.
Pulok doh.... Mung nak ucap gapo dengan member-member mung?
Aku nak ucap 'ALL THE BEST'.
Maksud All The Best ni opposite dengan maksud Good Luck di atas. Bergantung harap kepada usaha yang telah dilakukan.
Ini pendapat aku saja. Tak semestinya dijadikan 'fatwa' dan bahan bahas. Bukankah Malaysia negara demokrasi di mana kita bebas untuk memilih? Suka jiwa korang nak mengucapkan Good Luck atau All The Best kepada kawan-kawan korang.
Konklusi.
- Mengharapkan keajaiban akan berlaku, sampai bila-bila pun tak akan berlaku. Melainkan Allah membenarkan ia berlaku, kita tak boleh denied. Usaha penting bro and sis!
p/s:
- All the best to everything you do!
- Do your best and Allah will do the rest -Ameen Misran-