Artis...

Assalamualaikum..


Yipee! Cuti hari Jumaat di gunakan sebaik mungkin untuk tidur. Bukan apa sebenarnya, saya memang tak cukup tidur sepanjang dua bulan yang lepas sebab melaksanakan atau menyelesaikan semua kerja-kerja khusus yang telah cikgu beri. Hidup sebagai seorang student macam dah jadi student U pula.


Artis? Kenapa? Pelik ke? Tak perlu peliklah. Saya tak adalah peminat fanatik mana-mana artis cuma saja-saja nak cerita fasal artis ni. Tapi siapa? Jeng-jeng...Adakah artis korea? No no no! Saya memang anti-artis korea sebab dia orang kacak dan cantik. Artis barat? No no no! Sebab apa? Sebab kadang-kadang lagu dia orang ada yang berkonsepkan ketuhanan agama mereka. Sebarang menyanyi, silap-silap boleh murtad tanpa sedar.


Artis yang saya nak cerita adalah asalnya orang Singapura. Yes, artis yang asalnya dari negara paling bersih. Siapakah dia? 


Kalau tengok video ni mesti tahu, kan?




Lagu Ramlah Ram feat SleeQ... Tapi saya bukannya nak cerita fasal Ramlah Ram. Kak Ramlah tu dah popular. Tetapi saya nak popularkan kumpulan SleeQ! Yearh-yearh!

Saya mula-mula dengar lagu ni, peliklah juga (banyak betul benda yang rasanya pelik). Dengar lagu lama-lama, di ulang-ulang, boleh suka pula. Biasanya, saya ni susah nak suka sesebuah lagu baru. Untuk lagu ni, terima kasih saya ucapkan. Sebab memperkenalkan saya kepada dua kazen mazen.



Syarif and Alyph SleeQ.


Hah! Kenal dua orang lelaki macho ni? Tak kenal? Cuba dengar lagu ni pula.


Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya
Untukku berhati-hati dengan buaya


Waseh, dah menyanyi dah! Apa yang saya faham, Alyph SleeQ (Alif Abdullah) dan Syarif SleeQ ( Syarifullah Ahmad) dah lama menyanyi. Sejak masih belajar. Dia orang ni lebih kepada berentak R&B. 


(Syarif di sebelah kiri dan Alyph di sebelah kanan.)

Syarif ni lebih kepada menyanyi dan Alyph lebih kepada rap. But yang berjaya menarik perhatian saya adalah Alyph. Yalah, ingat senang ke nak rap? Saya yang try rap pun tercungap-cungap. Nasiblah tak kena asma attack. 

Lagu dua kazen ni memang best. Paling best semestinya Cun Saja. Dua lelaki macho ni menyanyikan lagu dalam dua bahasa. Melayu dan Inggeris.

Senarai Lagu: Dari In The Q and ClassiQ album.

1.Pilihlah aku
2.Do I know you (feat Richard J)
3.Hiccups
4.Snatch thief
5.Set back
6.Sederhana
7.Almost, but
8.Masanya
9.Selamat malam
10.Terima kasih sayang
11.Ain't About Later
12.Tanya nama
13.My spy
14.Sembunyi
15.Mabuk
16.Fireworks
17.Kau buat aku
18.Untuk Dia
19. Moviestar
20.Cun Saja



Yang ni lagu Alyph, solo yer... No Syarif...


Dan the latest song by them featuring Najwa Latif. Rasanya tengah gempak lagu tu dekat radio.


Untuk dia...

So, sampai di sini. Nanti-nanti ceta sal mereka lagi okey?



p/s: Between Syarif & Alyph, who is the most handsome? I bet that you guys will say Syarif right? But for me, Alyph. Yearh, always Alyph in my heart!




Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.